AFB FEEDS

Sanah Helwah, Sahabatku. :)


Jika semalam Ainaa dah post entry tentang berbaloikah makan di Seoul Garden?, hari ini Ainaa nak kongsi pula apa yang terjadi di sana.


[23/05/15] - Dimana merupakan tarikh ulang tahun sahabat Ainaa yang ke-18. Jadi kita orang semua yang keluar hari sabtu itu merancang nak buat surprise untuk birthday girl. Rancangan awalnya, nak bawak kawan Ainaa ke Hayaki Cafe dan buat kejutan kat sana. Tapi sampai sana, tukar rancangan buat kejutan di Seoul Garden.

Jadinya, kami semua masuk makan-makan dulu kat situ sambil berbual, selfie, wefie! Dah habis makan, masa berbual-bual itullah dua kawan Ainaa keluar pergi beli kek tapi beri alasan kat birthday girl nak pergi tandas. Hehe.


And surprise! Kejutan kami menjadi! Lebih-lebih kita orang ada di ruangan bilik di Seoul Garden dan birthday girl pula betul-betul membelakangi pintu, memang berjaya buat dia terharu sampai nangis la.

Ainaa ada rakam video sebab sebelum kek sampai, kawan Ainaa dah mesej awal-awal untuk standby rakam detik kejutan yang kami buat untuk sahabat kami. Yeaa! Boleh buat kenangan. Tapi Ainaa tak dapat nak share dalam blog. Sayangnya... Kalau tak, boleh tengok ucapan-ucapan dari kami dengan skemanya. HAHA. Diorang saja bagi ucapan skema, kut-kut Ainaa hantar video itu kepada tv3. =P




Nah, Ainaa belanja gambar Ainaa dengan kawan-kawan dan birthday girl. Tersangatlah comel kami semua kan? Muahaha 


SANAH HELWAH JIEJIE.  ^____^
SORRY SEBAB LAMBAT POST SPECIAL ENTRY NI. >___<

You Might Also Like

0 Surat Cinta