Akanku Milikinya ! ( Insya-Allah )

    SAYA SUKA MEMBACA ! Apa kes ni ? Salam habuk tada terus cakap ' saya suka membaca ' ? Hehe Sebelum tu . . .  Assalamualaikum ! Jawab , jangan tak jawab ! HOT kea tajuk kali ni ? Hehe Ni mesti korang fikir yang bukan - bukan ni . Haa ! Kantoi ~ gurau jea  : D

    Tahu tak apa yang ' Akanku Milikinya ' ni ? Cer teka cer teka . Hehe Alahai ~ dah puas fikir ? Meh Ina bagitahu lah camtu . Apa yang bakal Ina milikki ? Jom ! Sama - sama kita tengok . . . .


  
1 ) Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

  

 2 ) Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana



3 ) Sebenarnya , Saya Isteri Dia ! - Zura Asyfar



4 ) Love You Mr.Arrogant ! - Aliesha Kirana



       Novel ! Yea , betul tu . Keempat -empat novel cinta di atas itu 'Akanku Milikinya' ( Insya-Allah ) . Kalau Ina cakap ' Saya Suka Membaca ' pasti ramai yang gelak atau ejek sebab ? Sebab Ina tahu ramai yang tulis dalam biodata dia , hobinya membaca sedangkan . . . Fikir lah sendiri . Tapi Ina memang suka membaca . Yea ! Ina memang SUKA GILA membaca novel ni . Mungkin . . .  Obses membaca novel ? Haha entah ! Tapi yang pasti Ina memang suka membaca novel .

      Novel no. 3 & 4 akan keluar pada bulan Mac ni . Eh ? Bukan kah kita dah berginjak ke bulan Mac ? Haha betul lah tu . Dah masuk 03/03/12 . Kedua novel ini mungkin akan keluar pertengahan bulan ni . Aaah ! Tak sabar rasanya . Kedua novel ini diterbit oleh Karya Seni . Novel Sebenarnya , Saya Isteri Dia ! dan Love You Mr.Arrogant ! memang best . TERamat best ! Ina dah baca kat blog penulis dan kat p2u . Rugi tau kalau tak beli dan baca . Blog penulis novel SSID , OUR LOVE . Blog penulis novel LYMA , DARI TINTA ALIESHA KIRANA .

    Novel no. 1 & 2 pulak adalah daripada penulis yang sangat berbakat iaitu Suri Ryana dan Acik Lana . Ina memang tabik spring lah kat akak Suri dan kak Acik . Novel mereka memang awesome ! Kedua novel ini akan keluar pada bulan April 2012 ini dan diterbit oleh Kaki Novel . Tak lama dah . Ina dah beli novel pertama kak Suri - M.A.I.D dan juga novel pertama kak Acik - Aku Bukan Mistress . Novel pertama mereka memang tak menghampakan Ina dan juga pembaca yang lain . Memang best ! Novel Isteri Separuh Masa Ina dah pernah baca kat blog penulis . Tapi . . .  Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna belum Ina baca lagi . Kerja - kerja yang menanti membuatkan Ina resah . Nak baca pun tak tenang dibuatnya . Tak fokus . So Ina rasa ada baiknya Ina tunggu novel ni diterbit . Rugi betul Ina kan tak dapat baca sedikit kisah novel ni di blog penulis . Blog penulis novel ISM - BILA JARI JEMARIKU MENAIP . Blog penulis novel MJATS - LUAHAN DARI OTAK KECIL .


  Insya - Allah . 
Keempat - empat novel ini
' Akanku Milikinya ' .


Wassalam . = )

12 ulasan:

  1. novel saie sebenarnya isteri dia tu mcm best jew :)

    BalasPadam
  2. Empat2 novel memang best ! konpom beli punya !

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea , beli jangan tak beli . hehehe :D

      Padam
  3. sbrnya saya isteri dia sudah saya beli tpi tk bce2 pun lgi. huhuhuhu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. SSID pun sy dah beli . memang best novel kan ^^ huhu

      Padam
  4. da baca da novel saya sebenarnya isteri dia...mmg best..xmnyesal beli..nnt nk beli novel no 1 & 2 lak...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah..betul tu , memang best. novel yg no.1 tu sy dah beli . pun best jugak ^^

      Padam
  5. da beli saya sebenarny isteri dia...mmg best~~~ ... nk beli yg lg 3 novel nie lak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup! betul tu, sy pun dh beli dn memang best. yg Isteri separuh Masa dn Love You Mr.Arrogant sy dah beli...pun best! haha ;D

      Padam
  6. ina gilaa lah .. xpe, janji kita sama22 gilaaa .. hhheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha 'gila' novel jugak er? hehe >.<

      Padam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.