Contest Kreatif Menulis Bersama HOB
Assalamualaikum.
Ina tertarik dengan ' Contest Kreatif Menulis Bersama HOB '.
Hari ina , cerpen ini baru siap dikarang oleh Ina sendiri .
Tak sangka pulak ina dapat siapkan cerpen dalam masa sebulan .
Sebab kebiasaannya , ambil masa berbulan - bulan jugak lah .
Korang pun join lah contest ni , boleh asah penulisan korang .
Hehe
Jemput - jemput lah baca dan komen cerpen Ina : Sebuah Persahabatan .
( Klik Banner di atas untuk sertai Contest Kreatif Menulis Bersama HOB )
Sebuah Persahabatan
KELIHATAN dua budak perempuan berjalan beriringan menuju ke kelas sambil berbual-bual.Sesekali mereka bergelak ketawa dan sesekali mereka tersenyum.
“Raidah!Syazfiqah!”
Raidah dan Syazfiqah berpaling apabila nama mereka dipanggil.Aina mendekati Raidah dan Syazfiqah dengan sehelai kertas sebesar kertas A4 ditangannya.
“Nah.”Syazfiqah menyambut kertas yang dihulur Aina.Dia dan Raidah membacanya.
“Pertandingan bercerita?”Syazfiqah memandang Aina.
“Ha’ah,aku tahu kau dengan Raidah mesti berminat.Masuklah.Manalah tahu rezeki korang berdua.”ujar Aina.
“Kau masuk tak,Aina?”Tanya raidah.
“Tak.Macamlah kau tak tahu,aku ni malas nak libatkan diri dalam apa-apa pertandingan.Oklah,aku pergi dulu yea?Bye.”
“Bye.”ucap Raidah dan Syazfiqah serentak.Tangan mereka membalas lambaian Aina.
“Macam mana?”Tanya Syazfiqah selepas mereka mengambil tempat di dalam kelas.
“Macam mana apa?”Raidah menjawab soalan Syazfiqah dengan soalan.
“Ish!Kau ni.Pertandingan bercerita tu la.Nak masuk tak?”Raidah tersengeh apabila Syazfiqah bertanya geram kepadanya.
“Masuklah.”
“Tapi kat sini,dia tulis tidak boleh bercerita secara berpasangan.”
“Hmm…Masuk jea lah.Takkan disebabkan kita tak boeh berpasangan kau tak nak masuk pertandingan tu?Rugi tau!
“Sedih la aku macam ni tak dapat bersama dengan kau.”sayu suara Syazfiqah.
“Alah!Macam lah kita tak pernah berenggang.Kau masuk tandas,boleh jea masuk sorang-sorang.”Raidah cuba menceriakan kawan baiknya.
“Kau ni!Ke situ pulak.”Raidah terjerit kecil apabila tangan Syazfiqah mencubit pahanya.Syazfiqah pula tergelak tengok Raidah memuncung sambil tangan mengosok pahanya.
Disatu sudut dalam kelas,seorang budak perempuan merenung tajam ke arah Raidah dan Syazfiqah.Seketika kemudian dia tersenyum dan terus senyum.Senyuman penuh bermakna.
Seminggu sebelum pertandingan itu…
“SYAZ,kau dah tulis cerita untuk pertandingan tu?”Tanya Raidah selepas sesi sekolah tamat.Mereka berdua masih berada dalam kelas.
“Dah.Cuma kalau boleh,nanti pertandingan aku tak nak tengok kertas.Aku nak hafal,mana lah tahu boleh menang.”
“Kau dah tulis ke belum?”sambung Syazfiqah.
“Tak siap lagi la.Penghabisan cerita tu aku tak tahu nak buat macam mana.Rasa malas pulak masuk pertandingan bercerita ni.”
“Weh!Kau jangan.Lagi seminggu pertandingan tu.Lagi pun,penghabisan ceria jea kau belum tulis kan?Insya-Allah sempat.”
“Hmm…Jom lah balik.”
