AFB FEEDS

Kucing Aku Bengal?

kucing bengal


Kat rumah Ainaa ni ada seekor kucing bernama Alang dan anaknya seekor yang Ainaa panggil 'meow' je. Tapi semua kucing Ainaa bagi panggil meow! Tiga hari lepas meow tak nak makan tak nak minum lepastu nampak monyok je. Tengok-tengok semalam dia semakin lembik, yalah makan minum pun tak nak jadinya jalan pun asyik nak rebah. Mula-mula Ainaa ingat meow kena racun sebab mulut dia ada keluar buih dan nampak macam nak muntah-muntah je. Tepi mulut meow jadi hitam kat hujung mulut sebelah kanan dan hidung pun tersumbat, selesema sampai keluar bau busuk.


ubat-ubat meow


Ini Ainaa baru je balik dari klinik veterina. Mula-mula tu pergi pejabat veterina yang kerajaan negeri punya sebab iyalah takut jugak kalau kes racun kalau pergi klinik swasta kena beratus. Tapi..... bila pergi je ramai gila woi orang. Musim kucing demam kut. Ainaa pula bawak meow pegang dengan tangan je, orang lain semua letak dalam sangkar. Ada je sangkar kat rumah tapi sangkar besar, tak akan nak di angkut sangkar tu padahal meow tu kucing kecil je. Kanak-kanak lagi. Abang Ainaa yang temankan, dia cakap semua orang tengok. Tak pasti dia orang tengok sebab apa tapi Ainaa memang buat dek je. 

Last-last sebab orang semakin ramai, Ainaa decided nak bawa ke klinik veterina yang selalu Ainaa pergi dan rupanya meow demam dan selesam je bukan kena racun. Haa, ini baru nak masuk tajuk..... Bila Ainaa letak je meow depan doktor, doktor tu terus cakap "OH, BENGAL." Ainaa senyum je cuma terkejut jugak sebab doktor sendiri yang cakap macam tu. Memang selalu sesiapa yang tengok meow dia orang akan tanya, meow tu kucing yang Ainaa beli ke sebab ingtakan kucing 'bengal'. Terfikir juga, kucing aku ni betul-betul spesis bengal ke? Tapi Ainaa tak rasa macam tu, cuma kebetulan corak meow seakan kucing bengal.




meow


APA ITU KUCING BENGAL?
credit : http://mforum.cari.com.my/

You Might Also Like

6 Surat Cinta

  1. Semoga meow bengal cantik cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. macam Jeppo ja corak badan...haha

    ReplyDelete
  3. rumah nenek kak zati ada kucing camni.. tapi bulu dia panjang.. lebat..hehe

    ReplyDelete
  4. Lahai sian cik bulus.. Moga cepat sembuh.. Lea singgah sini n follow.. :)

    ReplyDelete
  5. Semoga kucing Ainaa cepat sembuh :)
    Tapi kalau kucing Bengal pure ganas bebeno macam harimau.

    ReplyDelete