Pil Gugurkan Kandungan di Laman Sosial

Ya Allah terkejut sangat-sangat bila dapat tahu benda ini. Kes ini viral tiga empat hari yang lepas disertakan dengan screenshot perbualan antara penjual pil gugurkan kandungan ini bersama pelanggan mereka. Tak sanggup nak tengok gambar janin yang telah berbentuk itu, ini pun share dengan tengok tak tengok je gambar. Boleh pula main-main jual dalam laman sosial macam tu je, berani betul! Mana sifat kemanusiaan dan keibuan mereka ini? Kita yang tengok dan melihat pun rasa takut dan jatuh air mata, bagaimana pula dengan mereka yang melakukan benda haram ini? Mana rasa takut melakukan dosa?

Senang-senang je mereka menggugurkan kandungan! Dahlah melakukan zina, selepas itu menggugurkan pula bayi yang tidak bersalah. Manusia zalim! Syaitan bertopengkan manusia! Dalam kes ini, dua-dua bersalah, pada yang menjual dan pada yang membeli harus dikenakan hukuman yang berat. Harap pihak berkuasa dapat siasat kes ini dengan cepat dan bertindak dengan segera.









pil gugur kandungan, gugur kandungan, gugurkan kandungan, berzina, cerita viral
credit : Jat Jaa



HUKUM MENGGUGURKAN JANIN HASIL PERZINAAN 


وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً
"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu merupakan perbutan keji dan merupakan jalan terburuk" (HR. Al-Isra: 32)

Bahaya Plagiarism!

plagiat, plagiarism, copyright, meniru, mencuri hak cikpta, assignment, credit, sumber


Awak, awak, yang tengah baca ni SILA BERHENTI PLAGIAT KARYA ORANG LAIN!! Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini isu copy paste tanpa dinyatakan sumber asal (credit) ini makin berleluasa. Tidak kira sama ada plagiat karya (hasil tulisan) penulis dalam bentuk buku atau novel atau pun plagiat isi kandungan sesebuah website atau blog. Minggu lepas kecoh di kalangan penulis-penulis novel apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalin semula novel-novel di pasaran dan disiarkan di aplikasi seperti Wattpad dan BeeTalk. Untuk kes copy kandungan dari website atau blog lain dan paste di blognya tanpa ditulis sumber malah mengaku itu adalah hak dia itu juga sentiasa berlaku dari dulu lagi. Tapi apabila karya kita sendiri yang ditulis di blog Nik Ainaa kena plagiat oleh website yang beribu pengikut, memang saya marah! Curi, paste dan claim artikle itu ditulis oleh mereka!

Tahukah PLAGIARISM itu DILARANG sama sekali? Ya! Ada orang menganggap benda copy and paste ini benda biasa dan tak salah, mungkin mereka tak tahu kalau di universiti mereka akan belajar betapa pentingnya copy rigt ini dan plagiat hasil orang lain itu adalah sebab utama untuk gagal dalam subjek. Berani mahasiswa mahasiwi plagiat assinment orang lain, lecturer akan dapat kesan dengan mudah dengan menggunakan satu system software ini, dan bila-bila masa saja assignment itu dicampak dan digelar sebagai 'sampah' sebelum mereka yang plagiat ini digagalkan dalam subjek tersebut. Itu isu dalam universiti, belum lagi isu plagiarism diluar sana yang boleh disaman dan dibawa ke mahkamah! Ada ke sampai saman-menyaman? Ada, kenapa tidak ada sedangkan kes novel di bawah penerbitan Lovenovel yang diambil dari kilang dan dijual murah-murah oleh orang tidak bertanggungjawab juga boleh disaman, apatah lagi kes lain.


APA MAKSUD PLAGIARISM?


Maksud plagiarism yang tertulis di pustaka.upsi ialah perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri. atau Dalam bahasa mudahnya, plagiarism adalah menciplak sesebuah karya dan mengaku sebagai hasil tulisannya tanpa diberitahu sumber sebenar karya/artikel tersebut.


Plagiarisme adalah Jenayah di bawah Kanun Kesiksaan


Kesalahan plagiat adalah jenayah di bawah kanun kesisaan yang boleh dikenakan tindakan sivil atau tindakan jenayah, dimana hukuman mandatori jenayah adalah penjara. (cc: universitipts)



Beringat sebelum kena. Jadi untuk mengelakkan dari dikenakan sebarang tindakan disebabkan kecuaian kita sendiri iaitu mencuri hasil cipta orang lain, pastikan setiap kali kita menyalin semula karya orang lain haruslah disertakan dengan sumber yang diambil. Jangan pernah sesekali terlihat dengan  plagiarism kerana bahaya plagiarism itu membinasakan.

comment dan share jika anda setuju.