“Idah,teman aku pergi Popular kejap.Aku nak beli novel,sepupu aku cakap ada karya terbaharu Hanni Ramsul.Teman aku yea?”Syazfiqah buat muka kesian.Raidah menjeling.
“Yealah,yealah.Kau ni,sekepala dengan Aina.Sama-sama minat novel.”
“Hehe sayang kau,Idah.”
“Amboi!Aku setuju teman kau beli novel,baru kau sayang aku yea?”
“Mana ada.Aku memang sayang sangat kat kau.Kita kawan baik kan?”
“Kawan baik.”gelak ketawa mereka bergabung menarik perhatian Irfan yang juga masih berada dalam kelas.
“Gembira jea,menang loteri ke?”usik Irfan.
“Hish!Tak baik lah.Kita orang nak bergembira pun salah ke?”Raidah buat-buat marah sambil mencekak pinggang.
“Hehe tak salah pun,saja aku nak berguarau.Aku dengar korang masuk pertandingan bercerita kan?”Raidah dan Syazfiqah mengganguk.
“Good luck untuk korang berdua.”ucap Irfan.
“Thanks.”Raidah dan Syazfiqah tersenyum.
RAIDAH berjalan menuju ke pagar sekolah.Dia menunggu Syazfiqah di hadapan pintu sekolah.
“Raidah!”Raidah tersentak.Kelihatan Syazfiqah berlari ke arahnya.
“Kenapa kau lari ni?Macam baru lepas terserempak dengan hantu jea.”Syazfiqah tercungat-cungat.Dia menarik nafas panjang.
“Hilang.”
“Apa yang hilangnya?”
“Kertas.Kertas yang aku tulis cerita untuk pertandingan tu hilang!”terang Syazfiqah.
“Hah!Hilang?Macam mana boleh hilang ni?”Raidah terkejut.
“Aku tak tahu.Masa rehat tadi aku ada letak dalam laci meja.Tadi aku tengok dah tak ada!”Syazfiqah bagaikan hendak menangis.
“Jangan nangis Syaz.Dah ,dah.Jom kita pergi cari.”pujuk Raidah.Syazfiqah mengganguk.
SYAZFIQAH menangis teresak-esak.Raidah pula mengusap belakang kawan baiknya cuba untuk menenagkan Syazfiqah.
“Macam mana ni,Idah?Kertas tu dah hilang.Kalau nak tulis yang lain pun , tak boleh.Aku dah tak ada idea.”
“Kau dah letak dalam beg kau kut?”
“Tak,aku dah check.Memang tak ada.”Raidah diam.Tidak tahu macam mana lagi cara pujuk Syazfiqah.
“Macam mana kalau aku cakap aku tahu siapa yang ambil kertas kau tu?”ujar satu suara.Raidah dan Syazfiqah berpaling ke arah pintu.
“Maksud kau ada orang yang ambil kertas aku tu?”tanya Syazfiqah kepada Amalina yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar pada pintu.
“Ha’ah.”
“Siapa?Kau nampak ke?”tanya Raidah pula.Amalina tersenyum sinis.
“Kenapa kalau aku nampak pun?Takut?”Raidah mengerut dahi,tak faham apa yang dikatakan Amalina.
“Kenapa pulak aku nak takut?”
“Amalina!Kau jangan nak berkias-kias.Cepat cakap kat aku,siapa yang ambil kertas aku?” Syazfiqah bangun.Geram dengan Amalina yang seolah-olah berteka-teki.Amalina mandekati Raidah dan menunding jari telunjuknya ke arah Raidah.Raidah dan Syazfiqah kaget.
“Orang yang paling kau rapat ni yang mencuri kertas kau tu!”bergema suara Amalina.
“Apa?Eh,Lina.Kau jangan nak memandai tuduh aku yea!”marah Raidah.
“Orang dah buat salah,takkan nak mengaku kan?”sindir Amalina.
“Lina,kau jangan nak tuduh kawan baik aku macam tu.Raidah tak kan buat semua tu!”celah Syazfiqah.
“Aku tak tuduh!Kau tak percaya?Cuba lah kau check dalam beg Raidah.”Syazfiqah terdiam.
