AFB FEEDS

Balasan Untuk Aku

Hari itu secara tak sengaja Ainaa rosakkan kawan Ainaa punya hardisk dan bila Ainaa nak bayar ganti rugi dia tak bagi. Memang selamat duit dan cukup berterima kasih kat dia tapi...... hari ini. 

Lepas balik dari kelas jam 6 petang tadi Ainaa terus basuh baju yang basah sebab hujan. Sekali lepas tu nak sidai baju, baru Ainaa perasan ampaian bulat yang kecil tu hilang! Wei!! Dengan baju-baju sekali pulak tu dia angkut! 


MANUSIA MANA YANG TAK ADA OTAK NI?? SADIS SANGAT HIDUP SAMPAI PAKAIAN AKU PUN KAU NAK CURI??!!


Ya Allah..... balasan untuk Ainaa agaknya. Duit tak habis bayar ganti rugi kat kawan tapi duit bakal habis nak beli pakaian yang hilang tu! Ya Allah, mintak-mintak orang yang ambil baju-baju Ainaa tu pulangkan balik kat bilik penyidai tu tak kira sama ada dia sengaja atau tak sengaja.

Kalau tak kesian kat abah Ainaa kena bagi duit untuk beli baju-baju tu. Kau orang faham-faham jelah kalau dah disidai kat ampaian bulat tu. Memang mustahak sangat dah ni. Yang si pencuri tu pun boleh pulak nak main curi barang penting orang. Memang terdesak sangat dah kut mencuri sampai Ainaa pulak yang terdesak nak kena pergi beli. Huhuhu

**Ini rupanya perangai manusia kat asrama. Dan aku yang terkena. Huh.**

You Might Also Like

6 Surat Cinta

  1. Dugaan duduk di asrama.terdesak betul orang tu. haha

    ReplyDelete
  2. LOL..pakaian paling penting tu ehh...

    ReplyDelete
  3. desprate kot.. sabar ye aina. ad hkmah tu..

    ReplyDelete
  4. kesian aina..hrp2 dpt balik pakaian tu

    ReplyDelete
  5. ada orang luar ke yang masuk? habis 1 ampaian bulat plak tu..sabor je lah..

    ReplyDelete