Terma dan syarat utk join Liebster Award ini adalah seperti berikut:

- Mention the person who nominated you with link -
- Answer the questions -
- Nominate other bloggers -
- Create the questions -
- Notify your nominate -


Aaaaaah Otakku tengah blur tambah kena nominate dengan blogger Zue Zulaikha. Blur pun tapi tetap tertarik dengan LIEBSTER AWARD dan saya dengan berbesar hati nak jawab soalan sis Zue.

Cerita bual bicara yang mana korang paling suka? Meletop or H Live?


Jawapan yang jujur, saya jarang tengok TV. hehe jadi MeleTOP pun lagilah jarang tengok. Tapi antara dua ni saya rasa MeleTOP kut. Lagipun HLive baru wujud dan yang ni betul-betul saya tak pernah tengok.

Pendapat korang kalau Zue kata Zue tersuka dekat one of my BFF?

Tersuka salah seorang BFF? Mesti lelaki lah kan? Haha sengal pulak otak haku ni. Tak salah pun Zue. Bukan HARAM pun. Sebab tulah orang tua-tua pesan, lelaki dan perempuan kalau ada istilah 'BFF' tu, kemungkinan hati dah TERsuka kat si dia sangat besar. Perempuan ni kan Zue, hati lembut. Mudah terusik. So, tak salah pun. hehe


Apa yang korang lakukan bila korang rasa tak diendahkan oleh anybody yang korang cuba untuk rapat?

Emm.... Sudah tentulah akan terasa hati kan kalau kita nak rapat dengan dia tapi dia buat dont know je. Eeee Nak cekik-cekik je rasa orang macam ni. Haha saya merujuk kepada kawan perempuan ni ya, bukan 'boy friend'. Apa yang saya buat? Dah orang tak nak layan kita, buat apa nak terhegeh-hegeh. Yang ni pernah terjadi kat my BFF. Tiba-tiba hubungan kitorang boleh renggang dan haku pun cuma nak rapat semula, tapi..... BOLEH DIA BUAT ENDAH TAK ENDAH JE?? Argh. Sakitnya tuh disini. Kuakua berjiwang kejap. Last-last aku biarkan je. :P Dah nak kata apa lagi? Kita dah rendahkan ego kita tapi dia pulak yang tak layan. Baik aku blah je!


Apa comment korang dengan cara penulisan Zue?

Maaf Zue. Saya baru beberapa kali melawat blog Zue. Berapa kali tu, jangan tanya. Tak ingat. Hehe Tapi apa yang saya baca dekat entry Liebster Award Zue, so far okey. Biasa-biasa saja seperti orang ramai. Tak kaku sangat, atau tak senget macam penulisan Ainaa. Buahaha Ok-ok. Sorry yup. Peace ^_^


Cara terbaik untuk tidak melukakan hati parents bila kita tak dapat tunaikan harapan diorang?

OH NO! SOALAN AGAK RUMIT, kalah soalan matapelajaran Akhlak masa aku ambik S.M.U 2013 (Sijil Menangah Ugama) dulu. Memang susah. Saya pernah alami sebab mak ayah saya letak harapan score straight A dalam setiap exam tapi haku ni jenis banyak main-main dari belajar. Huwaaahh Ampun! Tak dapat jawab soalan Zue. Susah sangat. hehe


Kata semangat untuk Zue yang akan dapat result SPM tak lama lagi?

Kata-kata semangat yang saya nak bagi kepada Zue dan semua batch 97 yang sedang menanti result SPM (saya pun.OMG), apa-apa pun keputusannya.... Jangan sodih-sodih kalau result down. SPM bukan penentuan hidup kita tapi SPM baru permulaan. Kalau katakan gagal, tak semestinya masa depan pun gelap. Katakan cemerlang, tak semestinya masa depan kau orang pun terus cerah. Don't give up, ok! Teruskan kehidupan. Gagal exam bukan bermaksud bodoh. =) *big smile*



Perlu ke jadi diri sendiri kalau orang lain tak suka diri kita ni?

Buat apa nak jadi orang lain kalau itu diri kita? Paham ke idok? Haha Kalau tak faham, baca sampai faham!! Seriously, kalau orang tak suka.... Tentu ada sebab, kan? So jalan yang mudahnya ialah tengok diri kita, tang mana yang buat orang tak suka. Mulut kita ke, perlakuan kita ke.... Kadang-kadang kita tak sedar bicara atau perbuatan kita, ada yang terasa hati. Susahnya nak jaga hati orang!


Lelaki Melayu v/s lelaki Foreigner, mana satu yang korang rasa lagi better?