Tonton Online: Biar Aku Jadi Penunggu

biar aku jadi penunggu, drama adaptasi novel, drama adaptasi, drama tv3, drama melayu, novel melayu, biar aku jadi penunggu, janna nick, ashraf muslim

Sesiapa yang ingin menonton drama adaptasi novel ini, BIAR AKU JADI PENUNGGU boleh klik backlink di bawah ini. Link yang disediakan adalah dari myflm4u.org .


(EPISOD 1) (EPISOD 2) (EPISOD 3) (EPISOD 4) (EPISOD 5) (EPISOD 6) (EPISOD 7) (EPISOD 8) (EPISOD 9) (EPISOD 10) (EPISOD 11) (EPISOD 12) (EPISOD 13) (EPISOD 14) (EPISOD 15) (EPISOD 16) (EPISOD 17) (EPISOD 18) (EPISOD 19) (EPISOD 20) (EPISOD 21) (EPISOD 22) (EPISOD 23) (EPISOD 24) (EPISOD 25) (EPISOD 26) (EPISOD 27) (EPISOD 28)


SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU:

HARGA : RM37.00
POSTAGE : RM11SEM/RM15SS
WHATSAPP : 019-9632283 UNTUK ORDER NOVEL 


Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

Tonton Online: Sayang Papa Saya Tak

drama melayu, drama adaptasi novel, drama adaptasi, sayang papa saya tak, astro ria, hisyam hamis, emma maembong


Sesiapa yang ingin menonton drama adaptasi novel ini, SAYANG PAPA SAYA TAK boleh klik backlink di bawah ini. Link yang disediakan adalah dari myflm4u.org .


(EPISOD 1) (EPISOD 2) (EPISOD 3) (EPISOD 4) (EPISOD 5) (EPISOD 6) (EPISOD 7) (EPISOD 8) (EPISOD 9) (EPISOD 10) (EPISOD 11) (EPISOD 12) (EPISOD 13) (EPISOD 14) (EPISOD 15) (EPISOD 16) (EPISOD 17) (EPISOD 18) (EPISOD 19) (EPISOD 20)


SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK:

No. ISBN:- 978-967-0874-22-7
Jumlah muka surat:- 680
HARGA : RM24.00
POSTAGE : RM7SEM/RM10SS
WHATSAPP : 019-9632283 UNTUK ORDER NOVEL 

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?



Undi Universiti Untuk Dapat Biasiswa Sehingga RM200,000

mahasiswa, mahasiswi, biasiswa, duit percuma, universiti, pelajar universiti, universiti di malaysia


Info ini mungkin dah ramai yang tahu dan mungkin juga ramai lagi yang belum tahu tentang VOTE UNIVERSITI ANDA UNTUK DAPATKAN BIASISWA. Untuk pengetahuan mahasiswi (ladies only), Fair & Lovely menawarkan biasiswa kepada mahasiswi yang beraspirasi kepada 40 pelajar universiti perempuan sahaja selepas keputusan undian universiti dibuat. Atau yang lebih jelas, anda undi universiti anda dan universiti yang mendapat jumlah undian yang tertinggi akan dipilih 40 penerima biasiswa dari universiti tersebut. Jadi, kepada siapa yang bertuah menerima biasiswa dari Fair & Lovely yang berjumlah sehingga RM200,00 (tertakluk kepada terma dan syarat) adalah berdasarkan undian universiti sepenuhnya.

Kepada mahasiswi, jom undi sekarang universiti pilihan anda untuk menduduki 3 TANGGA TERATAS untuk mencerahkan peluang anda (atau siswi lain) menjadi antara penerima BIASISWA BERJUMLAH RM200,000! Undi dengan mengongsikan (share) posting khas universiti tersebut di Facebook. 1 kongsi = 1 undi. Sekarang ini, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang mendapat undian tertinggi namun kepada pelajar universiti yang lain, anda boleh terus vote dan sebarkan entry ini kepada kawan universiti anda.



