sumber Google


Ainaa ni dari kecil lagi suka puding gula hangus ni atau modern sikit kita panggil puding karamel. Tak tahu kenapa tapi suka sangat sangat la, lebih lebih lagi bila bulan puasa... mesti rasa nak makan puding karamel sebagai pencuci mulut. Kuih lain tak ada pun tak apa. Tapi minat pun minat saja, buat tak reti. Bak kata elfira loy bukan tak reti, tapi tak pernah buat. Nak dipendekkan cerita, bulan puasa haritu Ainaa tiba-tiba nak buat puding karamel tu sendiri sebab tengok video Khairul Aming tu buat macam senang je. Tapi resepi ni Ainaa tak ikut dia seratus peratus, Ainaa ada ikut resepi satu blog ni tapi lupa blog apa. Bila pertama kali buat puding gula hangus, jadi weh sedap pula tu. HAHAHA So kau orang yang tak pernah buat sila ikut resepi yang Ainaa share ni betul-betul ya.


RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH DAN SEDAP!

BAHAN KARAMEL :
6-8 sudu besar gula
3-4 sudu besar air

Masukkan gula dan air ke dalam periuk, guna api kecil. Kacau hingga sebati. Tuang caramel dlm loyang


BAHAN PUDING :
7 biji telur
satu sudu besar esen vanilla
300ml air
1 tin susu cair
susu pekat kurang dari separuh tin (ikut tahap kemanisan masing masing)

Masukkan semua bahan ke dalam blender, blend kejap je. Nak pukul sendiri pun boleh. Kemudian tuang atas karamel.


(KUKUS SELAMA 40 MINIT)
*tips: jangan bagi wap air masuk semasa dan selepas kukus jika mahu puding anda cantik licin dan tidak berlubang



SIAP! Mudah kan. Bila dah masak angkat loyang tu dan biarkan sejuk dulu baru boleh terbalikkan. Yang Ainaa buat tak ada lah cantik sebab wap air masuk masa tengah kukus tu jadi berlubang lubang puding tu. Nampak memang tak cantik lah tapi sedap dari beli kat kedai tu. Sesetengah orang dan di kedai suka buat dengan roti, Ainaa tak suka makan puding karamel dengan roti, 100% telur macam ni lagi sedap. Ikut selera masing masing.

3 Comments

  1. Kak pip pun suka yg 100% telur ...

    ReplyDelete
  2. lame xmkn puding caramel..
    bulan puasa aritu je ada mkn skali..
    lg puas hati kalo buat sndiri kan.. haha

    ReplyDelete
  3. Kalau bakar berape ye suhu

    ReplyDelete