Setiap kali travel ke mana-mana, tipu la kan kalau kata tak ada halangan. Mesti ada je dugaan yang kita kena hadap bila nak ziarah tempat orang. Kali ini Ainaa nak kongsi dengan awak semua pengalaman pahit Ainaa ketika bercuti di Jepun tahun lepas Julai 2017. Cerita lama tapi baru sekarang rasa nak kongsi dengan semua. Sebelum itu, siapa nak baca itinerary Ainaa ke Jepun boleh tekan ini : 18 DAYS IN JAPAN (PART 1) / 18 DAYS IN JAPAN (PART 2).

Antara halangan-halangan bercuti ke Jepun yang Ainaa kena hadap, naik flight dengan cuaca buruk, pekerja kat Airport Kota Bharu yang hampir bergaduh dengan abang Ainaa dan yang paling tak boleh dilupakan pengalaman gempa bumi! Jangan main-main dengan bencana alam ni, ketar lutut dibuatnya. Kita ni rakyat Malaysia dah la jarang ada gempa bumi. Yang dulu ada gegeran kat Penang pun tak kuat. Senang kata Malaysia memang tak ada gempa bumi. Paling-paling banjir besar yang pernah berlaku.

Hari kejadian gempa bumi di Jepun tu berlaku pada minggu kedua Ainaa di Jepun dan kebetulan ada satu hari tu kami tak keluar pergi mana-mana, hanya bermalasan di rumah abang. Disebabkan pagi tu Ainaa bangun awal jadi tengah harinya Ainaa terlelap atas katil manakala kawan Ainaa tengah baring-baring kat toto bawah. Rasanya baru je terlelap tiba-tiba Ainaa rasa katil gegar. Mula-mula ingatkan kawan nak main-mainkan Ainaa, itu yang dia terajang katil, tengah mamai kan. Bila otak baru je nak berfungsi "eh kenapa gegar kuat ni?" sekali abang yang ada di tingkat bawah jerit "Turun!! Turun!! Gempa bumi!" Berkebut Ainaa dengan kawan lari ke tingkat bawah.

Masa tu lutut ni memang rasa lembik je, mata pun rasa panas nak menangis. Masa turun tu gegaran dah tak ada tapi jantung macam nak tercabut. Siren kecemasan pun tak sempat bunyi sebab gempa bumi berlaku tiba-tiba dan sekejap je tapi gegaran 5 skala! Abang Ainaa kata kalau gempa bumi 6 skala rumah tu boleh runtuh, jadi 5skala pun memang dah kuat. Sempat pula tu abang seloroh sepanjang 6 tahun dia tinggal di Jepun, tak pernah lagi merasa gempa bumi. Tapi sekali kita orang datang..... hah! ambik merasa gempa bumi yang kuat terus!



Lepas kita orang turun tu abang on TV sebab orang Jepun ni, apa-apa berita, amaran, atau ramalan cuaca dia orang hanya tengok di TV, lagi pula dia orang hebat dalam meteorology ni. Bila tengok berita live yang pasal gempa bumi tu nak tergelak pun ada sebab sikap orang Jepun kan 'bersungguh' atau 'overreact' jadi bila tengok tu rasa kelakar tambah kita tak faham dia cakap apa. Gelak-gelak pun lutut ketar lagi weh. Boleh pulak lepas tu abang tinggalkan Ainaa dengan kawan kat rumah! Sebab dia nak ambik kak ipar kat universiti. Siap sediakan satu backpack dengan dokumen-dokumen penting dalam tu, sebagai langkah berjaga-jaga kut ada gegaran lagi kita orang kena menyorok bawah meja atau kalau gegar teruk kena lari ke kawasan berkumpul. Tapi alhamdulillah dah tak ada dah gegaran lepas tu, gunung berapi Sakurajima pun selamat.

Ainaa memang sampai sekarang tak sangka dah merasa sendiri gempa bumi tu. Elok-elok pergi bercuti tiba-tiba gempa bumi, patut la hari sebelum gempa bumi tu asyik hujan, ribut dan kilat... Lepas dah gempa bumi tu memang cuaca elok je panas terik. Yang pasal kawan Ainaa tu mesti kau orang pelik kan tak akan la dia tak kejut Ainaa bila rumah dah gegar-gegar macam tu? Sebab kawan tu pun terpinga-pinga, dia ingat memang jenis rumah tu yang senang gegar padahal orang lain dah berkebut lari selamatkan diri. Adoi macam-macam.


Tu la pengalaman Ainaa gi tempat orang tapi dapat merasa bencana alam yang satu tu. Pengalaman pahit yang Ainaa tak akan lupakan. Tak dapat bayangkan kalau gempa bumi ni berlaku di Malaysia. Tapi tak perlu ke negara orang, dalam negara sendiri pun ada je dugaan kalau dah nama pun bermusafir kan. Jom share pengalaman pahit kau orang di ruangan komen!

9 Comments

  1. Wahh, itu sangat menakutkan. Tak dapat nak bayang. Apa pun, very very nice sharing. Saya sangat teringin nak pegi Jepun sebab sangat kagum dengan kesopanan org jepun.

    ReplyDelete
  2. oooo memang menakutkan...
    beberapa tahun lepas, gegaran kat gunung kinabalu...
    memang terasa ... kita yang duduk jauhhhhhhh sangat ni pun boleh rasa gegaran tu.
    bayangkan rumah kak pip dengan gunung kinabalu tu, kalau drive kereta lebih dari 4 jam!
    sekali rasa rumah mcm terhuyung hayang, cermin muka dinding di toilet swing left to right ... adoi, memang menakutkan ...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semua selamat..mesti cuak giler time tu..dah ler kat tempat orang kan sis.. btw, teringin jgk nak g jepun... org ckp sana bersih tak cam kebanyakkan tempat lain.. entah bila nak cukup tabung tu..ekeke

    ReplyDelete
  4. menakutkan nyaaa...

    www.ummicenter.com

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. Mencabarnya pengalaman travel ke Jepun tu.. Memang pengalaman yg x dapat dilupakan ni.. Alhamdulillah semua selamat..

    https://www.tipsummi.com/tips/rahsia-atasi-kulit-muka-kusam-dengan-berkesan-dan-selamat/

    ReplyDelete
  6. allahuakhbar seramnya. alhamdulillah semua selamat dan inilah yang mak akak selalu bising dan ingatkan bila seronok pergi jalan. semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya aamin.

    ReplyDelete
  7. btw berminat nak tengok itinerary. jap eeeh nak godek2 =D

    ReplyDelete
  8. Adoi..kita yang tak biasa ada gempa bumi ni sekali merasa mau trauma

    ReplyDelete
  9. Saya rasa gegaran di Ubud, Bali in last year Nov. Time tu tgh tido jugak ingatkan hantu Hindu ngusik gegar katil �� sekali gempa daaa tp mmg itu first time rasa gegaran & first time juga jd Solo Traveller aduh dugaan & peringatan dari Allah agar tak lupakanNya waktu bermusafir huhu

    ReplyDelete