“Buat apa nak check beg aku?Aku kata aku tak ambil,aku tak ambil la!”Raidah terdiam seketika apabila melihat begnya sudah diselongkar oleh Syazfiqah sendiri.Amalina tersenyum kemenangan apabila melihat Syazfiqah mengeluarkan kertas kajang yang dilipat.
“Sampai hati kau,Idah.”
“Ya Allah Syaz,aku tak tahu.Aku tak tahu macam mana kertas kau ada dalam beg aku.Aku…”kata-kata Raidah terhenti apabila Syazfiqah terlebih dahulu berlari keluar dari kelas.
“Syaz!Syazfiqah!”Raidah mengeluh.Hairan kenapa ada kertas Syazfiqah dalam begnya.
“Aku pasti,kau yang merancang semua ni.”sejerus sebaris ayat dituju kepada Amalina,dia terus keluar dari kelas itu.Amalina tersenyum selebar mungkin.Rancangannya untuk menghacurkan hubungan Raidah dan Syazfiqah berjaya dilaksanakan.
Hampir seminggu hubungan Raidah dan Syazfiqah retak . Raidah bingung , Syazfiqah langsung tak nak bersua muka dengannya . Syazfiqah mengelak ! Baru sahaja dia nak membuka mulut , Syazfiah dah berlalu meninggalkan dia yang terkebil – kebil .
“ Syaz, aku tak curi pun kertas kau tu . Amalina yang ….” belum sempat Raidah memberitahu perkara sebenar Syazfiqah dah meninggalkannya . Raidah mengeluh . Pening dengan Syazfiqah yang marah atas tuduhan Amalina .
SYAZFIQAH berjalan menuju ke kelas . Suasana sekolah mula sunyi kerana sesi sekolah dah dua jam tamat . Langkah Syazfiqah terhenti di tangga apabila terdengar suara Amalina berborak dengan beberapa kawan sekelasnya .
“Korang tahu,puas hati aku ni tengok hubungan Syazfiqah dan Raidah retak.Puas hati aku tengok Syazfiqah dah mula benci dengan Raidah!Puas sangat!” kata Amalina lalu ketawa keseronokan diikuti yang lain.Syazfiqah terkejut dengan apa yang baru didengarinya tadi.Terus dia berlari ke arah Amalina dan menampar muka Amalina.Terhenti gelak ketawa Amalina.Dia mengosok pipi kanannya yang baru sahaja ditampar oleh Syazfiqah.
“Oh!Jadi ni kerja kau yea?Ini semua rancangan kau yea,Amalina!”tempik Syazfiqah.Kawan sekelasnya yang lain mula lari meninggalkan dia dan Amalina.
“Yea!Memang aku yang rancang!Aku yang rancang semuanya!Aku yang curi kertas yang kau tulis untuk pertandingan tu!”
“kenapa?!”
“Sebab aku nak hubungan kau dengan Raidah hancur.Kau tahu kenapa?Sebab Raidah perampas!Dia rampas kawan baik aku.Sejak dia berpindah ke sini,kau dah rapat dengan dia.Dia penyebab aku kehilangan kawan baik aku!Aku benci dia!Aku benci Raidah!”
“Astaghfirullahalazim.Lina,kau lupa ke?Kau sendiri yang memutuskan persahabtan kita.Kau sendiri yang tak nak kawan dengan aku.Alasannya?Kau cakap kat aku yang aku ni tak layak berkawan dengan orang yang glamour macam kau.Dan sekarang?Kau nak hancurkan hubungan aku dengan Raidah?Aku tak boleh terima apa yang kau buat ni,Amalina.Kau yang putuskan persahabatan kita dan kau telah rosakkan persahabatan aku dan Raidah.Kau tak habis-habis nak kecewakan aku kea?Aku tak boleh terima apa yang dah kalau lakukan,Amalina!”Syazfiqah berlari meninggalkan Amalina yang tercenggang.Dia harus berjumpa dengan Raidah.Dia harus meminta maaf dengan Raidah.
