AFB FEEDS

Terima Atau Tolak Lamaran?



Salam Jumaat bagi umat Islam dan hello friday bagi non-muslim. Semalam syiok jalan-jalan sampai lupa akan sesuatu yang penting. Balik je rumah ada orang whatsapp suruh check baru la Ainaa ingat. Berdebar betul kan bila kita tahu tarikh kita 'dilamar' cuma perlu check je dilamar oleh siapa. Tapi bila Ainaa tengok lamaran tu,, k.e.c.e.w.a. Yes, Ainaa kecewa.


Ainaa dilamar oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam BACHELOR OF HUMAN SCIENCES (COMMUNICATION). Kenapa nak kecewa? Of course la Ainaa kecewa sebab Ainaa apply course lain yang dapat lain! Sebelum diterima masuk Asasi UIA lagi kut Ainaa memang berminat sangat-sangat dengan PSYCHOLOGY. Habis je asasi semangat nak apply psychology tu berkobar-kobar. Macam tak reti bersyukur pulak kan, heh. Tapi bila kau punya ambition tu dah tertanam dalam jiwa kau tapi tak dapat, apa ingat tak frust menonggeng? Ainaa sampai rasa tak nak terima tau tawaran tu dan nak pilih universiti lain.

Itu bila Ainaa kecewa, dalam fikiran asyik berlegar-legar je 'kenapa aku tak dapat?'. Tapi selepas abang Ainaa call semalam dan Ainaa minta pendapat dari dia dan bagi kata-kata nasihat, baru la boleh terima dengan hati yang lapang. Abang Ainaa suruh terima sebab katanya degree ni belajar base je. Nak specific kena sambung master psychology jadi ambil je dulu communication degree ni, katanya. Jadi buat masa sekarang Ainaa terima 'lamaran' kos komunikasi ni dan try selama satu sem. Kalau minat tu still tak ada, memang Ainaa kena buat rayuan tukar kos ke psychology. Lagipun, ayah Ainaa sendiri minta buat rayuan.... Dia tak berapa setuju Ainaa ambil communication. Ayah Ainaa sokong Ainaa dalam bidang psychology, bukan communcation.

Apa-apa pun, ada tak kakak-abang-sepupu-kawan yang study degree in communication UIA/IIUM? Ainaa tak tahu apa-apa tentang kos ni dan bila Ainaa buat research tak banyak yang membantu. I need to know more about this course.

You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. maaf..sy pun tak dapat membantu huhu apapun semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  2. tahniah ainaa.. betul cakap abang dan ayah..try dl 1 sem, kalau tak rasi jgk mohon tukar kos..

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan sewaktu belajar nanti.

    'kalauu tak kenal, maka tak cinta' :)

    ReplyDelete