19 OGOS 1997

Tarikh di atas adalah di mana seketul Ainaa dilahirkan di dunia ini dan bermakna sudah 20 tahun diberikan rezeki dan dipanjang umur. Alhamdulillah. Ada orang belum pun meningkat dewasa sudah ajalnya meninggalkan alam dunia, ada orang baru berusia 20-an tapi ajal sudah sampai, ada orang juga berkesempatan untuk merasai usia veteran dan ada orang baru saja dilahirkan namun ajalnya sudah menjemput. Tiada siapa pun boleh jangka umur seseorang itu hidup di muka bumi ini. Semuanya menjadi rahsia Allah. Sebab itu lah kita sentiasa diingat supaya mengingati mati kerana mati itu pasti.

mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna

Seperti yang diberitahu, 19 Ogos yang lepas adalah hari jadi Ainaa yang ke-20. Memang sekajap je masa berlalu, baru je rasa masuk pra sekolah lepastu paksa mami masuk kelas sekali kalau tak meraung, menangis, berguling semua ada. Baru je rasa debaran SPM dan betapa beratnya ujian Ainaa masa tu bila Ainaa terkena jangkitan kuman di hari pertama peperiksaan SPM. Tapi mat salih kata, 'Let bygones be bygones'. Biarkan yang lalu itu berlalu. Yang mana pahit tu kita jadikan pelajaran yang mana manis kita jadikan kenangan. Banyak berfalsafah pulak bila dah berumur ni. 

Apa pun dua tahun sudah Ainaa tak dapat sambut birthday dengan keluarga sebab bila je Ainaa rancang nak balik sambut bersama keluarga, mesti ada je halangan nak exam la ada kuiz la ada presentation, macam-macam! Nasib baik tahun ni diberikan rezeki untuk sambut bersama-sama keluarga setelah dua tahun sambut dengan kawan-kawan sebilik. Oh ya, terima kasih untuk dua tahun itu roommate semua, sebab kau orang la aku tak adalah nak bersedih sangat. Terima kasih juga sebab ada je prank yang kau orang buat walau tahun lepas prank tak jadi!

Bila dengan kawan-kawan ada prank, dengan keluarga ada surprise! Tahun ni Ainaa dapat surprise besar dari keluarga. Bila ingat balik malu pun ada sebab dengan makcik pakcik dan sepupu sepapat pun ada. Biasanya sambut biasa-biasa kat rumah anak-beranak je. Yalah kita ni bukannya budak-budak lagi nak sambut bagai, bila dah 20-an ni boleh pulak ada surprise macam ni. Segan la. Tapi tu lah, gembira tu tak usah di ucap, cukup la dirasai dan dikongsi bersama.

mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
Wanies Cafe
mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
design cafe ni lawa



mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
char kuey teow kung fu dan air greentea soda

mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
hadiah dari sepupu dan mak saudara. DIY sendiri ni

mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
keluarga ku. Ramai lagi yang tak ada ni

mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
surprise! 
mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
mami abah



mati itu pasti, birthday, hari jadi, tiada yang lebih bermakna
birthday girl excited dapat coklat dan kek

Tiada yang lebih bermakna selain dapat sambut hari jadi bersama keluarga. Tiada yang lebih bermakna juga selain diberikan peluang untuk terus mencari pahala dan dipanjang umur di alam dunia. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sering bersama, terima kasih juga atas doa dan ucapan yang diberikan.

16 Comments

  1. alo-alo dh 20 thun dh die...hepy besday dear...

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday girl! mrs pip dtg melawat :) #afbdotmy

    ReplyDelete
  3. Eh samalah..leen pun lahir bulan ogos jugak,btw Selamat Hari Lahir

    https://leenazi9783.blogspot.my/2017/08/giveaway-free-cake-design-by-leen-azi.html

    ReplyDelete
  4. Happy birthday dear.. bestnya sambutan dgn family

    ReplyDelete
  5. happy birthdayyyy.....meriahnya sambutan...keutiaw tu sedapnya...
    www.linliena.com

    ReplyDelete
  6. Selamat hari jadi dik! :) Semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday, Semoga menjadi anak solehah buat kedua ibu bapa.

    ReplyDelete
  8. wahhh.. happy belated birthday aina. walaupun dah lewat sangat ni. hihi. Moga terus diberkati dengan kebahagiaan dunia akhirat ya!

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah....

    Kita jarang sambut buzday sendiri... so selalu senyap je xbagitau orang bila buzday sendiri hahahaha bosakan hidup kita?

    ReplyDelete
  10. Happy birthday to you.

    ReplyDelete
  11. Sannah Helwah Nik Ainaa. Semoga sihat walafiat dan panjang umur agar kita semua berkesempatan beramal dengan Jariah.

    ReplyDelete
  12. Happy britday to you asaalamualaikuam salam kenal dari saya. Semoga sukses selalu

    ReplyDelete