AFB FEEDS

Treasure Hunt ( English Week)




        Assalamualaikum semua. Hee rindu sama kamu! kuikui amacam? Baca tajuk kat atas ni nampak cam best je kan? Memang best pun! Wah, kenangan tak dapat dilupakan! Sebenarnya Ina nak masuk dua, spelling bee dengan treasure hunt tapi yang spelling bee tak cukup orang. Dia kena berkumpulan, dalam satu kumpulan tu kena ada 3 orang. Dah ajak dah kawan-kawan yang lain tapi semuanya takut. Ina pun takut jugak! Cuma saja nak fun-fun sikit. Memang tak boleh nafikan betapa bestnya mencari harta karun. Kena speak english tau! Soalan pun bahasa mat salleh. err... memang lah, nama pun English Week..apalah kau ni Ina =.='

        Dalam kumpulan treasure hunt pun kena ada 3 orang. Kumpulan Ina, the leader, me...kihkih and the other members is Husna and Amalin. Memang letih lah cari harta karun ni, sekeliling sekolah kena berlari. Fuh! Berpeluh-peluh berlari mencari klu sebelum ke garisan penamat. Malu pun ya jugak. Yalah, sekeliling sekolah kena berlari...semua pelajar tengok, malu weih! Alhamdullilah, kumpulan Ina dapat cari semua klu yang diberi. Tapi keputusan belum diumumkan lagi. Teacher kata maybe nanti ada perhimpunan akan diumumkan. Tak kesah lah menang ke tidak. Kalau menang, rezeki kumpulan Ina lah tu, kalau tak menang, tak ada rezeki lah..

        Kalau ada tahun depan, inysaAllah Ina nak masuk pulak. Nak masuk spelling bee jugak! Nak improve  lagi english Ina. Korang pun kalau ada kat sekolah yang buat english week tu, masuklah. Tak rugi pun walaupun tak menang. Sebab kita dapat belajar dari competition ni. Lagipun, kita masuk bukan sebab 'lapar' kan hadiah yang ditawarkan.Kita masuk sebab nak improve english kita and just for fun. Nak tambahkan lagi kenangan dalam memori kita.. Hihi Nanti kalau keputusan dah diumumkan, Ina maklumkan kepada korang. Okeylah, Ina penat. Satu badan letih. Nak rehat. hehe tata  ( ^-^ v )

You Might Also Like

4 Surat Cinta

  1. dulu masa sekolah selalu join tresure hunt. rindu nak mainnnn :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe klu rindu buat lah time family day. mesti sronok punya ;D

      Delete
  2. kagum dengan mereka yang fasih banyak bahasa >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah betul tu. kagum lah dgn orng2 yg fasih bnyk bhsa...kan best kalau Ina pun tahu bnyk bhsa lain. italy kea filip ke..ihik! ;D

      Delete