90's Kid vs Kid Nowadays

Gosip heboh ni semakin berluasa di Malaysia lebih-lebih lagi antara yang lahir tahun 90-an dengan budak-budak sekarang. Memang kecoh habis lah! Ini gara-gara viral gambar budak umur 16 tahun yang dikatakan cantik padahal umur hingusan lagi. Mula-mula tersebar gambar 'budak-budak zaman sekarang' tu, adalah malaun mana entah yang buat statement mengatakan kis nowadays umur 16 tahun pun lawa sedangkan budak-budak 90-an ni mereput. Amboi, sesedap ajinomoto kau je ya. Ainaa tak adalah naik angin tapi mencebik jugak lah bila nampak statement macam tu. Ainaa pun budak-budak lahir 90-an so tak heran kalau Ainaa nak menyampah dengan statement macam tu.


16 tahun dah hodoh, budak-budak lahir 90-an, budak-budak zaman sekarang, mereput, hodoh, lawa,


'Peperangan' berterusan

Disebabkan ada malaun yang buat statement macam tu, maka adalah serangan balas dari 90's kid yang buat statement untuk melawan "budak-budak 90-an mereput dan budak-budak sekarang 16 tahun dah lawa". Syiok jugak Ainaa layan peperangan statement bazooka dia orang ni. Bukan budak-budak perempuan 90-an je yang marah, malah budak lelaki pun ada yang tumpang sakit hati dan memberi serangan balas terhadap 'budak-budak lawa' ni. Tapi apa yang paling menarik, statement yang baru saja viral ni. Memang pedas woi! Ayat dia zapp-zapp memang tertusuk jantung. Aku suka. Kekeke.





Apa pun sila bawak mengucap ya semuanya. Jangan lah abang kakak nak gaduh dengan adik-adik dan adik-adik pun sila behave dan jangan cari gaduh dengan abang kakak. Sebenarnya bukan 90's kid atau kid nowadays yang cari gaduh, awak-awak lain yang lahir tahun sebelumnya yang viral dan laga-laga kan kita orang. Tapi tak tahu la kut memang yang viral ni kalangan budak 90-an atau budak zaman sekarang. Wallahua'lam. Herm... entah la nak. Cuma nak cakap jangan disebabkan viral ini kita saling memandang rendah antara satu sama lain. Sepatutnya kita ambil iktibar dan tegur dengan berhemah apa yang tidak betul. Eh, tiba-tiba baik pulak. Hehe tapi jangan gaduh-gaduh ya nanti Allah marah. :D

13 Comments

  1. Hehehe xkuasa nk gaduh gak..akk sedar mmg akk dh tua..kedut sana sini. Bdk 16thn ni umur pun makin meningkat. Make up la lagu mana pun. Kalau kedut pun mmg xleh cover dh ;)

    ReplyDelete
  2. habis tu ... yang budak 80an ni lagi mereput laa?

    ReplyDelete
  3. Zaman kak PC 16 tahun...bedak 3A je dik..hihi...sebenarnya pendedahan dan perubahan zaman..alhamdulillah asal bijak mengurus dan menjaga diri..betul niat menjaga wajah atau tubuh badan kurniaan Allah,,itu syukur..tidak berlebih-lebih..pandai jaga batas..

    ReplyDelete
  4. hehe...budak zmn skrg trlalu ikut trend..kita dlu rmai je ngorat.hahaha..klu cntik muda tua mereput tak guna jgk kan..klu makeup sume pun boleh cntik

    ReplyDelete
  5. sebenarnya asalnya statement mereput tu dari budak 90s kat twitter (#sarcasm la katakan). dia pun tak sangka tweet tu jadi viral. bila ramai RT takde hal sangat, tapi bila ada page2 kat FB yg pakai statement tu yg start orang ramai panas. wujud la salah faham ingatkan statement tu dari budak 2000s. maka mereka pun tak memasal dikecam.

    just nak clarify hehe.

    ReplyDelete
  6. Senang cakap.. Kalau dilayan perangai bebudak maka jadilah mcm budak2. Cuba buat matang sikit dari usia memasing..

    ReplyDelete
  7. Hahaha viral jg bnda ni bbrapa ari lepas. Yg buat statement tu pun satu hal, mention budak 90an dah kenapaa .. adoi haha

    ReplyDelete
  8. Tapi budak 16 tahun ni, dia punya demand... mak aii... tinggi melangit, tapi suruh buat kerja dapur habuk pun x de.... hehe

    ReplyDelete
  9. She (the girl who posted the picture) posted the true story behind the tweet here: https://www.youtube.com/watch?v=E3KZH2fALVs
    I just want to clarify it to avoid more misunderstanding hehe

    ReplyDelete
  10. Budak2 16 tahun ni sepatutnya bukan sibuk nak bermekup,
    tapi berlumba2 untuk kejar ilmu. SPM pun belum.
    Bukan zaman nenek2 kita dulu, 16 tahun dh jadi mak orang.

    ReplyDelete
  11. sekarang teknologi dah canggih sebab tu kebanyakkannya nampak lawa, tapi tak tahulah teknologi yg lawa atau orang yg lawa.

    sama juga dengan smart-phone, kita guna smart phone jadi semakin bijak atau sebab kita tak bijaklah kita guna smartphone?

    Aina lah jawab

    ReplyDelete