Drama-drama adaptasi novel melayu terus-terusan dapat menarik perhatian pengarah dan orang ramai. Kali ini, novel dari penerbitan Penulisa2u yang bertajuk Hati Perempuan, karya Nur Ain Al-Abbas bakal menggantikan drama yang tengah hangat sekarang iaitu Teman Lelaki Upahan.




DRAMA HATI PEREMPUAN AKAN MULA DITAYANGKAN PADA 30 MAC 2015 DI SLOT AKASIA , SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 7 MALAM DI TV3.

Apa yang menarik dengan novel Hati Perempuan? Serius, saya tak boleh komen lebih-lebih sebab saya belum baca walaupun novelnya dah ada dalam koleksi. Kita tunggu saja kemunculan cerita ini.


GAMBAR-GAMBAR DISEBALIK TABIR DRAMA HATI PEREMPUAN :


















































[ GAMBAR DARI PELBAGAI SUMBER ]


BARISAN PELAKON :

Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril

Mia Ahmad sebagai Yuhanis

Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus



SINOPSIS NOVEL HATI PEREMPUAN :


Boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berdekatan atau beli secara online di http://www.p2u.my dengan diskaun RM3 dan tiada cas penghantaran dikenakan.



Hati Perempuan - Nur Ain Al-Abbas
Terbitan : Penulisan2u
Harga : RM27 sem, RM30 sabah sarawak

[ SINOPSIS ]

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran
disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta
hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril?

Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 


[ BACA NOVEL HATI PEREMPUAN SECARA ONLINE ]


9 Comments

  1. Sekarang tengah syiok dengan teman lelaki upahan, heee..

    ReplyDelete
  2. yeayyy dah beli semalam kat Putrajaya Book Fair...

    ReplyDelete
  3. errmmm... siapa pelakon perempuan tu...? pelakon baru ehh... cantikkk... hehehehee... :)

    ReplyDelete
  4. Salam kenal...singgah sini n terus folow...

    Mak sy kakak sy n org umah,kalu tgk cite2 melayu ni mmg melekatla kt dpan tv tu...

    ReplyDelete
  5. novel memang saya fail. drama pun tak tengok sangat.
    dalam minat asam pedas untuk dia pun.. episod terakhir tak tengok pun

    ReplyDelete
  6. mcm best je bila tgk barisan pelakon hehehehhe

    ReplyDelete