Hiking, Ainaa mula suka mendaki bukit gunung ni sejak 2014 bila pertama kalinya Qinaa haking, Ainaa daki Gunung Stong di Kelantan. Bayangkan la, dah la Ainaa tiada apa-apa pengetahuan basic tentang dunia hiking ni... Tiba-tiba terus naik gunung. Siapa yang pernah daki Gunung Stong tahu la tahap kesusahan dia macam mana. Memang terseksa jiwa dan raga apatah lagi untuk beginner. Cuma alhamdulillah, diizinkan juga untuk Ainaa sampai ke puncak Gunung Stong dengan ketinggian 1504 meter. Dan setelah lama mendiamkan diri dari hiking, memang jiwa rasa menggelepur je sebab last hiking Bukit Batu Putih pada pada bulan lima lahun 2017! Lama tak lama tapi bulan lepas sebelum hari raya korban, sempat la juga Ainaa dengan kawan-kawan pergi hiking di Bukit Keluang, Besut.

Ainaa mulakan perjalan dari Kota Bharu pukul 7.30 pagi dan sampai di Bukit Keluang pukul 9.45 pagi. Perjalanan sepatutnya 45 minit tapi sebab sesat masa pickup kawan-kawan jadi la 2 jam 15 minit. Dan kami mula mendaki Jam 10.10 pagi dan sampai ke puncak Bukit Keluang pukul 10.27 pagi dengan ketinggian 141 meter. Jadi Ainaa dan kawan-kawan mengambil masa 17 minit untuk sampai kepuncak Bukit Keluang. Sepanjang mendaki tiada masalah dan tiada halangan bahaya tapi bila nak turun, kecuraman dan kurangnya pokok-pokok untuk dipegang membuatkan ia agak bahaya. Kalau tak tergelongsor tu memang tak sah jadi bila Ainaa tengok dengan pokok jauh ditepi, tali pula diguna oleh orang yang mendaki, jadi jalan selamat adalah dengan duduk!

TIPS UNTUK PARA PENDAKI, kalau kedudukan terlalu curam dan tiada tempat untuk berpaut atau pegang, lebih baik turun bukit dengan gaya duduk jadi risiko untuk jatuh berkurang dan kalau terlicin pun masih selamat sebab kita dalam keadaan duduk. Ini yang Ainaa belajar dari guider masa daki Gunung Stong sebab kecuraman Gunung Stong memang gila! Jangan malu untuk turun dengan gaya duduk, seluar kotor atau koyak jangan risau sebab nyawa dan keselamatan kita yang utama. Dan tak silap, beberapa hari sebelum Ainaa ke Bukit Keluang, ada keluar berita remaja terjatuh dan cedera ketika mendaki Bukit Keluang. Jadi jangan pandang rendah bila Ainaa Bukit Keluang sesuai untuk beginner, kita masih perlu berhati-hati tak kira la untuk yang pro atau beginner.







Eh, belum habis lagi... Dah siap bakar lemak di Bukit Keluang, tiba masa untuk tambah lemak di Pantai Penarik! Kita makan seafood celup tepung, memang sedap! Tapi kena la pandai cari kedai celup tepung yang mana sedap. Ainaa makan di kedai celup tepung Ombak, memang sedap udang dan sotong celup tepung kat situ, tapi mahal sikit berbanding kedai lain. Hanya 45 minit drive dari Bukit Keluang.







2 Comments

  1. hehehe akak ni track beginner pun surrender dik. suku jalan jela then patah balik. tapi bagus aktiviti gini akak sokong dari jauh =P

    ReplyDelete
  2. wow...aktiviti bagus untuk anak muda... teruskan kerana badan yang sihat pasti mempunyai otak yg cergas..keep it up... bila lagi nak buat klu x zaman muda, klu dah tua macam akak dok rumah tgk tv ajo la ...

    ReplyDelete