Cintaku Seluas Samudera Biru

novel untuk dijual, novel cintaku seluas samudera biru, sophilea, novel limited deition, novel murah, novel best seller


Novel Limited Edition

Novel limited edition yang berjudul Cintaku Seluas Samudera Biru ini ditulis oleh Sophilea, penulis novel Anugerah Terindah yang diadaptasi menjadi drama SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ. Novel limited edition ini tidak dijual dimana-mana kedai buku dan hanya boleh didapati secara online namun sudah kehabisan stok. Sekarang, novel ini hanya boleh didapati dengan pengedar novel online.

CARA DAPATKAN NOVEL CINTAKU SELUAS SAMUDERA BIRU - SOPHILEA


*NOVEL BARU, BUKAN PRELOVED*

NO BOOKING # FAST PAYMENT


Whatsapp : 019-9632283 

Instagram : @jualnovelmelayu_murah
Harga Buku : RM40 
Postage : RM8sem/RM12ss



novel untuk dijual, novel cintaku seluas samudera biru, sophilea, novel limited deition, novel murah, novel best seller


Sinopsis:

CINTAKU SELUAS SAMUDERA BIRU

Saat dia dan anggota TLDM lain berlari di persisiran pantai ke Teluk Batik, Leftenan Komander Anuar Syukri terlanggar Hamna Suhaili yang sedang menjemur ikan masin. Panahan cinta pertama barangkali terus langkah Anuar terkedu disitu. Sedangkan Hamna jatuh dan terluka.

"Encik tak tahu cara nak minta maaf ke? Tak tak tahu nak hormat kan orang."

Anuar cuma pandang Hamna yang terluka dan cuba berdiri.

Sejak itu Anuar sering menjadi tetamu di gerai tepi jalan milik Hamna. Tidak tahu cara memikat dia cuma menyakitkan hati Hamna. Datangnya pula pasti berdua dengan Petty Officer Zikri Hadith. Dengan Zikri mudah benar Hamna tersenyum. Semakin buatkan Anuar sakit hati.

“Maaf encik gerai dah tutup.”

“Saya nak beli awak.”

“Saya nak beli awak, boleh ke?”

“Banyak duit awak nak beli saya?”

“Berapa?”

“Awak baliklah Tuan Anuar Syukri. Sekalipun awak boleh bayar, diri saya tak ada harga yang boleh diletakkan."

Anuar tidak pernah beralah. Dia ke pondok Hamna walau malam dan dalam hujan lebat. Curi-curi pandang anak pak cik Yusof ini. Bila Hamna sejuk dia berikan jaket yang dia pakai. Tak terusikkah hati Hamna?

Namun bila dia selalu kalah melepaskan Hamna pada Zikri, bagaimana pula perasaan Hamna

"Tolong jaga dia untuk saya Zikri. Saya cuma harapkan awak untuk jaga Hamna saya."

Zikri tahu kasih Hamna juga ada pada Anuar walaupun hatinya juga sudah terusik dengan cinta Hamna.

"Kalau awak tak rindukan saya , tak apa. Tapi saya rindukan awak. Saya rindukan awak separuh mati atas kapal tu, Hamna Suhaili."

Puas ditolak perasaan yang ada kerana berbeza status. Siapalah dia yang cuma anak nelayan dan tinggal di pondok tepi pantai untuk berganding dengan Leftenan Komander Anuar Syukri? Bezanya bagai langit dan bumi.

"Hamna tetap cantik dimata saya. Saya tak mampu untuk lepaskan Hamna dari hati saya."

Mampukah gelombang Samudera menenggelamkan cinta mereka. Mampukah Hamna menyintai seorang lelaki sehebat Anuar Syukri.

'Cinta Saya seluas Samudera biru, Hamna. Jangan cuba diuji kalau geloranya pun saya tak pernah takut.'

0 Surat Cinta:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.