Merasa Balik Kampung Ketika Hari Raya

Dulu selalu tanya bila abang-abang nak balik beraya, lambat lagi ke, berapa lama. Kawan-kawan bercerita pasal perjalanan balik kampung diorang yang mana jauh, tak macam Ainaa kampung pun di Kelantan jugak. Paling-paling lah dapat rasa balik beraya di kampung yang hanya dua atau tiga jam dari rumah Ainaa.

Tapi kali ni, anak mami abah ni dah besar. Diri sendiri pulak yang akan merasa balik beraya apabila sekarang di perantauan. Kira jauh tu dari Selangor nak ke Kelantan. Merasa jugak macam nak balik kampung jauh. Heee. Walau balik beraya dengan bas atau sorang-sorang tu belum dialami sebab Ainaa ada abang yang tinggal kat Negeri Sembilan, jadi balik kereta dengan dia je.


Tak sabar nak balik rumah! Nak jumpa mak ayah, abang-abang dan dua budak nakal plus cerdik yang Ainaa sayang sangat (ni kalau anak saudara dah pandai baca mesti dia terharu). Eeee tak sabarnya!! >___<

Paling sadis Ainaa dapat cuti sekejap je. Mula-mula sepatutnya mula cuti 15/07/15 hingga 21/07/15, tapi manalah nak cukup. Nasib baik lecturer bagi cuti awal sikit tapi akan kena ganti kelasnya. Hari ini, 10/07/15 kita orang dah boleh balik. Ainaa pun balik hari ini lepas solat Jumaat nanti baru bertolak.

21/07/15 dah kena balik ke UIA ni. Kejap sangat kan cuti. Rasa nak je balik sini 25 hari bulan tapi tak boleh sebab rabu, khamis, jumaat tu Ainaa dah mula kelas. Hmm.... nasib lah.

Terpaksa korbankan demi mencapai kejayaan.

3 ulasan:

  1. best kan feeling balik kampung ni :)
    dah kawen nanti sampai nangis kalau dpt balik kampung, hahaha~~

    BalasPadam
  2. akak pun tengah menunggu masa nak balik Seremban jer ni..hati dah kat rumah seremban....adoi la....

    BalasPadam
  3. Wahhh dah start cuti ehh Ainaa. Selamat balik ke Kelantan :D

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.