Alamak! Better dari segi mana tu, Zue? Muehmueh kalau dari segi kehanseman tu ofcourse muka mat salleh sangat 'jantan' kecuali si 'biebir' tu. Urgh. Lelaki jambu memang haku tolak tepi, tapi kalau dapat jodoh laki jambu kita kira tengok tutup mata jelah kejambuannya tu. Buahaha.


Aaaah! Tak kira ah semua tu. Yang penting, Islam dan akhlak baik, kira on jelah!! :P


Lagu rancak or lagu balada lagi OHSEM?

Lagu jiwang. Hahaha Sebenarnya terserah. Kalau lagu tu best, saya layan je. Lagipun jarang-jarang dengar lagu. Dengar pun lagu-lagu jiwang. Cewah. Ahak!


Tempat apa yang korang pernah pergi and kenangan dia sampai sekarang korang boleh ingat? Why?


GUNUNG STONG !!  Gunung Stong satu-satunya aktiviti yang paling lasak bagi sayalah yang saya buat. Pergh! Kalau dulu meraung-meraung tak nak pergi dah sebab sakit seluruh badan tapi lepas dah tak sakit tak lenguh tu, nakkk lagiiii !!! Haha Nak tahu cerita panjang-panjang, boleh KLIK SINI yup.

PULAU JEREJAK !! Pengalaman pergi pulau ni pun saya tak boleh lupakan sebab ni pulau yang kedua saya pergi selain Langkawi. Hukhuk Sodihnya dua pulau baru pergi. Apa-apa pun pulau ni best, lawak! hahahaha mesti Zue pelik kan apa yang lawak kalau Zue tak pernah pergi lagi. Sebabnya dari jeti pulau nak ke resort pulau tu kena naik kereta kancil yang tak ada pintu!! Unik tak unik. Ke haku je yang jakun? Kuakua. Apa-apa jelah! Yang penting tu hati aiii suka!


...............................


FUHH !! Selesai. Banyak jugak soalannya. Hehe tapi saya dah excited nak jawab kan so kepada siapa yang saya nak nominate ni harap dapat balas entry dan jawab soalan yang diberi. Heee


SOALAN - SOALANNYA : 

1- APA ANGAN-ANGAN/MIMPI KORANG YANG PERNAH JADI KENYATAAN?

2- APA RESPOND KORANG KALAU KENA PUJI CANTIK/HANDSOME?

3- PERNAH HUBUNGAN BFF KORANG TIBA-TIBA RENGGANG? APA KORANG AKAN BUAT WALAU DAH CUBA BERBAIK-BAIK DENGAN DIA?

4- KOMEN SIKIT TENTANG BLOGGER NIK AINAA ATAU BLOGNYA.

5- SUKA SNAP GAMBAR DIRI SENDIRI DAN UPLOAD DI LAMAN SOSIAL TAK? BAGI SEBAB KENAPA SUKA DAN KENAPA TAK SUKA.

6- PENDAPAT KORANG DENGAN PEMINAT/KAKI NOVEL TEGAR.

7- PERNAH MELAWAT ATAU HOLIDAY KE KELANTAN? BAGI PENDAPAT ANDA TENTANG KELANTAN DAN RAKYATNYA,

8- APA PERASAAN KORANG KALAU DAPAT TAHU ORANG YANG KITA SUKA TU, SUKA KAT BFF KORANG?

9- PERKARA/BENDA APA YANG JADI KEGILAAN KORANG? (cth: shopping, novel dan etc)

10- CABARAN HIDUP YANG PALING SUKAR KORANG PERNAH ALAMI DAN MACAM MANA KORANG ATASI/HADAPINYA?

Saya nak nominate blogger ini semua. Harap sudi jawab entry ini dan soalan-soalan yang diberi ^_^
- Ruqaiyah Amanina -  
- Tengkubutang Miaw -
- Syira Lokman
  - Ayu Insyirah -
- Ezy Loy -  
- Emas Putih(Uzu) -
- Yumida
- Lisa(Mawar Biru) -
- Siti Rohaida -
- Cik Anis -

Perasan ke tidak blogger-blogger yang saya nominate tu semuanya blogger awesome? Haha sengaja cari pasal. Tak tahu dijawab ke tidak. Kita kira redho jelah ya. Hahahahaha

10 Comments

  1. tq dear!
    insyaAllah nt saye buat..
    =)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. wc. harap dpt bls entry n jwpnnya. heee >_<

      Delete
  3. wah suka layan lagu jiwang jugak XP
    kenapakah tak tag kite nihh. huhu

    ReplyDelete
  4. wah terbaiklah jawapan dari Nik Ainaa! Btw, thanks sudi jawab soalan Zue.. hehe, btw soalan 5 tu takpe... mesti ramai takleh jawab.. sebab Zue pun takde jawapan yg tepat untuk tu.. hee ^_^

    ReplyDelete