Cara ni kebanyakkannya memang dibuat oleh pelajar universiti tapi Ainaa buat tips ni untuk adik-adik yang bakal melangkah ke alam ni juga. Yang lepasan SPM/STPM biasanya ada yang dapat tawaran di uni yang dekat-dekat atau dalam negeri tempat dia tinggal juga dan ada juga yang akan melangkahi sempadan negeri. Macam Ainaa juga perantau, dari negeri Kelantan ke Selangor. Di kota metropolitan ni memang makanan mahal-mahal dan bila kita makan makanan di tempat orang, mula lah kita akan bandingkan dengan negeri kita. Mula-mula Ainaa masuk UIA Petaling Jaya, semua makanan Ainaa komen. Nasi lembik lah, lauk/kuah tawar lah, air kedekut perisa dan gula dan macam-macam lagi. Memang lama-lama kita akan terbiasa dengan makanan itu tapi sekali makan untuk satu hari itu pun dah RM6 tahu (termasuk air RM1). Itu untuk sekali makan, kalau yang kuat makan macam Ainaa ni? Haha. Dan RM6 juga baru makan nasi, belum lagi makanan lain yang kita craving. Jadi marilah sama-sama kita berjimat cermat ya adik-adik. Jangan susahkan mak ayah dan peningkan mereka kerana kita asyik merungut duit tak cukup. Macam mana nak berjimat?


CARA BERJIMAT DI UNIVERSITI :

1) SHARING IS CARING

Ini bukan kawan kau beli nasi kau gi makan dengan dia. BUKAN! Jangan buat macam tu nanti tak pasal-pasal kena pulau dengan roommates. Cara yang betul, contoh kita ada 6 orang roommates.... Masa nak beli nasi, beli lah tiga bekas sahaja dan pastikan nasi letak kasi penuh dalam satu bekas tu. Boleh share dua orang. Untuk kuah pula beli satu/dua bungkus je, yang ni kenalah untuk kata sepakat kuah mana yang semua orang boleh makan dan nak makan. Jangan beli yang kita nak je. Lauk-pauk pula sila pilih satu lauk sahaja kerana biasanya lauk ni kita tak boleh nak share. Ayam kecil je macam mana kau nak share? Kalau yang jenis makan ikan dan ikan itu besar, boleh la share dengan kawan yang nak ikan juga. Lagi jimat. Percayalah, dari RM5 untuk nasi, kuah dan lauk akan jadi RM2-RM3 je.

2) BELI MILO/KOPI/TEH  3 IN 1

Jangan lupa untuk beli benda-benda ni ikut apa yang kita suka minum dan yang penting bawa lah bekas air. Roommates Ainaa ada bawa bekas air yang boleh kita nak buat air dalam tu dan Ainaa pula bawak serbuk teh. Jadi kita orang setiap kali pergi cafe, hanya beli ais. Nanti di bilik kita akan buat sendiri air yang nak dan Ainaa selalu buat teh beng (teh tarik) memandangkan roommates Ainaa semua peminat teh beng Kelantan. Ais 50sen/RM1 je satu plastik, bahagi dengan roommates kau dah tinggal berapa sen je.

3) PORTABLE GAS STOVE/RICE COOKER 

Betul ini dah melanggar peraturan universiti, mahasiswa tak boleh masak di asrama tapi kita nak hidup kena jadi bijak. Pandai-pandai lah kau seludup masuk adik oi. Ainaa dengan roommates mula seludup benda-benda ni start sem 4. Sem 4 kawan Ainaa yang seludup masuk rice cooker dan sem lepas Ainaa seludup portable gas stove. Portable gas stove ni lebih senang untuk masak, bawak satu periuk kecil satu pun dah cukup. Nanti beli beras, minyak dan bahan-bahan lain yang mini/medium size je dan kos bahagikan dengan roommates. JANGAN TAK BAYAR PULA! Sem lepas memang Ainaa asyik masak, nasi pun masak sendiri. Memang jimat sangat-sangat, satu hari tak keluar duit dan kalau keluar pun jumlah yang minimum. Untuk elak kena saman/rampas barang-barang, selepas guna jangan lupa simpan di tempat yang tersembunyi tak akan jumpa punya. Ini bagi yang berani nak buat kerja haram nilah, kalau tak berani gunakan tips nombor 1 dan 2. Biasanya kita ni awal-awal sem je tak berani nanti dah sem ketiga-keempat mula tunjuk taring. Heh.

4) JANGAN BERJOLI DENGAN BIASISWA/PTPTN

Masuk universiti nanti, ada yang akan dapat biasiswa dan ada yang akan buat PTPTN. Malah ada yang dapat biasiswa ni pun buat pinjaman PTPTN disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan suka berjoli! Ainaa asasi memang dapat elaun RM1100 satu sem dan setiap sem ada 5 bulan tapi macam mana dari RM1100 itu Ainaa mampu membuat simpanan? Pelik sebenarnya bila kawan-kawan Ainaa merungut baru bulan ketiga duit dah tinggal kurang dari RM300. Kalau yang mak ayah tak hantar duit itu memang boleh difikir logik RM1100 tak cukup tapi yang mak ayah bagi bulan-bulan ni? 

Kebanyakkannya memang tak sempat nak saving duit elaun/PTPTN tapi apa salah usaha simpan RM100 satu sem pun dah cukup. Kenapa tak cukup? Memang mahasiswa akan buat benda ni, iaitu berjoli di hujung minggu! Percayalah. Bila dengan kawan-kawan ni lagi kuat kita membeli sakan, nak makan mahal-mahal, tukar hanset mahal dan tengok wayang lagi. Macam mana tak cukup kalau setiap minggu kau keluar berjoli? Biasanya selepas dapat duit PTPTN/elaun mula la nak beli hanset baru, nak beli kasut baru, beg baru, itu ini baru, nak pergi restoran high class/hipster. Ainaa sendiri pun kadang-kadang lupa diri berjoli sakan. Susah tau nak kawal. Tapi sila limitkan mencari hiburan sekali/dua kali sebulan sahaja. Life di universiti kita kena banyak berkorban nafsu, keinginan dan hobi supaya kurangkan krisis "tak ada duit" di hujung bulan ni.


Itu sahaja yang Ainaa nak share tips berjimat cermat di universiti dengan adik-adik yang baru nak melangkah di alam universiti. Kakak abang senior pun kalau ada lagi tips menarik boleh share di ruangan komen. Orang kata.... sharing is caring. Caring is loving.

1 Comments

  1. Betul tu jgn berjoli dgn duit ptptn. Sengsara nanti bila dah kerja, stress sbb nak bayar ptptn + loan2 yg lain.

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete