AFB FEEDS

Bila Dapat Satu Juta!

1 juta ringgit, rezeki bila dapat 1 juta, 1000000, jutawan, pageviews 1 juta, angan-angan

Assalamualaikum sahabat Muslim dan hai semua. Hampir tiga bulan Ainaa tak update blog tapi hari ini gagahkan diri di pagi-pagi hari ni untuk mengadap laptop dan karang entry ni. Malas sebenarnya tapi itulah... ada perkara yang mendorong nak update blog. Kalau kau orang la, apa perasaan kalau tiba-tiba je kita dapat 1,000,000 Ringgit Malaysia? Tiba-tiba je kau orang menang cabutan bertuah dalam beratus ribu orang sertai peraduan 'Beli dan Menang' kat supermarket, kita yang bertuah atau dengan hasil sijil premium bank, rezeki RM1 Juta itu milik kita. Agaknya macam mana la ya riaksi dan perasaan dapat 1 Juta tu.

Kalau Ainaa la bab berangan ni kan memang Ainaa suka, jadi memang pernah berangan konon dapat jadi yang tertuah dan dapat RM1 Juta tu.... Fuhh, heaven weh. Kalau betul dapat, memang teringin sangat nak tunaikan haji satu keluarga. Ya, semua! Tapi tak adalah sampai ke sepupu sepapat kupu-kupu ke apa, cukup la lepas keluarga kecil anak-beranak pun cukup bersyukur. Kalau kau orang pun mesti ada impian yang teringit sangat-sangat nak dicapai kan. Share la sikit apa kau orang berangan kalau dapat RM1 Juta itu, nak tahu jugak. hehe

Itu hanya mimpi la kan, hakikat dan realiti semestinya tak seindah angan-angan. Cuma kalau kau orang percaya tiada benda yang mustahil kat dunia ini dengan izin Allah, apa-apa pun boleh. Kalau benda tu boleh dicapai dengan usaha, mimpi (angan) pun boleh jadi kenyataan. Buat masa sekarang, teruskan je la mimpi tu, tak ada hal benda percuma. Cuma tercapai atau tak tu... Kita la yang kena usahakan.

Bukan nak riak takabur (ayat cliche jutawan gitu), Ainaa pun pernah dapat 1,000,000 ini, bukan rupiah bukan Ringgit Malaysia apatah lagi dolar. Tapi ianya pageviews blog Nik Ainaa dah capai 1 Juta pembaca! Haha Bila masa entah dapat 1 Juta tu.... baru perasan subuh tadi, itu yang gigih taip entry ini. Alhamdulillah walau bukan wang ringgit, suka la juga plus terharu bila 1 Juta orang ni sudi melawat blog yang tiada apa-apa ini. Dari 2011 mula blogging hingga 2017, baru merasai 1 Juta. tak apa, lama pun tak apa sebab masuk dalam dunia blogging ni pun bukan sebab kerja, nak duit atau apa. Hanya satu sebab, MINAT.

1 juta ringgit, rezeki bila dapat 1 juta, 1000000, jutawan, pageviews 1 juta, angan-angan


Terima kasih, thank you, arigatou, xiexie dan syukran awak semua!

You Might Also Like

5 Surat Cinta

  1. Sekali 1juta PV..
    Kira ok la juga dapat juga merasa 1 juta kan..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. Ccl ingatkN ina dapat 1juta tadi ... bila baca endingnya baru tahu ..pageview dh cecah 1juta ..btw tahniah..

    ReplyDelete
  3. Tahniah, jadi juga jutawan.
    Jutawan PV

    ReplyDelete