Assalamualaikum!

 


Baru aje balik dari Raudhah Aidiladha yang dibuat di Lembah Sireh, Kota Bharu.
Fuuuhh!! Penat! Terpaksa berjalan jauh dari park car ke booth. Bising pulak tu!
Mujur sahaja cuaca kat Kelantan mendung. Tak panas. Tak hujan. 
Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Walaupun rasa tak puas pergi sebab tak sempat nak shopping sakan. hehe Sebab driver a.k.a abang saya kena pergi solat Jumaat lah. 
Lagi pun booth tutup masa orang pergi solat Jumaat nanti.

Tak banyak tempat saya pergi disebabkan mak saya menyinggah di Tanyalah Ustazah secara langsung.
Ceh! Masuk tv kejap tadi. Haha Nanti nak tengok balik siaran ulangan. kihkih
Apa-apa tadi sempat beli beg dengan Mr.Potato aje. Murah-murah!
Kalau abang saya tak ikut tadi, memang dah shopping sakan dah. Bila lagi kan?

Apa-apa pun meh kita layan gambar.
Ops, bukan saya yang snap gambar. Just copy dari TV9 Di Hatiku.

 
yang ni pagi tadi punya gambar. Pelancaran Buku Resepi Warisan Cik Siti Wan Kembang.


Lin Nisa' pun ada! Rugi sangat tadi tak sempat nak melawat booth ni. Lalu aje.


Achey dengan Bocik pun ada. Tapi tak jumpa pun diorang. Duk sebelah lain kut booth ni.


Turut pergi ke booth Bananana! ini. Ada Yaya yang dalam cerita BoboiBoy aje. Upin Ipin tak ada. Entah duk kat mana dua beradik tu.


Dan terjumpa atuk yang dalam rancangan Tanyalah Atuk tu dan masa sebelum Tanyalah Ustazah
ada kumpulan nasyid yang membuat persembahan Qasidah. Bukan main seronok anak saudara saya dapat tengok dan dengar secara live. Memang peminat no satu qasidah tu.

Tu aje nak kongsi dengan kawan-kawan. Siapa-siapa yang tinggal kat Kelantan boleh lah datang hari ini atau esok! Jam 7 pagi lagi dah start tau! Lepas subuh mari terus lah ke Raudah Aidiladha. Boleh tengok Tanyalah Ustaz jam 7 pagi secara langsung. Masuk tv youuu~ hehehe

Kan bagus buat macam ni. Raudhah Dihatiku ke Malam Cinta Rasul ke Bicara Selebriti Bersama siapa-siapa yang selalu diadakan di Kota Bharu.... Alhamdulillah. Ada juga yang sudi anjurkan majlis ilmu-ilmu camni. Berbanding panggil P.S.Y atau artis-artis Korea tu......



JANGAN JADI MACAM NI !!!

2 Comments

  1. Wah best je. Haritu buat kat Masjid Kubang Kerian so dapat pi lah sane. Sekarang xboleh pergi sebab duk kat Shah Alam :D

    My recent post : Program Vaksinasi HPV

    ReplyDelete
  2. ala sayangnya kalu dop blh jupo dgn blogger cik ina.. saya pun ada sano gak.

    ReplyDelete