Sengal betul rasanya. Entry yang sepatutnya diupdate sabtu [23/05/15] yang lalu diupdate hari ini. Sadis betulkan. Ish ish. Nak buat macam mana, minggu tu minggu Aina sibuk uruskan persediaan ke universiti.

25/05/2015, tarikh dimana Ainaa dengan kawan-kawan keluar bersama untuk kali terakhir sebelum masing-masing melangkah ke universiti. Ini kira perpisahan buat kami semua. Alahai, sedihnya.

Dan kebetulan pula tarikh yang kita orang nak keluar tu, sama dengan tarikh salah seorang kawan Ainaa. Jadi kitorang plan nak buat surprise untuk birthday girl! Tapi yang itu Ainaa cerita di lain entry, nak buat entry special for bithday girl. Hehe.

Kalau nak tahu, mula-mula Ainaa tak rancangan pun nak makan di Seoul Garden. Tapi kawan-kawan yang ajak lagipun masa tu tak boleh nak main bowling sebab dah penuh. Jadi Ainaa ikut saja.


Kita orang masa tu ada sebelas orang, lagi dua orang datang lewat jadi kami yang masuk dulu. Ainaa tak pernah ke Seoul Garden sebelum ini. Sebab Ainaa tahu memang tak berbaloi langsung kalau Ainaa pergi memandangkan makanan kat sana disediakan secara buffet tapi sayang perut kita kecik. Uhuk. Memang makan sikit je bukan sebab nak jaga badan tapi memng dari kecil Ainaa makan sikit.


Harga semuanya RM360.94 tapi kena tambah RM21.46 untuk GST. Jumlah semua RM382.60 hanya kerana G.S.T! Ok stop. Tak ulang dah. Memang betul makan besar ni. Mana nak pernah makan dengan kawan-kawan sampai beratus macam ni. Dengan family itu tak hairan lah kan.


JADI BERBALOI TAK MAKAN DI SEOUL GARDEN?



sumber google

Berbaloi kalau kau orang memang penggemar makanan jepun, korea dan barat. Ainaa pula ok je nak makan makanan barat tapi kena ikut selera juga. Kalau betul-betul sedap memang Ainaa akan makan. Dan berbaloi juga kalau kau orang rasa makanan buffet kat sana sedap-sedap.

dan

Tak berbaloi jika kau orang jenis makan sikit, perut kecil dan seangkatannya atau kalau tekak kau orang adalah tekak melayu. Dan tak berbaloi juga kalau makanan kat sana masa kau orang pergi itu terkena yang tidak sedap! Itulah yang Ainaa kena.

Kita harapkan makanan kat sana berbaloi dengan harganya. Tapi hampeh. Mungkin masa Ainaa pergi tu kebetulan tak sedap. Kawan Ainaa sendiri yang pernah makan di situ cakap tak sedap. Lain dengan sebelum ni dia pergi sedap pulak. Adoi. Nasib kau lah labu...

TAPI APA-APA PUN ITU ATAS SELERA MASING-MASING. ADA YANG SUKA DENGAN MAKANAN DI SANA DAN ADA JUGA YANG TIDAK BERAPA MENGGEMARINYA. LIDAH MASING-MASING LAH. ^__^