Hari ini subuh-subuh lagi semua kalut tengah susun pinggan lah, kemas itu ini memandangkan lepas solat Jumaat ada makan-makan. Percaya tak caya, maghrib kelmarin baru nenek Ainaa bagi tahu nak buat makan-makan kat rumah! Itu yang masing-masing macam lipas kudung tu. Jadi menantu-nenek-anak dara mula lah datang bantu apa patut. Nak jadi cerita, bila Ainaa masuk je bilik ternampak kotak kecil atas meja solek. Buka kotak tu terus tersenyum lebar. Siapa tak tersenyum bila ada surprise hadiah macam tu kan.

jangan tangan, swarovski, ja,. hadiah, surprise,

Dapat hadiah jam tangan dari kakak ipar, dulu-dulu pun dia lah yang selalu bagi hadiah jam tangan sampai Ainaa tak pernah beli jam sendiri. Kakak ipar Ainaa yang ni bila dia dengar Ainaa merungut jam tangan rosak ke, tak ada jam dan dengar je Ainaa nak beli jam tangan terus dia belikan! Tak sempat oi kita nak beli sendiri. Hehehe Walau kak ipar belikan jam tangan Swarovski warna pink, ku tetap terharu. Nak warna putih, dapat pink. Nasib baik lawa jugak warna pink ni.

5 Comments

  1. alahmdulillah, baik ny kaka ipar ainaa, comel tau hadiah tu =D

    ReplyDelete
  2. Wah bestnyaaaa...bday akak 6 June tau kalau nk bg hadiah...eh ..

    ReplyDelete
  3. wah...bestnya sis Aina dapat jam tangan.jam warda plak tuh...alhamdulillah.

    jemput singgah ke blog saya sis Aina http://dotneeda.blogspot.my/2017/01/tanda-tanda-barah-usus-yang-perlu-kita.html

    ReplyDelete