Persiapan Degree Di UIA
Pejam celik-pejam celik.... Eh umur dah nak masuk 20 tahun, hari selasa ini dah nak masuk degree. Cepatnya masa berlalu. Aku dah besar rupanya. Haha. Sebenarnya Ainaa nak datang KL ini hari isnin tetapi ayah terawalkan bertolak dari Kelantan kelmarin memandangkan air mula naik di kawasan-kawasan Kelantan. Jadi sebelum jalan ditutup lebih baik bertolak awal-awal. Kelmarin pun kereta terpaksa redah je banjir untuk lalui jalan ke Pahang ke Gombak. Tapi memang sepanjang jalan tu hujan tak berhenti, perjalanan nak sampai ke KL pun 10 jam dah macam hari perayaan.
Persiapan degree Ainaa kali ini agak huru-hara sebab buat kerja last minute, jadinya banyak benda lah yang tak sempat nak beli dan bawa ke Uia Gombak nanti. Memang ada je jual kat sana tapi beli awal-awal kan lebih senang lagi pun kat sana nanti mana lah Ainaa ada pengangkutan selain daripada bas. Orang perempuan kan, setiap masuk belajar pasti nak barang baru jadi macam tu juga Ainaa. Semua benda beli baru, nak baru, kononnya nak ambil feel 'budak first year' katakan.
Bantal baru, kain cadar baru, kasut baru, cermin mata baru, jam tangan baru dan tudung baru. Ini nasib baik tak sempat nak beli beg baru, guna beg zaman tingkatan empat je. Itu je yang rare yang lain semua bau kedai lagi. Sebab ini lah ramai yang habis duit beribu bila nak masuk first year, tambah lagi bayaran wajib yang nak kena bayar seperti buku-buku belajar, yuran kemasukan degree, yuran setiap sem dan banyak lagi benda nak kena labur duit. Kalau asasi dulu kira okey lagi sebab Ainaa dapat elaun setiap sem plus duit mak ayah bagi setiap bulan. Degree kali ini dah tak ada elaun (melainkan dapat 4flat), harapkan duit mak ayah je lah memandangkan PTPTN belum mohon. Entah mampu ke tidak tanpa PTPTN kan.
Apa pun, selasa ini Ainaa akan mula kehidupan sebagai mahasiswi uia, student first year, dan harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Dapat roommate yang baik, classmate yang boleh bantu dalam pelajaran, lecturer yang garang pun tak apa asalkan tak kedekut bagi markah dan paling penting jauh dari benda-benda makhluk halus ni dan perkara yang tak diinginkan. Nauzubillahiminzalik! Allahumma tahfadznaa, semoga Allah selalu melindungi hamba-hambanya. Aminn.
2 Comments
alhamdulillah..bgus la tu..eh dkt ngn en abang la ye..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteTeruskan usaha sehingga berjaya.