AFB FEEDS

#Cabaran20Hari : Bajet Raya

Serius lah Ainaa cakap, Ainaa tak buat persediaan apa-apa dan tak ambil kisah langsung nak beli baju raya ke, kasut raya atau kuih raya. Sejak masuk asasi ni, masa rehat masa tidur malam je itu pun selalu tak boleh tidur sebab banyak nyamuk dan panas. Sadis sangat!

Nanti balik Kelantan ni baru boleh nak cadang pakai warna apa, baju kurung ke jubah, nak kuih raya apa.....


Tapi Ainaa nak jugak sahut cabaran 20 Hari ini. Jadi Ainaa catat sikit-sikit apa yang terlintas.


BAJET RAYA :

Baju Raya : Sehelai dua pun dah cukup lah. Banyak-banyak pun buat apa. Ainaa cuti raya kejap sangat. Bajet untuk RM200 lah kut. 

Kasut Raya : Yang ni tak payah beli. Sebab yang tiga tahun lepas pun masih elok dipakai dan masih cantik. Tak payah nak membazir.

Tudung Raya : Ish... Susah ni. Biasa kalau shopping, Ainaa tak suka shopping tapi kalau ada je bajet, tak boleh tahan dari membeli tudung dan shawl. Kena sediakan paling kurang RM50 pun cukup. Cuma biasa kalau tudung atau shawl yang labuh memang mahal. 

Kuih Raya : Mak dan kakak ipar Ainaa yang uruskan yang ni. Kitorang sekeluarga dah malas nak buat, jadi beli je senang. Ainaa tukang pilih nak kuih raya mana je. Tapi sekali beli tu memang lebih RM200. Sampai kena marah dengan abah. Kikiki bertabah lah ya abahku.


Itu sajalah kut. Itu pun tak tahu beli ke tak baju raya. Tak pun pakai yang mana ada. Tapi kalau tudung tu memang kena beli, sebab nak matching dengan baju. Kononya lah. =P

You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. Moga bajet mencukupi. Tahun ni, kasut je saya tak beli baru. :B

    By the way, jemput join giveaway saya jika sudi :)

    http://loveladyrq.blogspot.com/2015/07/eid-giveaway-happy-eids-card.html

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Biskut raya memang beli je senang. hehe

    ReplyDelete