penghuni ghaib, cerita seram, cerita seram di uia gombak, gangguan, mistik


Cerita hantu, cerita seram memang di mana-mana tempat pasti ada ceritanya sendiri. Lebih-lebih lagi bila tinggal di hostel ni, memang seribu satu cerita mistik yang ada kan. Dan jangan tak tahu, dalam kalangan budak-budak hostel dan universiti ni ada pantang larang dia contohnya jangan ke tandas sorang-sorang waktu jam dah lebih 12 tengah malam, jangan sesekali stay-up sampai ke subuh ke sorang-sorang dan jangan jalan sorang lebih-lebih lagi kalau discussion habis pukul 2-3-4 pagi. Tapi benda yang ramai takut itu lah yang Ainaa buat sebab siapa-siapa saja yang kenal Ainaa, memang tahu Ainaa bukan jenis penakut atau cepat melatah. Kononnnya. Tipu kalau cakap tak takut langsung, sudah tentu la ada rasa takut tapi Ainaa berani buat. Selalu je pergi tandas pukul 2-3 pagi dan time asasi dulu selalu je balik sorang-sorang pukul 3-4 pagi dari Kuliyyah ke bilik atau dari mahallah (hostel) kawan ke mahallah Ainaa. Ainaa jenis bila nampak kelibat ke bunyi apa-apa ke memang buat tak tahu dan tak ambik tahu, jenis tak kesah. Tapi tak tahu kenapa sejak masuk ke Uia Gombak ni, memang macam ada la rasa 'benda' tu. Dan yang tak bestnya 'benda' tu ada dalam bilik Ainaa. Menjadi penghuni ghaib.

Masa mula-mula masuk bilik ni, memang dapat rasa macam ada 'benda' tapi kita orang sebilik buat tak tahu je. Tapi.... sejak cuti mid-sem habis, macam-macam yang ganggu dan Ainaa la yang kerap kena. Malah, seminggu sejak habis cuti mid-sem tu, SETIAP HARI pasti akan bunyi apa-apa dalam bilik ni dan nampak kelibat. Orang kata, tuan punya bilik sendiri tak merasa tapi Ainaa dapat rasa. Benda tu memang ada dalam bilik ni, dalam compartment Ainaa. Dulu Ainaa buat tak tahu je tapi tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni bila dengar je something atau nampak kelibat terus Ainaa akan ingat 'benda' tu. Lepastu memang rasa takut sangat-sangat sampai tidur pun tak lena dan nak perhatikan sekeliling bilik ni pun rasa takut. Bila bagitahu family, siap nangis-nangis kut sebab sedih.... kenapa boleh jadi selemah ni? Mana keberanian yang dulu, yang buat tak kisah walau apa-apa bunyi dan kelibat yang datang. Aku tak nak jadi selemah ini lah!! TOLONG LAH JANGAN GANGGU!! Stress pun ada bila kita dah tak seberani dulu dan asyik fikir 'benda' tu saja, si penghuni ghaib.Baru seminggu tapi dah jadi selemah ini? Heh.

Kau orang ada apa-apa tips tak macam mana Ainaa nak buat tak tahu dengan 'benda' ni dan macam mana nak elakkan dari terus berfikir pelik-pelik? Tak suka la bila jadi lemah macam ni, rasa tak selamat, rasa sentiasa dalam ketakutan.... Buat tu buat ni, ingat 'benda' tu. pergi sana pergi sini, ingat 'benda' tu. Duduk diam-diam pun ingat 'benda' tu! Ya Allah... rasa tak kuat sangat. Orang kata kena baca Qur'an dan memang hari-hari lepas maghrib tak pernah tinggal tapi macam mana boleh kena lagi? Sekarang Ainaa ikut nasihat makcik Ainaa, suruh pasang surah Al-Baqarah hari-hari sambil semua tingkap terbukak dan baca ayat kursi setiap kali masuk dan keluar bilik. Ikthiar untuk Ainaa buat 'benda' tu keluar dari bilik ni atau pun nak duduk pun duduk lah tapi jangan ganggu aku! Semoga selepas ini si penghuni ghaib akan duduk diam'diam je, tak ganggu kami dan paling penting jangan munculkan diri!

9 Comments

  1. Pasang apa2 surah kat hp..make sure volume bleh di dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak.. Ingatkan tak berani baca :D

      Tapi dah malam ni.. simpan dulu link ni besok pagi baru sy baca :D

      Delete
  2. selalu solat lah di tempat tu.Baca surah malam-malam kalau rasa takut

    ReplyDelete
  3. adeh..part seram ni yang tak berapa nak suka..akak pun penakut...sebab aina duk kat asrama, pasang surah2 al-quran kat handphone..masa nak tidur tu biar je on..

    ReplyDelete
  4. seram..bnykkan baca al quran.psang surah2..bdn tu sntiasa la dlm keadaan berwuduk..insyaallah..anggap la die tu pun makhluk Allah..kita manusia lebih hebat dari die

    ReplyDelete
  5. fuhh nasib la baca time siang2

    ReplyDelete
  6. Hai Assalamualaikum

    Saya Mayy (MJ) datang melawat/follow dari group AFB :D

    ReplyDelete