AFB FEEDS

Jumpa Pelanduk Lagi

Dulu Ainaa pernah update entry "Aku Ramai Pelanduk Agaknya" yang ramai orang kat UIA Petaling Jaya tu cakap muka Ainaa sama dengan someone yang diorang kenal. Sampai lecturer Ainaa sendiri yang tegur. Tapi kali ini, hari sabtu lepas Ainaa singgah kampung ada majlis kahwin. Kat kampung la, ada yang tiba-tiba panggil Ainaa dan cakap muka Ainaa hampir sama dengan kawan dia. Siap mintak nak bergambar lagi. Ku redha jela. Dia ada jugak tunjuk gambar kawan dia tapi Ainaa tengok jauh beza je muka. Nak kata sama sipi-sipi pun rasa tak. 

Entahlah. Haih macam-macam. Ainaa rasa dah cukup laa tujuh pelanduk Ainaa. Tak perlu susah-susah cari kat luar negara di seluruh pelusuk dunia.... Dalam Malaysia ni pun dah banyak yang ada. Ainaa jumpa dan tengok sendiri tu tak adalaa. Tapi orang-orang yang tegur sampai ada yang tersalah sapa ingat Ainaa ni kawan dia. Huhu.


You Might Also Like

5 Surat Cinta

  1. Saya pulak teringin nak tengok 'kembar' depan2.. Tapi so far tak pernah jumpa lagi.. Ihihi.. And jarang orang tegur muka sama sangat dengan orang lain..

    ReplyDelete
  2. boleh buat kelab muka sama,Aina jadi presiden.kumpul ramai2 buat gathering

    ReplyDelete
  3. syira selalu jugak orang tegur ada orang muka sama padahal tak sama mana pun.

    ReplyDelete
  4. Sama la kita. Sampai family husband pun cakap muka kite sama macam anak sedara sorang lagi.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. untunglah ainaa pelanduk cuma di malaysia...macam aRz pelanduk semua di europe...susah nak jumpa :p

    ReplyDelete