Ya Allah terkejut sangat-sangat bila dapat tahu benda ini. Kes ini viral tiga empat hari yang lepas disertakan dengan screenshot perbualan antara penjual pil gugurkan kandungan ini bersama pelanggan mereka. Tak sanggup nak tengok gambar janin yang telah berbentuk itu, ini pun share dengan tengok tak tengok je gambar. Boleh pula main-main jual dalam laman sosial macam tu je, berani betul! Mana sifat kemanusiaan dan keibuan mereka ini? Kita yang tengok dan melihat pun rasa takut dan jatuh air mata, bagaimana pula dengan mereka yang melakukan benda haram ini? Mana rasa takut melakukan dosa?

Senang-senang je mereka menggugurkan kandungan! Dahlah melakukan zina, selepas itu menggugurkan pula bayi yang tidak bersalah. Manusia zalim! Syaitan bertopengkan manusia! Dalam kes ini, dua-dua bersalah, pada yang menjual dan pada yang membeli harus dikenakan hukuman yang berat. Harap pihak berkuasa dapat siasat kes ini dengan cepat dan bertindak dengan segera.









pil gugur kandungan, gugur kandungan, gugurkan kandungan, berzina, cerita viral
credit : Jat Jaa



HUKUM MENGGUGURKAN JANIN HASIL PERZINAAN 


وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً
"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu merupakan perbutan keji dan merupakan jalan terburuk" (HR. Al-Isra: 32)

0 Comments