End of Semester One
Harini baru rajin nak update entry ini, padahal habis final exam dua minggu sudah. Sekarang Ainaa tengah cuti sem. Entah kenapa awal dari univesiti lain yang ada baru tengah study week dan ada yang baru mula exam. Tapi tak apalah, lagi pun nak habiskan cepat asasi ni. Tak naklah dua tahun, setahun setengah pun okey. Kan orang lain dah masuk degree kita baru habis asasi.T__T
Untuk semester pertama ini Ainaa hanya ada empat subjek. ENGLISH, ARAB, ICT dan ISLAM & OTHER RELIGION. Nampak je ada sikit subjek tapi jadual padat macam ada 20 subjek. Huh. Untuk semester-semester seterusnya berharap sangat jadual ada kelonggaran sikit. Sikit pun jadila. Ini tidak, asyik dari jam 8 pagi sampai 6 petang dan 4 petang..... rasa sadis sangat hidup. Huu. Bertabahlah ya Ainaa. Rezeki dapat belajar di Uia ini pun dah cukup bersyukur berbanding dengan kawan-kawan yang tak dapat sambung belajar ke IPTA. Apa orang cakap, susah sekarang tak apa. Bila nanti inshaAllah kita peroleh hasilnya.
Mari Ainaa nak belanja gambar bersama rakan sekelas dan rakan sebilik semester satu ini.
Classmate Ainaa dari lima kelas yang kebanyakkannya kos Human Sciences dan kami satu kelas, yang beza kelas pun kelas arab je dan kelas lain-lain semua kami sama. Nak sebut nama satu-satu memang tak larat tapi sepanjang kelas semester satu ini, Ainaa lebih berkawan dengan orang Kedah. Tak perlu kut nak mention namanya, biar dia sendiri baca. =P
Say hello to my roommates yang brutal. Perangai gila-gila diorang yang selalu beri pengalaman baru untuk Ainaa, selalu buat Ainaa gelak tak hingat dunia. Walau diorang tak sama dengan kawan-kawan Ainaa yang dulu, walau kita orang berbeza.... Tapi dioranglah S.A.H.A.B.A.T. Selalu bersama, selalu bersepakat, saling melaser mulut. HAHA. Roommates dari tiga negeri, Kelantan-Selangor-Johor tapi dikuasai oleh Johor sebab tiga orang Johor, dua selangor dan Ainaa sorang-sorang Kelantan. Ahaa.
Itulah dia, classmate dan roommate Ainaa sepanjang semester pertama ini. Tamat sudah semester pertama. Kita tunggu short sem iaitu sem.2 pada bulan November pula. Fuhh, menghitung hari untuk habis asasi dan sambung degree.
4 Comments
tgok gambar ni buat rindu cfss uiaa :"D
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur la Ainaa dapat sambung study.. Lissa belum ada peluang lagii.. hee :'D
ReplyDeleteKejap je Ainaa belajar ni. Nanti sedar sedar dah nak masuk kerja pulak :D
ReplyDeletehay saya la budak kedah yg comel tu hahahahhahaha .
ReplyDelete