CARA UNTUK UNDI UNIVERSITI PILIHAN ANDA


1) SILA LAYARI WEB FAIR & LOVELY ( www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/ )

2) KLIK UNDI UNIVERSITI - Pop-out window login facebook akan muncul secara automatik
mahasiswa, mahasiswi, biasiswa, duit percuma, universiti, pelajar universiti, universiti di malaysia


3) CARI NAMA UNIVERSITI PILIHAN ANDA DAN KLIK "UNDI" (Terdapat 56 buah universiti yang tersenerai)
mahasiswa, mahasiswi, biasiswa, duit percuma, universiti, pelajar universiti, universiti di malaysia


4) AKAN KELUAR POP-OUT WINDOW SHARE DI FACEBOOK, KLIK "POST TO FACEBOOK". - sila pastikan anda betul-betul share posting tersebut untuk dapat 1 undian
mahasiswa, mahasiswi, biasiswa, duit percuma, universiti, pelajar universiti, universiti di malaysia



Selepas selesai membuat undian universiti pilihan anda, anda boleh membuat permohonan untuk biasiswa bersama Fair & Lovely. Sebelum itu, sila pastikan anda betul-betul share posting undian tersebut di Facebook dan jangan lupa untuk sebarkan entry ini kepada rakan universiti anda untuk dapatkan lebih banyak undian. Jika anda sudah selesai mengundi universiti pilihan anda, ikut langkah di bawah untuk mohon biasiswa.



CARA MOHON BIASISWA FAIR & LOVELY


1) SILA LAYARI WEB FAIR & LOVELY ( www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/ )

2) KLIK MOHON BIASISWA - Pop-out window login facebook akan muncul secara automatik.
mahasiswa, mahasiswi, biasiswa, duit percuma, universiti, pelajar universiti, universiti di malaysia


3) JIKA ANDA SEORANG MAHASISWI, "TICK" BULATAN DI ATAS. JIKA ANDA SEORANG PENJAGA (IBU BAPA) KEPADA MAHASISWI, TICK BULATAN DI BAWAH. KEMUDIAN KLIK "MULA SEKARANG"
mahasiswa, mahasiswi, biasiswa, duit percuma, universiti, pelajar universiti, universiti di malaysia


4) ISI KESEMUA BUTIRAN DI LANGKAH 1, LANGKAH 2, LANGKAH 3 DENGAN LENGKAP DAN BETUL. DI LANGKAH 4, ANDA PERLU MEMBERI SEBAB KENAPA ANDA LAYAK MENDAPAT BIASISWA INI DAN BERITAHU TENTANG ASPIRASI ANDA - Anda diberi pilihan sama ada mahu membuat karangan tidak lebih 250 patah perkataan atau boleh juga membuat video.
mahasiswa, mahasiswi, biasiswa, duit percuma, universiti, pelajar universiti, universiti di malaysia


SELESAI! Hanya beberapa langkah sahaja yang perlu dibuat dan anda berpeluang untuk dapat biasiswa dari Fair & Lovely yang berjumlah sehingga RM200,00! Anda hanya perlu UNDI UNIVERSITI dan MOHON BIASISWA seperti langkah-langkah di atas.

Wanita Ahli Syurga

wanita ahli syurga, syurga, wanita, wanita muslimah, islam, islamik, kisah wanita ahli syurga


SubhanaAllah, kalau ditanya kepada sesiapa pun pasti mereka juga ingin menjadi ahli syurga begitu juga dengan Ainaa. Tetapi adakah layak kita berada dikalangan ahli syurga kelak? Wallahua'lam. Kita tidak boleh kata dan tidak boleh jamin adakah kita bakal ditempatkan di Syurga atau sebaliknya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya dan kita sebagai hamba-Nya adalah wajib untuk taat dan sujud kepada Allah. Jika kelakuan yang dilakukan masih jauh dari Allah dan kurang beribadah, cepat-cepat beristighfar dan lakukan amalan-amalan yang mendatangkan kebaikan sehingga tiba waktu ajal.


"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." - SURAH AN-NAHL (AYAT 90)

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" - SURAH AT-TAHRIM (AYAT 8)



WANITA-WANITA AHLI SYURGA

wanita ahli syurga, syurga, wanita, wanita muslimah, islam, islamik, kisah wanita ahli syurga

wanita ahli syurga, syurga, wanita, wanita muslimah, islam, islamik, kisah wanita ahli syurga

wanita ahli syurga, syurga, wanita, wanita muslimah, islam, islamik, kisah wanita ahli syurga

wanita ahli syurga, syurga, wanita, wanita muslimah, islam, islamik, kisah wanita ahli syurga

wanita ahli syurga, syurga, wanita, wanita muslimah, islam, islamik, kisah wanita ahli syurga



DOA :

wanita ahli syurga, syurga, wanita, wanita muslimah, islam, islamik, kisah wanita ahli syurga


"Our Lord, give us in this world [that which is] good and in the Hereafter [that which is] good and protect us from the punishment of the Fire."

