surga yang tak dirindukan, filem indonesia, syurga yang tak dirindukan, indonesia, fedi nurul, cintya bella, review surga yang tak dirindukan


Siapa dah pernah tengok filem indonesia ini? Ainaa tahu kewudujan filem ini pun sebab heboh di laman sosial tentang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 yang orang-orang kata sedih sampai sepanjang dalam panggung dua jam tu jugak asyik nangis je. Ainaa tak minat sangat cerita-cerita sedih ni itu yang malas nak tengok dan lagipun part 1 punya tak pernah tengok lagi. Tapi terjebak juga sebab roommates Ainaa dia orang rembat Ainaa punya laptop dan tengok Surga Yang Tak Dirindukan secara online. Dengan Ainaa sekali tertengok pula cerita tu tapi bila tengok cerita sedih plus madu ni, memang mulut Ainaa tak berhenti komplain itu ini. Kau orang (roommates) redha je lah ya siapa suruh kacau line aku nak tengok cerita Irie-kun. Apa pun siapa yang nak tengok filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, kena la tengok yang pertama dulu baru tahu macam mana ceritanya sebenar. Untuk itu, Ainaa nak review cerita Surga Tak Dirindukan 1 ini serba sedikit.


REVIEW FILEM SURGA YANG TAK DIRINDUKAN:


Ceritanya kisah pasangan suami isteri yang bahagia, Prasetya (Pra) dan isterinya, Arini. Pada mula-mula cerita Pra dan Arini hidup bahagia dengan anak mereka Nadia dan tambah pula Pria adalah seorang yang penyayang dan setia pada isterinya. Tapi tak lama selepas itu, ada satu kejadian malam tu Pra selamatkan Meirose yang terlibat dalam kemalangan dan bawa ke hospital. Meirose ni belum kahwin tapi sedang mengandung dan time eksiden tu pula doktor terpaksa bedah untuk keluarkan anak Meirose. Entah apa yang gila sangat Meirose ni dia nak terjun bangunan tapi datang la Pra sekali lagi untuk selamatkan Meirose dari bunuh diri dan boleh pula Pra ni pun sengal tawarkan diri kahwin dengan Meirose. Jadi selepas tu Meirose sah jadi isteri kedua Pra dan perkahwinan dia orang ni tanpa pengetahuan Arini, iaitu isteri pertama Pra.

Nak pendekkan cerita, Arini ni bijak. Cepat je dia dapat tahu yang Pra kahwin lain dan Arini sendiri yang pergi cari Meirose di rumahnya. Okey, dah boleh agak lepas tu? Mesti la dia Arini ni mengamuk dan gaduh-gaduh dengan Pra. Nasib baik tak ada scene tarik-tarik rambut antara Arini dan Meirose ni, sebab Meirose pun baik je dalam cerita tu. Pra keluar dari rumah isteri pertama dia lepas Arini ugut nak lari dari rumah. Tapi lama-lama dia orang berbaik semula sebab anak mereka Nadia dan dalam masa yang sama dah kena tazkirah dah dengan mak Arini. Maka berbaiklah mereka semua, Pra, Arini, Meirose, Nadia dan baby Meirose (lupa nama apa). Tak lama lepas itu Meirose buat keputusan untuk tinggalkan anak dia pada Pra dan Arini, dan Meirose pula bawa diri sebab tak nak kacau rumah tangga Arini. TAMAT.


Haha Memang betul-betul tamat macam tu je. Nak tengok sambungannya kena lah tengok pula SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 di pawagam. Petang tadi kawan Ainaa ajak sebenarnya tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2 tapi sebab kita orang tak nak lah sampai balik malam, jadi lain kali je lah. Tunggu je nanti tengok dalam internet mesti ada punya. Yang nak tengok SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 1 boleh klik link di bawah ini.




2 Comments