Annyonghaseyo , semua . Hari ni saya nak cakap pasal persahabatan yea . Awak semua sayang tak kawan - kawan korang ? Saya sayang ! Mesti ! Siapa yang happykan kita ketika kita sedih ? Kawan . Siapa yang pujuk kita bila kita merajuk ? Kawan . Siapa yang menemankan kita taatkala kita sunyi ? Kawan . Okey , meh kita kongsi sikit tips kekalkan persahabatan daripada Cikngah .   : )



1) Terima kelebihan dan kekurangan sahabat anda
   

Maksudnya terima dirinya seadanya . In this world , nobody perfect . Diri kita sendiri pun ada kekurangan . So dalam persahabatan @ apa jua hubungan sekalipun kelebihan seseorang itu akan menutupi kekurangan yang ada pada diri kita .


2) Hormati Satu Sama Lain


Dalam persahabatan,tidak semestinya korang akan sentiasa mempunyai minat yang sama , pendapat yang sama dan juga kegemaran yang sama . Kadang-kadang pendapat korang mungkin berbeza . Oleh , itu cuba hormati pendapat dan pendirian masing - masing . Kemudian , barulah berbincang dan cari kata putus .


3) Jangan Mudah Lupa Diri


Maksudnya adalah begini . Jika dulu kawan korang merupakan kawan yang paling rapat dengan korang di masa susah dan senang . Ke mana jua pasti bersama macam belangkas,macam ombak dan pantai.  Tapi apabila korang telah mempunyai kekasih bf / gf korang mula abaikan kawan korang tu . Korang asyik berkepit dengan kekasih korang sampaikan korang lupa sahabat korang pun perlukan masa bersama korang . Korang jangan lupa , one day if korang ada masalah dengan kekasih korang , korang pasti akan cari kawan korang juga . So nasihat saya , walaupun korang telah berpacaran luangkanlah juga sedikit masa bersama teman - teman . Lagipun kekasih boleh datang dan pergi tapi sahabat sejati sukar dicari ganti .


4) Give and Take


Dalam apa-apa hubungan sekalipun sikap bertolak - ansur adalah sangat penting . Jangan asyik korang je yang menang dalam semua perkara . Sesekali korang kena juga ikut cara / pendapat orang lain juga .


5) Jauhi sikap hasad dengki / memburukkan sahabat



Jauhi sifat - sifat mazmumah ini kerana ia akan menjadi racun dalam persahabatan korang . Tak de guna korang memburukkan sahabat korang sebab dia takkan rugi apa - apa pun . Buat menambah dosa korang adalah .


Pesanan Dari Cikngah  :


Siramilah sesuatu perhubungan itu sepertimana korang menyirami sebatang pokok yang baru ditanam . Makin banyak yang korang siram,makin cepatlah ia berkembang dan tumbuh menjadi sebatang pokok yang indah dan menarik . Itulah perumpaan bagi sebuah persahabatan . Andai dijaga dengan baik , maka lahirlah sebuah persahabatan yang mekar dan indah .
 

1 Comments