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"


AMIN YA RABBAL  ALAMIN


Yummy Cheese Tart



Kelmarin order hari ini dah dapat. Kalau hari itu Ainaa ada beli kek brownies yang superb delicious, kali ini Ainaa terliur dengan cheese tart yang sangat yummy ini memandangkan mata Ainaa dah lama dihidangkan dengan iklan sponsored yang keluar di Facebook. Nak pula Ainaa tengok review page Amsyarbaker ramai yang puji cheese tart dia orang sedap. Dan ternyata memang sangat sedap! Yang Ainaa order tu namanya 'Premiun Cheese Tart' berharga RM35 dan tambah RM3 untuk penghantaran terus ke tangan. Harga berbaloi dengan rasa sedapnya cheese tart mereka. Orang-orang Kelantan yang nak rasa yummy cheese tart ini boleh ke page AMSYARBAKER di facebook.

Lelaki Curang Miliki IQ Rendah

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah


Rasanya dulu dah pernah ternampak statement "lelaki curang miliki IQ rendah" dan kali ini masih ada lagi timbul statement tersebut. Statement itu bukan lah biasa-biasa dari mulut orang biasa tetapi statement dari pakar psikologi yang membuat kajian. Entah apa yang seronok sangat curang, ingat nak tunjuk hebat kau dapat tundukkan semua perempuan? Nak tunjuk hebat semua orang tertarik dengan kau? Puih. Lagi hebat kalau kau pergi solat subuh berjemaah di masjid! Emo pulak tiba-tiba, orang perempuan biasa lah, isu ini memang sangat sensitif. Haa, apa yang Ainaa nak share nanti tu baca elok-elok, hadam dalam-dalam ya bagi sesiapa yang ada niat nak menduakan pasangan masing-masing. Artikel di bawah Ainaa screenshot dari web ohmymedia.

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah

curang, skandal, scandal, lelaki curang, lelaki curang miliki iq rendah

Cara Mudah Putihkan Gigi

cara putihkan gigi, tips putihkan gigi, cara mudah putihkan gigi, memutihkan gigi


Entry yang lepas Ainaa ada share "MAKANAN JUGA MENYEBABKAN GIGI MENJADI KUNING" dan awak yang tengah membaca entry sekarang ni yang belum baca entry itu, boleh terjah ya lepas dah habis baca cara-cara putihkan gigi yang Ainaa share. Sumber yang ditulis adalah dari sumber yang digabung dari web Kasih Petua dan Nisa Kay.



TIPS PUTIHKAN GIGI YANG KUNING



SIWAK

Jangan remehkan salah satu jenis kayu yang sudah digunakan dari zaman Rasulullah ini. Sebab sampai saat ini, sudah banyak sekali saintis yang membenarkan bahawa siwak memang terbukti berkesan dalam mencerahkan warna gigi.


STRAWBERRY

Beberapa buah yang ada di sekitar  memiliki kelebihan yang tidak Anda duga sebelumnya. Seperti buah strawberry, mungkin hingga kini belum banyak orang yang menyadari selain dari bentuknya yang cantik dan rasanya yang menyegarkan, juga bisa dijadikan sebagai ubat pemutih gigi alami. Dengan cara mengunyahnya secara rutin, gigi Anda sudah bisa mendapatkan manfaat tersebut. 


KULIT LEMON

Sudah dari zaman lalu ramai orang yang menyadari manfaat dari buah lemon. Bahkan, bagian kulitnya juga bisa dimanfaatkan untuk memutihkan gigi. Caranya ialah dengan menggunakan lapisan dalam kulit lemon untuk menggosok permukaan kulit secara merata.


SERBUK KARBON/ARANG

Karbon ada kualiti serapan, ia mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid. Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama kira-kira 2 minit gituh. Then bila betul-betul untuk bersihkan serbuk karbon, kang tertelan lak. Serbuk karbon akan serap kotoran terkumpul pada gigi. 


