Drama Bukan Isteri Sempurna (Adaptasi Novel)
DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA BAKAL DITAYANGKAN DI KACA TV PADA 5 MEI 2015 DI SLOT SAMARINDA DI TV3.
Drama Bukan Isteri Sempurna ini adalah adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu di bawah terbitan Kaki Novel.
Mesti ramai yang nak tahu kan best ke tidak drama Bukan Isteri Sempurna ini. Kalau drama Ainaa tak berani jamin tapi kalau novel, apa yang Ainaa nak cakap ialah karya Tulip Ungu memang awesome! Dari novel pertamanya hingga novel terbarunya, akan dapat dilihat setiap penambahbaikan dari segi penulisan dan jalan cerita. Dan novel Bukan Isteri Sempurna pun dalam kategori novel best juga. Itu pandangan Ainaa lah. Kau orang nak tahu best ke tidak drama ni seperti novelnya, kena tunggu 5 Mei ini.
BARISAN PELAKON DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA :
Dazrin Kamaruddin sebagai Daniel Arman
Atikah Suhaime sebagai Nina
SINOPSIS BUKAN ISTERI SEMPURNA :
Boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berdekatan atau beli secara online di laman KAKI NOVEL dengan diskaun RM4 dan tiada cas penghantaran dikenakan.
Bukan Isteri Sempurna - Tulip Ungu
Terbitan - Kaki Novel
Harga : RM21sem, RM24ss
SINOPSIS :
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”
Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”
“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”
[ BACA NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA SECARA ONLINE ]
6 Comments
huhhh...kenapa mesti atikah suhaimie? KG tak berapa minat lakonan dia
ReplyDeleteagain...? adaptasi novel lagi....? huhuhuhuuu...
ReplyDeleteapapun, tahniah Aina dah pakai domain baru... blog pun makin awesome.. penulisan Aina pun nampak makin matang..... yeaaayyyy... :)
drama lagi aina :)
ReplyDeleteatikah suhaime tu pernah berlakon dalam cter apa lagi? x pernah dengar lak. dazrin tu dalam SPa Q kan?
ReplyDeleteBest la cerita ni tapi klise...biasa la kan..... Jemput singgah ke blog saya ye
ReplyDeletesinggah sini. hee
ReplyDelete