AFB FEEDS

Hasil Tangkapan Novel di PBAKL 2014!


Assalamualaikum!

Baru-baru ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 telah diadakan di PWTC.


Dan sudah selamat melabuhkan tirai pada 4 mei yang lalu. PBAKL yang mencecah ratusan ribu pengunjung itu tentu terselit juga peminat-peminat tegar novel. Dan.... saya tak 
terselit pun walaupun peminat tegar novel. Hehe Exam bepp.... Lain tahun nanti saya pergi
jika panjang umur dan diberi keizinan.

Nak jadi kira macam tahun lepas, saya hanya kirim dengan kawan saya. Tapi kali ini
kawan saya pun tak pergi. Tapi kakaknya yang pergi. Jadi kirim kat kakak dialah. Dan hasilnya...


Hanya lima novel yang best-best dapat kakak kawan saya beli. Ada satu lagi saya kirim,
Cukup Cerita Itu karya Siti Rosmizah tapi dia tak sempat nak beli. Untung tau beli kat PBAKL ni, kalau 5 buah novel beli kat bookstore SMO di Wakaf Che Yeh atau KB Mall, 5 novel pun dah
RM150 ke atas. Tapi beli lima novel ni kat PBAKL, hanya RM119.

Tak puas hati sebenarnya sebab dapat beli sikit, pulus tak cukup maa..... Dalam hati dah
tanam hasrat lain tahun nak pergi sendiri dan kat sana nanti nak borong novel banyak-banyak.
Perlu ke kumpul duit dari sekarang untuk borong di PBAKL di lain tahun? Erk....


123 buah novel dah saya ada termasuk novel-novel yang baru dibeli. Yea! Kebetulan pulak jumlahnya '123'. hehe Tapi tak boleh lawan peminat tegar novel yang lain yang dah capai beratus-ratus sehingga ribu-ribu novel. Tapi bangga jugaklah dapat kumpul 123 buah novel dengan hasil
simpan duit sekolah dan duit jadi blogger walaupun saya masih budak bersekolah. ngee~

Yang korang pulak macam mana? Berapa banyak yang dihabiskan di PBAKL? =)

You Might Also Like

4 Surat Cinta

  1. Akk tak pergi yg tahun ni...tapi mmg byk duit habis kat buku... gila buku...heee

    ReplyDelete
  2. waaah bestnyeee dah lama tak membeli novel

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum nik...wah banyaknya buku yg dibeli...:)

    ReplyDelete