MINYAK ZAITUN

Yang ni pon boleh bantu putihkan gigi. Cari minyak zaitun asli, bukan yang dah proses dia bau wangi tu tau. Sebelum berus gigi, titiskan sikit kat berus gigi. Lepas tu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh jugak titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.


PRODUK TENUSU

Kajian mendapati bahawasanya KEJU, SUSU dan YOGURT mengandungi mineral yang membantu menguatkan gigi dan membantu memutihkan gigi. Selain tu, susu dan yogurt dapat membantu mengekalkan kebersihan kaviti mulut.


BAKING SODA

Gunakan soda penaik tu untuk putihkan gigi, tapi sikittt je ye ! Tak boleh banyak banyak. Campur dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Hydrogen peroxide tu fungsi dia sebagai ejen anti-bakteria gituh. So gigi dan gusi akan terhindar dari bakteria.

Makanan Yang Menyebabkan Gigi Menjadi Kuning

gigi kuning, gigi berkarat, cara putihkan gigi, faktor gigi menjadi kuning

Muka dah lawa dah, dah hensem tapi gigi kuning?? Aduhai, tak boleh jadi ni! Kita jangan la biarkan gigi kuning ini menghantui kita, senyuman cik abang cik akak dah manis tapi kalau gigi kuning memang spoil. Masalah gigi kuning ni buat kita nak senyum nak tak nak je, nak ketawa ke mesti tertahan-tahan. Penyebabnya selain dari kecil-kecil dulu kita ni culas nak gosok gigi dan jarang-jarang gosok memang gigi akan berkarat dan menjadi kuning, ianya juga oleh disebabkan faktor pemakanan ni. Eh, makanan pun boleh menyebabkan gigi berkarat? Ya! Jom kita baca makanan apa tu yang 'membahayakan' gigi kita tu.



MAKANAN/MINUMAN YANG PENYEBABKAN GIGI BERKARAT



1] SOFT DRINK
Walaupun rasa soft drink sangatlah nikmat tapi abang kakak adik harus ingat bahwa soft drink bukanlah sahabat yang baik bagi gigi. Sebab di dalam soft drink terdapat gula yang sangat banyak dan mempengaruhi keasaman yang melekat pada gigi. Hal itulah yang memeberikan efek kekuningan pada gigi kita.

2] KOPI
Lapisan gigi luar adalah merupakan bahagian yang sangat mudah membuat makanan melekat. Kopi merupakan salah satu minuman yang memilki zat yang kuat meninggalkan noda kuning pada gigi.

3] TEH
Teh memiliki efek yang sama dengan kopi terhadap noda kekuningan pada gigi. Hindarilah secara sering mengonsumsi teh untuk menjaga putihnya gigi anda.

4] SOY SOURCE
Soy sauce pada umumnya terdapat pada makanan jepang. Soy sauce ini sangatlah berisiko membuat gigi menguning dan memberikan noda pada gigi. Sebaiknya kita cepat-cepat menggosok gigi saat setelah menonsumsi soy sauce.

5] KARI DAN MAKANAN BERKUNYIT
Kari merupakan makanan yang kaya dengan bumbu dan warna sehingga membuatkan gigi kita berubah warna. Selain itu makanan yang mengandung kunyit yang banyak jugatidak baik untik gigi kita.

6] JUS BUAH
 Meski dalam banyak hal, jus lebih baik dari kopi, tapi dalam hal mengubah warna gigi - mereka memiliki efek yang sama. Jus mengandung kualitas asam yang dapat mengikis enamel anda. Tapi, ini berlaku untuk jus dalam kemasan, bukan jus segar buatan sendiri.

7] WINE
Wine merah dan putih mengandung tanin dan polifenol, yang berkontribusi terhadap perubahan warna gigi menjadi lebih kusam. Selain itu, anggur putih memiliki sifat asam yang dapat mengikis enamel  jika sering meminumnya.


Dah habis baca? Jadi jauhilah makanan/minuman yang dinytakan di atas tu ya. Kau orang nak tahu tak, sekali gigi kita dah berkarat dan kuning, memang susah sangat nak tanggalkan dan menjadi putih bersinar semula. Kalau pergi ke klinik pergigian dan nak putihkan gigi semula pun kosnya adalah tinggi dan bagi yang berkemampuan boleh pergi ke klinik. Yang nak putihkan gigi sendiri di rumah, boleh ikuti blog Nik Ainaa dan tunggu entry seterusnya tentang bagaimana untuk memutihkan semula gigi yang kuning.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.