Bila Kaki Gatal Nak Memanjat Bukit
Kalau dalam masa setahun tu tak hiking memang tak sah dan kalau dah lama tak hiking pun rasa kaki ni gatal je nak panjat mana-mana bukit atau gunung. Sampai kawan Ainaa berseloroh kat Ainaa suruh panjang tebing bukit yang ada di UIA Gombak. Cis, kurang asam betul punya kawan. Tapi memamg betul Ainaa dah lama tak hiking ni. Sepatutnya bulan lepas Ainaa pergi memanjat Gunung Stong buat kali ketiga tapi sayang sekali terlepas peluang tu sebab Ainaa terlambat hantar borang penyertaan. Entah sempat ke tidak nak pergi memanjat mana bukit sebelum musim hujan ni kalau tak terpaksa la tunggu tahun depan. Sedihnya lahai. Jadi untuk kurangkan rasa gatal kaki Ainaa nak hiking ni, mari kita throwback sikit cerita 3 bulan yang lepas.
05 MEI 2017
Bertarikh di atas Ainaa telah sertai program memanjat Bukit Batu Putih di Port Dickson. Kalau ada program panjat memanjat ni di universiti memang Ainaa akan usahakan untuk sertai padahal hari ke esokkan program tu Ainaa ada exam mid-term. Tapi kena tengok situasi juga, macam haritu tak apa la sebab Ainaa dah baca chapter yang akan keluar exam mid-term cuma nak kena hafal sikit, itu yang berani ikut join program. Sambil-sambil tu boleh tenangkan fikiran. Lagipun aktiviti memanjat ni kan macam bersenam, bila kita bersenam badan sihat otak pun cergas. Betul tak?
Ainaa lupa berapa jam masa yang diperlukan untuk panjat Bukit Batu Putih tu tapi rasanya sejam pun tak sampai. Yang Ainaa tahu pukul 9.30 pagi tu kami dah sampai puncak. Namun sayang sekali ada trafik jam pula kat atas! Ramai sangat orang sampai nak ambil gambar pun berebut dan kena tunggu giliran. Dah la sorang-sorang ambil gambar lama dan nak bergerak pun asyik terlanggar orang je jadi tak bebas sangat nak tangkap gambar. Bila Ainaa nak tunggu orang lain turun, eh hujan la pula. Apa la nasib kan, tapi tak apa boleh dikatakan puas hati jugak sebab dapat tangkap gambar banyak-banyak. Cuma gambar tu tak ada lah cantik sangat pemandangannya, penuh dengan orang je.
|
ramai orang kat bawah tu, tak cantik dah pemandangan. |
|
Dari Bukit Batu Putih ni boleh nampak pinggir pantai |
|
bagi double 'small love' untuk kau orang |
Nasib baik hujan rintik-rintik kejap je lepastu cerah balik tapi ketua group kami bising suruh turun sebab takut tak sempat nak ke pantai lagi. Yeay ke tak memang seronok tapi aduhai panas terik tengah hari kut. Maka kami yang tua ni berhoray horey la di tepi pantai main bola beracun dan naik boat seperti kanak-kanak ribena. Ada separuh dari kami naik banana boat tapi Ainaa naik boat je sekali dengan pakcik driver tu, saja nak layan konon titanic. Time tu memang Ainaa lupakan terus ada exam dan dalam kepala hanya ada hiking, pantai dan bermain! Lupa kejap saja, orang kata release stress.... lepas balik tu dengan muka dah legam campur penat, otak berfikir kembali macam mana la aku nak exam ni. Bila pergi Port Dickson siang tu tak ingat pula, nak seronok je tahu. Tengok la gambar-gambar ni betapa 'ribena'nya kami.
|
pakcik ni spotting tolong tangkap gambar |
|
best duduk hujung boat, feeling titanic gitu |
|
asyik 'lop lop' je Ainaa ni |
|
view di tepi pantai |
|
geram nak naik jet ski belakang tu tapi belum rezeki nak naik |
|
seronoknya dia |
Agak-agak kalau semester akan datang ni ada lagi boleh la Ainaa join lagi. Kau orang pun nak pergi hiking ke jangan lupa ajak, kut boleh buat geng memanjat bukit dan gunung kan.
17 Comments
Kalau nak yang lebih mencabar, kena mendaki gunung.
ReplyDeleteSeronoknya..dah lama tak hiking
ReplyDeleteLast sekali buat aktiviti ni..time sekolah dulu masa form4 pergi memanjat gunung ledang dengan kawan² kelab anti dadah..adalah dalam 10 orang gitu...haishhh...mau semput ni kalau repeat lagi..huhuhu...
ReplyDeleteJom baca pengalaman Puan Aya berusaha naikkan HB pada minggu ke34 kehamilan,selepas ngeri di ugut akan di suntik iron
seronoknya
ReplyDeletebestnyee ,,,masa muda remaja..bujang pulak tuu sesuai sgt join aktiviti macam ni Ainaa
ReplyDeleteMenarik... Tempat yang cantik untuk bercuti.. singgah di blog saya ye.. https://zeck-anythingscool.blogspot.my/
ReplyDeleteBagus aktiviti
ReplyDeletewahhh...bestnyaa...
ReplyDeletehttps://aztieyshana.blogspot.my/
Akak yg org PD pun xpernah sampai Bukit Batu Putih..hahaha
ReplyDeletebestnyaaa.. Nurul suka aktiviti macam ni ^^
ReplyDeletehttp://www.syahirahvaliant.com/
perghhh. kaki hiking rupanya...
ReplyDeleteMcm best je..nak try la nanti
ReplyDeleteBukit Batu Putih tak tinggi kan tapi kita tak pernah cuba nak panjant bukit takut semput wakakakka..
ReplyDeleteCantiknya permandangan! Subhanallah. Tapi tak larat dah nak mendaki. Sakit lutut. Hahaha
ReplyDeleteSemangatnya memanjat. Mesti best kan dapat tengok pemandangan cantik2
ReplyDeleteYa Allah..cantiknya Ainaa..view kt belakang tuuuu
ReplyDeleteLama tak buat aktiviti seperti ini. Hope nanti ada masa yang sesuai untuk mulakan balik t-T
ReplyDelete