Assalamualaikum!



Kadang-kadang tengah bergurau atau berbual-bual, tanpa sedar kita terbuat orang
terasa hati dengan kita. Begitu juga sebaliknya. Biasalah, penyampaian seseorang itu telah
disalah tafsir oleh orang yang ditujunya. Kadang-kadang kita boleh lihat riaksinya
jika kita tersedar bahawa kita telah menyakiti hatinya.

Begitu juga saya, tentu ada dalam bicara itu tanpa sedar terbuat rakan-rakan yang
mendengar berkecil hati dengan saya.


TAPI BAGAIMANA PULA KALAU ORANG TU MEMALUKAN KITA DEPAN RAKAN-RAKAN LAIN TAPI DIANGGAP GURAUAN OLEHNYA?


Tak tahu nak cakap macam mana. Dah cuba berhusnuzon bahawa dia tak sengaja
dan tak sedar bicaranya telah melukakan hati ini. Tapi apabila dah banyak kali kena dimalukan
di depan rakan-rakan yang lain..... mula lah syaitan berbisik jahat.

Entah dia sedar atau tidak kata-kata dia tu sampai buat saya berkecil hati.
Paling tak tahan dia cakap kat orang lain pula. Sengaja nak memalukan apa? What the....
Kadang-kadang tak tahan juga, nak juga melempiaskan amarah ini.

Tapi.........

Hmmm.... Saya rasa better saya hanya simpan dalam hati. Suka hati dialah.
Biar dia sendiri yang sedar. Kan kalau cakap kan bermasam muka pulak. Mengata orang
mudah terasa ke apa ke pulak. Sigh.


Susah betul nak jaga hati perasaan ni.....

4 Comments

  1. betul...
    mulut org takleh nak tutup :((

    ReplyDelete
  2. Doakan dia supaya dia sedar kesilapan dia

    ReplyDelete
  3. susah nak kate bende camni :/

    ReplyDelete
  4. Betul doakan dia agar berubah..tetapi org begini perlu ditegur secara berhikmah mungkn dia tak sedar atau terlebih sedar ..utk kebaikan bersama ..insyaAlah
    singgah BW ..follow sini http://syerarahim.blogspot.com/
    terima kasih semoga bermanfaat

    ReplyDelete