Assalamualaikum!


Apa yang kita buat apabila sesuatu benda yang kita nak tak tercapai?
Dahlah kita sudah berusaha tapi apa yang diangan-angankan tetap tidak tercapai.
Sudah tentu kita akan berasa sedih, kecewa dan kadang-kadang ada yang putus asa. Betul tak?


Jadi, haruskaH kita berputus asa sekarang? 

Dan kenapa baru sekarang nak berputus asa?


Tahukah anda sebenarnya dari baby lagi kita TAK PERNAH KENAL ERTI PUTUS ASA?
Percaya atau tidak itulah kebenarannya. Kalau tidak masakan sekarang kita boleh berjalan? Boleh berlari?
Masa baby kita cuba untuk meniarap, lepas tu merangkak, lepas tu cuba untuk bertatih.
Berapa kali kita jatuh? Tanpa mengenal erti putus asa kita akan bangun semula.
Sampailah kita boleh berjalan dengan elok. Lepas tu berlari.




Nampak tak di situ? Nampak tak bahawa kita sebenarnya tak perlu berputus asa.
Sebab itu timbul persoalan kenapa perlu berputus asa sekarang? 
Kenapa tak dari dulu? Kenapa tak masa kita masih baby?

Untuk kejar sesuatu kejayaan, kena hadapai kekalahan.
Kalah tak bererti kita terus kalah. Kalau terjatuh haruslah bangun.
Cuba semula dan buat dengan lebih gigih lagi dari sebelum ini.

Mungkin kita rasa kita dah berusaha sedaya upaya tapi kalau tak tercapai juga
itu maknanya kita harus berusaha lagi dan lagi.
Manalah tahu rupa-rupanya kejayaan kita hanya beberapa langkah aje dari kita?
Kita hanya perlu usahakan lebih sikit aje.




"BERUSAHA. BERDOA. BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH"

7 Comments

  1. yupp...keep it up :) jgn putus asa ...Fighting!!!

    ReplyDelete
  2. Dai'e mana boleh futur, aite? :)

    ReplyDelete
  3. Kadang2 rasa putus asa tu memang ada.. Sebab itu perlunya orang sekeliling kita yang fahami kita. Tahu bila kita jatuh dan dapat tarik kita untuk bangun semula.

    ainlh.blogspot.com

    ReplyDelete