‘Maafkan aku,Idah’rintih Syazfiqah.
RAIDAH membuka pintu apabila ada orang mengetuk pintu rumahnya sambil melaung – laung namanya.Terkedu dia melihat Syazfiqah tercegak di hadapannya.Syazfiqah tak menunggu lama,terus membawa Raidah ke dalam pelukkanya.Raidah membalas pelukan Syazfiqah.Sungguh dia tidak percaya yang Syazfiqah akan memeluknya setelah kejadian minggu lepas.
“Raidah,aku minta maaf.Aku salah.Aku tuduh kau.Aku dah tahu yang semua ni Amalina yang rancang.Aku minta maaf Idah.Aku sepatutnya percayakan kau.Maafkan aku.”rintih Syazfiqah.Raidah melepaskan pelukan dan memegang bahu Syazfiqah.
“Pandang aku Syaz.”Syazfiqah mengangkat muka.
“Raidah,maafkan aku.”
“Kau tak salah.Aku dah agak yang Amalina yang rancang.Cara Amalina melihat aku jelas penuh dengan kebencian tapi aku tak tahu lah kenapa Amalina benci aku.”
“Aku…Aku minta maaf,Idah.Amalina,dia dendam dengan kau sebab dia kata kau rampas kawan baik dia.Tapi tu semua salah!Amalina sendiri yang putuskan persahabatan aku dengan dia.”terang Syazfiqah.Raidah diam.
“Raidah,aku sayang kau.Kita kawan baikkan?”
“Kawan baik.”balas Radiah sambil tergelak kecil diikuti senyuman lega Syazfiqah.
“Pertandingan tu?”Raidah bertanya.
“Aku tak nak sertai.”Raidah membulatkan mata.
“Jangan!Aku nak kau masuk pertandingan tu.”
“Okey,kita sama-sama masuk pertandingan tu.”
“Bukan kita,tapi kau.”Senyuman Syazfiqah hilang serta merta.
“Kenapa?Kau masih marah kat aku yea?”
“Tak lah.Aku tak marah langsung kat kau.Aku tak nak masuk pertandingan tu.Cerita yang aku tulis dah selamat masuk dalam tong sampah.”ujar Raidah sambil ketawa.Mata Syazfiqah membulat.
“Kenapa kau buang?Sayangnya.Kalau macam tu aku pun tak nak masuk pertandingan tu.”
“Kau jangan berani nak tarik diri erk!Aku tahu kau suka menulis.Kalau kau sayang aku,jangan tarik diri!Aku buang sebab aku tak dapat siapkan cerita tu.Kepala aku berserabut.Pening aku memikirkan persahabatan kita yang retak.”
“Alah,kau tak payah rasa bersalah lah.Benda dah lepas.Lagipun,memang aku tak ada idea nak siapkan cerita aku tu.Jadi aku buanglah.”sambung Raidah apabila melihat wajah serba salah Syazfiqah.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi.Kau tetap teruskan pertandingan tu .Pertandingan tu esok tahu!”
“Syukur Allah bagi aku kawan sebaik kau Raidah.Alhamdullilah.”
“Aku pun bersyukur sangat dapat kawan macam kau.”
Tepukan gemuruh bergema dalam dewan sekolah apabila pemenang petandingan bercerita diumumkan.Syazfiqah dan Raidah berpelukkan lalu dia menolak Syazfiqah supaya naik ke atas pentas untuk menerima hadiah.
“Syaz,tahniah!Aku tahu,pasti kau menang punya.”ucap Raidah selepas mereka semua bersurai.Syazfiqah tersenyum sambil mengeleng kepala.
“Kau ni,dah beratus kali kau ucap tahniah kat aku.Satu kali pun dah cukup.Dah lah yang lain pun jumpa jea aku terus ucap tahniah.Dah naik kebas dah muka aku ni dari tadi senyum jea.”Raidah tergelak mendegar rungutan Syazfiqah.
“Syaz,Idah.”Raidah dan Syazfiqah berpaling.
“Kau nak apa?”tanya Syazfiqah garang.Raidah hanya memandang Amalina.
