kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


Negeri Pantai Timur ini memang kaya dengan pelbagai makanan tradisi turun-temurun dan antaranya sudah tentu lah Nasi Kerabu dan Budu. Uish, sedapnya. Memang kegemaran Ainaa la tu makan budu, tak ada kuah pun tak apa letak je budu depan mata tiga kali tambah nasi jawabnya. Nak pula kalau dalam budu tu letak sekali dengan lada tiga-empat biji dan buah pauh.... MashaAllah rasa nikmat sangat-sangat bagi peminat budu macam Ainaa. Yang bukan orang Kelantan mungkin tertanya-tanya apa lah yang disedapkan sangat dengan budu tu tapi bagi kami seumpama kau makan makanan hotel lima bintang. Haha Hiperbola pulak tapi ada je orang Kelantan sendiri yang tak makan budu atau tak berapa gemar. Okey kita berhenti cakap pasal budu, sekarang ni siapa-siapa yang datang Kelantan sebab bercuti ke, ada kenduri kahwin atau apa-apa saja lah... Kalau datang Kelantan WAJIB cuba makanan-makanan yang disenaraikan di bawah ini. Sedap atau tak itu terserah lidah kau orang lah, tapi makanan-makanan yang ni memang femes di Kelantan.



MAKANAN YANG PATUT DI CUBA DI KELANTAN:


1) NASI KERABU DAN AYAM PERCIK
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Nasi kerabu ni best kalau makan dengan daging bakar atau ayam bakar madu. Nak makan nasi kerabu ni tak perlu ada masa, nak makan waktu pagi ke tengah hari ke malam boleh saja tapi kebiasaanya orang makan nasi kerabu pagi dan malam. Nak lagi sedap makan sekali dengan solok lada dan telur masin, itu bagi siapa yang suka makan solok lada dan telur masin la. Kalau Ainaa tak minat sangat. Dan sudah tentu nasi kerabu Kelantan jauh lebih sedap dari nasi kerabu di tempat lain. Sebab itu kena cuba kalau datang Kelantang, original punya lagi sedap.


2) KUIH-MUIH KELANTAN
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Sejujurnya walaupun Ainaa anak jati Kelantan, tapi Ainaa tak tahu jenis-jenis kuih Kelantan. Memang tak tahu langsung sebab kuih tradisional Kelantan banyak sangat jenisnya dan Ainaa pun bukan minat sangat kuih-muih ini walaupun sedap. Tapi kau orang kalau datang memang kena cuba makan kuih-muih Kelantan. Ainaa bawa kawan-kawan dari Johor dan Selangor pun dia orang semua pakat nak beli dan cuba sedangkan Ainaa Kelantanese sendiri tak makan.


3) GEARBOX SOUP/KARI & TEA BENG JEBOK (TEH AIS)
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Yang ni WAJIB! Sedap sangat-sangat wei kalau datang Kelantan tak cuba ni memang sia-sia je. Gearbox soup ni kalau makan dengan nasi tapi ada juga kari gearbox yang sedap dimakan dengan roti canai. Memang sedap tapi kau orang kena pandai pilih tempat lah. Malam-malam rasa nak makan roti canai cicah pula kari gearbox, pergh nikmat bak hang! Makan tengah hari pula makan nasi dan sup gearbox panas-panas. Itu bukan setakat jilat tangan, dengan tulang gearbox tu sekali kau nak sedut!


4) NASI TUMPANG
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Jangan tanya Ainaa kenapa nama dia 'Nasi Tumpang' tapi dalam golongan makcik-pakcik memang femes nasi tumpang ni dan ada je orang belia yang suka makan (yang pasti, bukan Ainaa). Seperti dalam gambar nasi tumpang dibungkus cara siput bergulung macam tu dan intinya pula nasi, serunding, kuah gulai ikan kuning kalau tak silap.


5) NASI KAK WOOK
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Zaman Ainaa sekolah dulu-dulu, setiap kali balik sekolah atau pun hujung miggu ada kalanya ayah Ainaa bungkuskan nasi Kak Wook ni. Ainaa suka kuah gulai ayam dan ayam gorangnya sebab memang rasa sedap.


6) BABA ICE CREAM
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu

Ainaa pernah rasa yang di pasar pagi punya je, yang sebenar ada di Rantau Panjang dan dari tempat Ainaa nak ke Rantau Panjang tu sangat jauh. Ainaa tak tahu laah yang Ainaa makan tu sama sedap seperti BABA ICE CREAM tu.


7) GULAI SERATI
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


8) LAKSAM
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


9) COCONUT ICE CREAM
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


10) ROTI TITAB
kelantan, negeri cik siti wan kembang, pantai timur, makanan sedap di kelantan, makanan yang patut dicuba di kelantan, red warriors, kota bharu, budu, nasi kerabu


Nampak sedap kan? Nama memang pelik-pelik tapi bila makan best! Tak percaya kena lah pergi Kelantan dan cari makanan tu semua sebab Kelantan banyak makanan yang sedap dan unik. Yang tak boleh dicari di negeri lain dan kalau ada pun memang tak akan sama.


(SEBARANG KOMEN BENTUK POLITIK ATAU RACIST TAK AKAN DIAPPROVE)

9 Comments

  1. Macam2 makanan dari kelantan ni.
    Pakcik Kalau 'rice to wednesday' dan budu tu selalulah makan.

    ReplyDelete
  2. Nasi kerabu my feveret CCL .. tiap2 bulan mesti kena makan .hehe tapi banyak pulak ainaa list dpm entry kali ni ..byk yg CCL belum cuba.insyaAllah nnti jejak kaki ke kelantan boleh merasa makanan ni

    ReplyDelete
  3. Teringinnya nak pergi Kelantan. Tak pernah lagi sampai sanaa

    ReplyDelete
  4. sedap2 makanan kelantan ni..mmg tak leh miss kalau p sana mesti cari mknn ni

    ReplyDelete
  5. Tak pernah merasa lagi semua makanan ni. Tapi mesti sedap kan.

    Latest from me, http://lynk.my/jlwD

    ReplyDelete
  6. oh mai, tengok dari sudut gambar semua nampak memang terliur. nak kena buat jalan jalan cari makan kelantan la lepas ni

    ReplyDelete
  7. ala ainaa rindu nok kelik kelantan la bila ainaa share makanan ni... hahahhahah..makanan kelantan memey sedap...

    ReplyDelete
  8. cik aina kelate duk mano...rindunyo nak make kueh buoh tanjung...huhu...nasik ulam cikgu...nasi dagang kat hover pagi2...ooo..heaven molek

    ReplyDelete