Aduhai, sejak bila aku jadi macam ni? Menyampah sangat kan kalau sesuatu benda itu kita secara tak sengaja buat tapi beri impak atau masalah besar untuk kita. Sejak bila Ainaa jadi cuai sangat ni?


Kecuaian Pertama: 
Minggu lepas, Ainaa secara tak sengaja jatuhkan hard disk kawan sekelas Ainaa yang lelaki. Sebenarnya dia bagi hardisk tu sebab dia nak Ainaa masukkan movie yang Ainaa ada tapi nasib tak menyebelahi bila hardisk dia menjunam jatuh selepas beberapa minit ada kat tangan. Mula-mula Ainaa ingat handphone yang jatuh sebab yalah.... masa tu baru habis kelas jadi kat tangan memang banyak barang dengan buku-buku, handphone dan hardisk tu.

Punya lah Ainaa gelabah dan takut. Buat salah siapa yang tak takut walaupun secara tak sengaja. Jadi haritu jugak Ainaa bagi tahu kat dia. Dia memang terkejut campur muka garang gila. Ainaa mintak maaf dan cakap nak bayar ganti rugi pun dia balas "Tak apa" padahal muka dah bengang. Rasa bersalah tu dah macam menghantui Ainaa je sampai sekarang. Keesokkannya say sorry melalui whatsapp pun dia tak balas. Nampak sangat marah kan?

Harap hari ini lepas dah bayar ganti rugi, walaupun dia cakap "TAK APA" dia tu, harap lepas  ni oklah. Tak adalah malu sangat nak jumpa dia dalam kelas. Harap-harap lepas ni semua jadi seperti sedia kala. 


Kecuaian kedua: 
Ini semalam Ainaa keluar dengan kawan-kawan sebilik, pergi TBS ambil sorang lagi kawan sebilik kami. Dan masa perjalanan nak balik tu, tercicirkan tiket KTM yang hanya berharga RM1. Dan masa dekat penjaga tiket kat situ, dia cakap kena bayar RM30! 

Pergh. Terkedu Ainaa masa tu. Dugaan apakah ini? Tak cukup dengan duit beratus-ratus bakal melayang nak bayar ganti rugi orang, ini kena keluarkan duit untuk bayar kecuaian tercicirkan tiket KTM tu? Tiket RM1 je tapi hanya sebab hilangkan tiket tu kena bayar RM30? Aduhai.... 

Nasib baik lah ada seorang sister ni, tiba-tiba masa Ainaa tengah terkedu tu dia datang bagi tiket yang Ainaa tak sengaja cicirkan. Ya Allah baikkan sister tu. Kalau orang lain tu buat tak tahu je tu. Walau Ainaa lupa muka sister tu dan tak kenal pun dia, semoga Allah memberkatinya. Amin.

................

Tak sampai seminggu, dua kecuaian yang Ainaa buat dan tak sengaja buat. Teruk sangat dah ni. Entah kenapa jadi cuai sangat ni. Hmm... Harap lepas ni tak ada lagi berlaku benda macam ni. Tak sanggup nak kena hadap. 

13 Comments

  1. lahaiii... kadang kadang memang jadi macam tu.. apa yg boleh di buat adalah extra careful next time.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah... lain kli memng kena sgt berhati2 dah

      Delete
  2. kesiannya aina....lain kali kena extra carefull....

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar, aina byk fikir sgt kot.. hard disk tu mmg rosak ke lps jatuh? kesian kalau kena ganti balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sbb xleh nk connect ke laptop. dah byar pun.... melayg beratus2 dh. Huhu

      Delete
  4. kesian aina..tak pa,lain kali hati2 aina ya

    ReplyDelete
  5. Lepas ni aina kena hati hati lebih sikit. Hikss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dh kena berhati2 sgt2 dh ni kak nani.... aina xsggup dh nk kena: '(

      Delete
  6. dont be careless aina. next time kena hati2 taw

    ReplyDelete