Sekarang ini Ainaa guna handset jenama Lenovo sejak bulan dua yang lepas. Mula-mula guna itu best juga lah sebab bateri tahan lama, dua hari sekali baru cas. Dan kadang-kadang itu ada pernah Ainaa pergi kem 3 hari, sepanjang 3 hari itu Ainaa tak cas pun. Puas hati walau kamera depan tak berapa nak cantik.

Tapi selepas handset Ainaa kena air hari itu, setiap hari kena cas. Bukan itu sahaja, baru-baru ini mula lah timbul macam-macam masalah. Handset tak masuk cas, bukan masalah charger sebab dah guna charger lain tapi still ada masalah ketika nak cas phone. Masalah lain, asyik 'hang' je sampai kadang-kadang satu hari itu terpaksa off-on dua tiga kali. Sakit hati duh, rasa nak je baling handphone ni. Itu yang niat nak tukar handset. Dan entah kenapa Ainaa berkenan sangat dengan smartphone jenama Huawei. Tapi dalam masa yang sama takut nak beli hanset China. Itu yang dalam dilemma walau dah buat survey dalam internet. 




Jadi sekarang Ainaa nak survey pengguna-pengguna smartphone Huawei, molek ke hanset ni? Berbaloi tak dengan harga? Apa kelemahan Huawei yang selalu kena hadap? Ada 'hang' ke tak? Ainaa tercari-cari hanset yang tak mudah 'hang', cepat dan tentula best selfie. HAHA.

2 Comments

  1. Lissa pakai Lenovo masih.. haha
    InShaaAllah tahun depan baru berpaling tadah. haha

    ReplyDelete
  2. rasa samsung okay kut!... sebab dah guna samsung s4 ni dekat 3 tahun!! tak ada masalah apa-apa pun, tapi rasanya huawei ada keluar phone baru, honor 7, tengok iklan dia pun menarik! siap ada fingerprrint scanner, anyway salam perkenalan!

    ReplyDelete