Assalamualaikum!

Seperti yang korang tahu, yang saya ni peminat tegar novel.
Hehe tegar lah sangat. Meh dengar cerita saya macam mana boleh dapat
novel free dari penulis novel sendiri dan juga dari peminat novel.


1- Penulis Siti Khadijah (Dua Kisah Satu Cinta: Jika Benar Kau Cinta)


Ini merupakan novel yang diterbitkan sendiri oleh Siti Khadijah(SK). Kira limited edition dan tak ada jual dimana-mana kedai dalam dunia ni. Nak jadi cerita sebelum keluar novel ni, SK buat pertandingan cipta cover untuk mini novelnya ini. Dan walaupun rekaan saya tidak terpilih, hehe tapi tetap dapat novel free dari SK. Kira macam hadiah saguhati lah.

Hehe baikkan SK? Ingatkan kalau dah tak terpilih tu tak dapat daah... rupa-rupanya siap ada hadiah saguhati. Alhamdulillah.... Rezeki. Terima kasih kepada penulis Siti Khadijah! Yang lain-lain sila lah beli karya beliau iaitu Rindu Dalam Sepi dan Rasa Yang Tertinggal di mana-mana bookstore atau beli aje secara online di SINI. Karna karya SK bagi saya memang wajib dimiliki!


2- Kak Imaniah Fajaya Othman (Tirai Dosa Kelmarin)


Dalam FB, saya ada sertai pertandingan review novel dengan Hantu Novel Alam Maya Fanpage dan alhamdulillah.... salah satu dari review(baca review di SINI) saya terpilih sebagai pemenang pertama dan saya boleh pilih mana-mana novel Lovenovel Publication


Dan saya pilih Tirai Dosa Kelmarin karya Arsha Wee kerana kebetulan memang saya nak sangat-sangat novel tu. Tapi lepas berminggu-minggu kemudian baru sempat baca dan baru selesai baca. Memang tak rugi. Awesome sangat novelnya. Dengan penulisan yang memang saya boleh 'masuk' dan jalan cerita yang walau biasa tapi tetap menarik untuk dibaca. 

Nanti saya rajin saya buat review eh. Bila entah nak rajin. Hee btw thanks to kak Iman kerana sudi bagi novel ni. Eh! Baru perasan.... kebetulan nama hero dan heroin novel yang kak Iman bagi tu pun Iman. Hehe


3- Penulis Fauziah Ashari/Pemilik Intens Idea (Anugerah Terindah)


Yang ni ada satu hari tu, Fauziah Ashari(FA) buat status tertulis... siapa yang cukup syarat yang ditetapkan dan antara yang terawal mesejnya kat FB nama, alamat apa semua... dapat hadiah daripadanya. Dan saya salah seorang antara ramai-ramai yang terpilih tu. Saya tak tahu sebenarnya dapat hadiah apa tapi hari ru, lepas balik dari sekolah... posman datang hantar parcel. Tengok dari FA dan buka-buka jea rupa2nya novel terbaru terbitan Intens Idea.

Hehe saya kalau bab dapat novel ni memang senyum lebar sampai ke telinga! Kepada FA, terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi. Hehe


4- Penulis Izz Alejandra (Hari-Hari Aku Rindu)



Wah, waaah. Jom ramai-ramai, waaaaaaaah. hehe ok. sengal. Mana taknya kalau penulis novel yang saya minat sendiri PM saya dan bagi hadiah novel keduanya yang terbaru. Sungguh! Tak kusangka, tak kuduga, takkukukuku..... novel yang saya suka sangat iaitu Sungguh! Aku Gilakan Kau, daripada penulis Izz Alenjadra. Penulis I.A ni bagi free sebagai hadiah penghargaan sebab saya buat review untuk novelnya dan pihak KaryaSeni/Penulisan2u sendiri promote guna review saya tu.

Waaah.... asalnya tak tahu menahu pun pasal tu. Tub-tub penulis I.A mesej kat FB. Maunya tak melompat-lompat sambil tepuk tangan dengan gediksssnya. Haha. Jangan tak beli novel dari penulis I.A ni, cuba cari review untuk novel-novelnya. Memang boleh kata 98% yang kata ala-ala BEST GILER DOH!! Tak Percaya? Tengok review SINI dan SINI. Dan thanks muah muah penulis. : )

................................

Itu sahaja lah yang saya dapat sampai dua/tiga bulan lepas. Lepas-lepas ni
serasa-rasanya susah dah nak dapat sebab BUZY tahap berjuta lebah. Ayat 'overdose'. Kuakua.
Ok uolls, kalau nak bagi NOVEL FREE tu kat saya, jangan segan silulah nak bagi
ya adik-adik, kakak abang, makcik pakcik, nek tuk.... hehe

GURAU-GURAU. OTAK TENGAH SENGAL. = P

6 Comments

  1. aaa jealous nyaaaa banyak nyaa novel . murah rezeki awak hihi

    ReplyDelete
  2. ala, bestnyeeee. lia dh xleh nk join segmen,, sgt sgt sgt limited mse yg lia ade,, sbbnye lia lebih byk mse dkt asrama T.T

    ReplyDelete
  3. selamat malam..
    hehee..mata dah kuyu ni tp nak juga intai entry ape tuan blog tulis hari ni :)

    ReplyDelete
  4. bnyknyee novel..nnti review lah tau..hehe

    ReplyDelete
  5. Banyaknya kak.. Mesti syok baca. Jelesss.. haha

    ReplyDelete
  6. waa.. bestnya...nyk pulak tu...alhamdulillah...congrats

    ReplyDelete