#Cabaran20Hari : Kuih Raya Paling Best

Kuih raya paling best.... yang pasti yang jual di mall tu tak best. Haha Orang sekarang dah jarang buat kuih raya sendiri, biasa beli je senang kan. Tapi kalau beli dekat mall tu, adoi sadisnya. Kebanyakannya tak best. Nak yang sedap-sedap beli dengan orang yang kita kenal atau kawan-kawan kita biasa beli dengan orang tu.

Macam keluarga Ainaa, dulu boleh lah kami buat sendiri kuih raya tapi sekarang mana sempat nak buat. Dulu tak apalah boleh jugak Ainaa tolong buat sikit-sikit, sekarang dah sibuk belajar. Jadi penyelesaiannya beli saja lah.

Tapi sayang Ainaa lupa nama kuih raya yang sedap tu, yang setiap tahun kami sekeluarga pasti beli. Bab nama kuih-muih ni memang Ainaa lupa. Tapi kuih tu memang best sangat! Dengan biskut empat segi, kacang di dalamnya, disalut dengan coklat dan ditabur pula atas coklat dengan kelapa yang diparut. Pergh, memang tip top lah.




Yang ini pulak biskut raya yang mak Ainaa selalu buat dulu. Biskut chipsmore. Yang ni dulu pun kitorang satu keluarga suka. Eh, Ainaa dengan abang Ainaa je sebenarnya. Mak Ainaa selalu terpaksa buat dua tiga tin sebab kitorang akan ngap dulu. Kan tak pasal-pasal belum raya tapi biskut dah habis.

Ada beberapa lagi biskut atau kuih raya yang best tapi Ainaa tak tahu biskut tu nama apa. Gambar pun tak ada. Nantilah raya Ainaa share lagi ya.

2 ulasan:

  1. nampak sedap kuih raya ni. saya pun suka kuih raya yang perisa coklat

    BalasPadam
  2. kuih raya yg paling best? kuih tart jakarta.. dah x jumpe sekarang ni..

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.