Satu perkara kecil yang BAHAYA, sangat bahaya. Hanya kerana BLUETICK kawan boleh jadi lawan, girlfriend boyfriend boleh berperang!




Application WhatsApp sekarang bertambah maju, dibuatnya satu tick tanda mesej kita berjaya dihantar, doubletick tanda pihak di sana sudah menerima mesej dan bluetick tanda pihak menerima sudah membaca mesej tersebut. Itulah yang bahayanya, kalau penerima mesej tersebut bluetick aje mesej itu, gaduh lah jawabnya. Ainaa tak faham sebenarnya kat mana yang patut sampai nak bergaduh-gaduh. 

Macam Ainaa, Ainaa tak buat 'bluetick' dalam whatsapp, tiada bluetick hanya ada doubletick memandangkan Ainaa jenis buat kerja, jeling buka whatsapp kejap tengok mesej dan terus lupa nak balas kemudiannya. Kita nak balas nanti selesai kerja yang kita buat tapi selepasnya memang lupa nak balas walaupun selepas buat kerja itu kita main je phone. Tak semua mesej Ainaa baca disebabkan group whatsapp yang banyak dan notification setiap group memang terlalu banyak. Cuma kalau rasa mesej itu penting memang Ainaa akan balas segera walau tengah buat hal lain kecuali tengah memandu.

Yang masalah sekarang, doubletick pun boleh buat orang nak gaduh. Aduhai, lepas ini Whatsapp kena buat bair boleh sembunyikan bluetick dan doubletick itu. Sakit kepala nak layan kerenah orang yang tak paham-paham. 'Ke aku sebenarnya yang tak paham?' T__T

3 Comments

  1. Huhuhu, kena paham bukan 24 jam orang hadap whatssap

    ReplyDelete
  2. Hahha.. xleh blah muke mr bean... tp kan skrg dah x kisah sgt bab blue tick sbb fhm org pun x sentiasa ada masa nak reply..

    ReplyDelete
  3. bair tu ape hahahha. kalau dah dua hari bluetick tak terbalas sakit hati gak ainaa hahaha

    kc tag aina sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/12/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html

    ReplyDelete