Wanita dan penjagaan muka memang tak boleh dipisahkan. Walau simple macam mana pun seseorang itu, dia tetap akan ambil tahu serba sedikit tentang penjagaan muka. Ada juga yang betul-betul jaga dan mementingkan penjagaan muka yang betul supaya kekal awet muda, wajah berseri dan kelihatan cantik. Tak dinafikan walaupun Ainaa jenis yang dalam kategori 'malas la nak pakai itu ini' dan 'leceh la nak kena ada set penjagaan muka', tapi tetap la di sudut hati masih ambil tahu dan bila ada rajinnya, pakai dan bila malasnya memang tak pakai la segala jenis serum ke pelembab ke atau seangkatannya.

First produk Ainaa guna, Fair & Lovely, dan adalah dalam empat ke lima tahun juga setia dengan Fair & Lovely. Kemudian baru datang kesedaran nak tukar produk lain maka beralih ke Garnier Light tapi tak sampai dua bulan Ainaa stop pakai sebab kulit tak sesuai dengan Garnier Light, bila pakai tu rasa pedih lain macam. Maka Ainaa pun beralih ke Safi Balqis. Dua tiga tahun juga la Ainaa guna Safi Balqis dan alih-alih sepupu Ainaa kata Safi Balqis tak sesuai dengan kulit Ainaa. Memandangkan sepupu Ainaa tu pandai bab-bab penjagaan muka ni jadi Ainaa stop pakai apa-apa pencuci muka dan krim siang selama sebulan melainkan krim Biore UV je.


syahirah malaysia, syahirah korean secret, wanita, kecantikan, penjagaan muka

Kira sebulan tu memang Ainaa nak ambil kisah langsung sampai lekat parut baru dekat dagu pun buat dek je sebab dalam kepala masa tu nak final exam je. Belajar, belajar dan belajar. Bila dah mula cuti semester ni, mula la rasa nak melawa nak cantik balik (eh eh macam lah sebelum ni cantik). Bila rasa nak melawa ni, dalam banyak-banyak produk kecantikan yang Ainaa survey... Syahirah Korean Secret menjadi pilihan hati. Jadi Ainaa pun beli la serba sedikit produk Syahirah Korean Secret iaitu facial toner, moisurizing cream dan krim kecantikan.

Nak tahu apa yang kelakar.... Boleh pula Ainaa pakai moisturizing dulu kemudian baru pakai toner! HAHAHA Nampak sangat kan tak pernah pakai toner. Bila first time pakai tu rasa "eh kenapa rasa macam salah je" dan sanggup ni google semata-mata nak tahu kena pakai pelembab dulu ke toner. Adeh, gelak sorang-sorang juga dibuatnya. Sinis kat diri sendiri sebab umur 20 tahun baru nak reti mana toner mana moisturizing. Dulu yang tahu cukup pakai pencuci muka, krim siang + UV, bedak Johnsons baby powder dan pelembab bibir Nivea..... SIAP! Simple as A-B-C-D.

syahirah malaysia, syahirah korean secret, wanita, kecantikan, penjagaan muka

Harap-harap dengan Syahirah Korean Secret ni sesuai la dengan kulit Ainaa memandangkan ini adalah percubaan pertama Ainaa bersama produk Syahirah. Tak boleh nak review lebih-leih sebab Ainaa pakai pun tak sampai seminggu pun lagi. Bila-bila dua tiga bulan lagi nanti kita review pulak kesannya macam mana ya.


7 Comments

  1. mamajue suka hat scrub dia.. beshhhh

    ReplyDelete
  2. cantik packaging dia. tertarik nak try jugak

    ReplyDelete
  3. Cantiknya packaging dia.

    ReplyDelete
  4. best tak produk ni? nak cuba jugak la.

    ReplyDelete
  5. Mai pun baru berjinak2 nak jaga kulit ni, hehe. Haritu masuk watson tergoda juga nak beli syahirah ni sebab bekas comel sangat. Last2 terbeli jenama follow me je, hahaha :P kalau best nak beli la nanti yang ni.

    ReplyDelete
  6. Mmng cute sgt packaging dia... Best cuci muka ngan pelembap gel dia... Sejuk jer rase dia. Ni pon baru guna dlm seminggu kot

    ReplyDelete