Bye, bye... *sambil lap air mata*



      Bismillah pembuka bicara, Assalamualaikum pembuka cerita. Cewah! Haha korang baca tajuk pun tahu dah kan Ina nak membebel pasal apa malam ni. Tahun ni kan Ina nak ambik Penilaian Menengah Rendah (PMR), sekarang ni dah 02/05.... tak lama lagi dah lah kan? Jadi terpaksa lah Ina tinggalkan novel buat sementara ni. Boleh ke ni? Doa, usaha dan tawakkal je lah. Korang ingat lagi tak entry yang ni? Ina dah dapat peluk cium ISM, SSID dengan LYMA. MJATS je belum lagi. Maybe lepas exam kut baru Ina beli. Novel ISM, SSID dan LYMA memang tak menghapakan Ina. Memang best! Bab kata Boboi Boy... Terbaikk !! Kuakua.

     Memang tahun lepas lagi Ina nak stop kejap tapi tak tahan dengan godaan. Kalau lalu kedai buku macam ada yang memanggil , marilah beli saya....marilah beli saya... Last-last Ina angkat kaki laju ke kedai buku tu, pilih novel mana yang berkenan di hati terus bayar! Ish-ish...jangan tiru macam Ina ya? Haha Tapi InsyaAllah kali ni menjadi. Tapi sebelum Ina stop baca novel, ada satu lagi novel last yang Ina nak baca. Lepas tu tak nak dah. Boleh percaya ke ni? Kuikui InsyaAllah je lah ya... 



Jom Terjah Blog Penulis Sau : Things On My Mind

        Nampak tak menatang apa kat atas ni? Kehkeh Novel ni lah yang last Ina nak baca. Suami Aku Ustaz! Saya ler ter . Kahkah okey, gedios! ; P Novel ni memang best, ada unsur islamik jugak lah. Novel camni lah Ina suka. Suami Aku Ustaz! Budak sekolah agama macam Ina ni..memang kebanyakannya nak yang 'ustaz-ustaz' gitu lorh. Haha Ish! Budak bawah umur lagi ni.. Tak leh kawen lagi. Semalam Ina dah pi cari novel SAU tapi habis. Nantilah, hujung minggu ni Ina pi cari. Nak beli dan baca cepat-cepat macam Citah lepastu nak belajar bersungguh-sungguh dengan bijak. Study Hard But Smart !

      Esok Ina ada qiammulai kat sekolah, jadi hari jumaat tu tak tahu lah sempat ke tidak beli. Nak beli SAU, hari sabtu rasanya tak boleh dah sebab kerja kursus bertimbun lagi. Ala~ orang nak exam tapi kerja kursus ni sibuk je! Kan ada jugak yang tak study sebab sibuk sampai tak tidur malam nak sudahkan kerja kursus ni. Haih! Redha je lah... Nama pun budak sekolah kan....


..........................................

Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah

    
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )




Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


2 Comments

  1. Jom join giveaway kami! :)

    http://cerita-amna.blogspot.com/2012/04/birthday-giveaway_27.html

    ReplyDelete
  2. p tajuk novel tu cam best je....hehe...=D

    ReplyDelete