Jadi Lelaki Jangan Asyik Google Saja! (Suamiku Mr.Google)
Ini bukan drama adaptasi novel melayu ya dan bukan juga nak bercerita tentang suami orang. Ainaa nak bercakap tentang lelaki dan perempuan yang suka google je tapi malas menuntut ilmu. Ilmu apa yang dikatakan? Apa yang Ainaa nak highlight adalah pengetahuan am dan bab hukum agama yang patut diketahui semua tak kira lah brother ke sister. Tapi itulah... disebabkan rata-rata hanset canggih 24jam je ditangan, dia orang ni fikir tak perlu belajar semua tu dan hanya bergantung harap pada GOOGLE. Semua benda nak google. Ya, tak salah pun nak google benda yang kita tak tahu tapi lebih baik untuk kita belajarnya dari orang-orang yang berilmu. Kalau asyik google dan tersalah info/hukum, macam mana? Kan tak pasal-pasal terikut ajaran sesat.
Ainaa ambil contoh pengetahuan am/hukum yang paling famous iaitu HAID WANITA. Apa yang kita tengok, ramai lelaki yang tak cakna/mengambil berat tentang haid dan menganggap perkara ni tak penting untuk dia orang ambil tahu kerana masalah wanita. Eh, mak yang lahirkan kau tu perempuan, kakak dan adik perempuan kau, isteri tercinta kau tu pun perempuan dan nanti-nanti ada anak perempuan. Kalau lah dia orang (especially anak perempuan) bertanya tentang haid , tak akan nak jawab "TANYA GOOGLE" bro? Malu lah kalau lelaki jawab macam tu. Nanti bukan isteri je label "Suamiku Mr.Google" tapi dengan anak-anak sekali label ayah dia orang MR.GOOGLE. Kan kalau lelaki ada ilmu-ilmu pengetahuan am dan agama dalam diri, isteri dan anak pun bangga ada suami dan ayah yang serba tahu.
PENTING untuk kita tahu bab agama dan perkara am ni lebih-lebih lagi lelaki, dia orang ada banyak tanggungjawab besar untuk dipikul sebagai anak, suami, ayah, dan sebagai sahabat untuk menegur dan membimbing yang lain. Bukan perkara haid tu je yang perlu tahu, perkara-perkara lain sama juga.
Kenapa Ainaa tak ulas langsung pasal perempuan yang suka google? Bukan nak berat sebelah tapi kalau nak cerita kat sini panjang jadinya. Entry panjang-panjang kau bukan nak baca, Ainaa pun malas nak taip panjang! Cerita orang perempuan dengan google ni banyak sangat tapi tak apa nanti kita up entry PEREMPUAN YANG SUKA GOOGLE JE ni. Entry ni kita kaaww-kaaww orang lelaki, tunggu next entry girls pulak yang kena tembak.
Konklusinya, nak jadi lelaki yang hebat kena mendalami ilmu agama dan am. Bukan setakat hebat dalam ilmu matematik ke sejarah ke. Tak nak lah anak sendiri label ayah dia "MR.GOOGLE". Lebih best anak label ayah dia "ENCIK SERBA TAHU".
2 Comments
Betul..yang asas perlu dimantapkan dahulu..
ReplyDeletebetol tu..orang lelaki perlu tahu bab hukum hakam ni..
ReplyDelete