“Aku minta maaf.Aku salah pada kau dan Raidah,Aku salah.Aku cemburu tengok korang rapat.Maafkan aku Syazfiqah sebab putuskan persahabatan kita dulu.Aku menyesal.Maafkan aku Raidah sebab tuduh kau dan mengahancurkan persahabatan kau dengan Syaz.Maafkan aku Idah,Syaz.”rintih Amalina.Raidah memberi senyum ikhlas kepada Amalina.
“Tak apa.Aku maafkan kau.Tapi kau jangan buat lagi.Dosa tahu tak?”ujar Raidah.
“Maafkan aku.”Amalina tertunduk.Raidah mencuit lengan Syazfiqah dan memberi isyarat supaya bersuara.
“Hmm…Aku pun maafkan kau.Tapi lepas ni aku tak nak tengok kau buat macam tu.Ingat tu!”Syazfiqah memberi peringatan.
“Terima kasih Raidah.Terima kasih Syazfiqah.Terima kasih sebab sudi maafkan aku.Aku janji aku tak buat lagi.”Mereka bertiga berpelukkan sambil tersenyum lebar.Syukur,persahabatan Syazfiqah,Raidah dan Amalina bertambah erat.Itulah sebuah persahabatan.
TAMAT
19 Comments
best2...mcm penulis novel laa...hehe :)
ReplyDeletethanks nazz .. . cerpen ni banyak kelemahan . apa2 pun thanks again :)
ReplyDeletedah baca...ada pktaan yg tslh eja skit..tpi still best...gud luck ye....
ReplyDeleteokey,ina dah betulkn ejaan yg slh tu.thanks Syaheera :)
ReplyDeletekak mas dah habis baca..good luck ina :)
ReplyDeleteterima kasih kak mas :)
ReplyDeleteewahh suka cerpen ni. btw good luck Ina. hihi ,
ReplyDeletesorry to say, tapi honestly cerpen ni nmpak simple sgt..dh trlalu biase.. erk, soofiyah dh boleh agk jalan crite.. erm.. sorry sgt2.. But, anyway, masih ade peluang untuk awak baiki penulisan awak.. sorry sgt2 skali lagi.. just nk komen... kalau nk delete pun x pe..
ReplyDeletenot bad =)
ReplyDeleteatiqah - thanks atiqah :)
ReplyDeleteain - thanks coz tegur sy . haha saya tak delete lah . memang bnyk yg perlu diperbaiki . ap2 pun terima kasih :)
Chokewlart - terima kasih sudi bca cerpen tak seberapa ni :)
wah... cerita pasal persahabatan... awak ni penulis jugak ke ina.. hehe... penulisan mcm ni sesuai untuk umur awak..hehe =)
ReplyDeletebest ! cerpen persahabatan :)
ReplyDeletebuat yang lebih terbaik Ina
and gud luck :D
Ezzah - huhu Tak lah , Ina bukan penulis . Thanks sudi baca cerpen Ina :)
ReplyDeletesis Aza - thanks sis :)
not bad, hehe.best sgt, tak sgka kwn die tu jahat en.ada bakat dalam bidang penulisan. mana tahu bleh jadi novelis ;p
ReplyDeletehaha novelis ? insya-Allah ;D thanks Dya sudi baca cerpen Ina = )
ReplyDeleteok la tu. nice tau ..
ReplyDeletenot bad :)
saya pun ada buat pasal persahabatan tau :)
kalau rajin bacalah ye :)
insya-Allah . nnti sy baca :)
Deletebtw thank tau coz sudi baca cerpen ina :D
haii ina :) btw, cerita nii awesome sangat ! orang mesti tetanye tanye ape penghujung cerite nii ! good job ina ! boleh improve lagi sebab ina memang ade bakat :) good luck okey ! ina memang hebat lah
ReplyDeletehai juga nazirah :) terima kasih bnyk2 nazirah >.< . tp ina tak lah hebat . ina masih dlm permulaan : ) btw terima kasih tau sebb sudi bca cerpen ina :D
Delete