Mood Aku Novelis

modd aku novelis, aku kan novelis, novelist, peminat novel, kaki novel, pencinta novel melayu, novel melayu, novel cinta, novel


Kalau ada yang follow blog Nik Ainaa dari zaman Ainaa sekolah lagi mungkin tahu Ainaa juga menulis cerpen dan cerita-cerita pendek. Tapi seingat Ainaa last menulis cerita sebelum masuk tingkatan 5, 2014 sebab tahun itu adalah tahun sejak Ainaa tak tengok tv, tak baca novel, dan juga tak menulis cerita. Nampak tak bukan main semangat nak SPM time tu sampai semua hiburan diketepikan yang menyebabkan sampai sekarang Ainaa dah tak tengok tv, minat baca novel melayu dah berkurang dan menulis cerita tu ada menulis tapi asyik separuh jalan je. Selalu tak jumpa penamat dan penyudahnya, Ainaa tak hasilkan apa-apa cerpen semenjak itu.

Memandangkan sekarang Ainaa tunggu nak daftar degree, rasa macam mood nak menulis tu berkobar-kobar. Itu yang susahnya, sebelum-sebelum ni pun macam tu. Idea jalan cerita ada tapi mood menulis kelaut dan sekarang entah kenapa gatal tangan nak sambung cerita yang dah lama peram dalam notepad. Cerita tergantung yang Ainaa tulis bila bosan. Harap la semangat kali ni membuah hasil satu cerita beserta penamat pun jadilah daripada tertangguh lagi. Bukan senang nak dapat mood menulis yang asyik malas je ni. Haila.... Lepastu ada hati nak terbitkan novel, padahal satu cerpen pun malas nak tulis!


Ini dua cerita dalam notepad hanset yang Ainaa tulis suka-suka. Entah jadi cerpen ke jadi cerita pendek atau novel, yang penting kena ada noktah penamatnya! Masing-masing cerita dah suku jalan dan belum tahu hala tujunya. Harap-harap la ya dapat siapkan. Rindu nak baca cerita sendiri.....

3 ulasan:

  1. Novel aku kan novelis tue sy dh baca. Hopefully lps nie novel ainaa pulak. :)

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.