Tepat jam 12 tengah hari ini, saya nak review blog pemenang segmen saya yang sudah berlalu. Bagi yang tak menang tu jangan bersedih, nanti boleh join first giveaway saya 1/1/13 ini. Akan ada lebih ramai lagi pemenang yang bertuah. Jom kita tengok blog pemenang-pemenang segmen saya. = )



 


     Haa! Cute kan header blog dia? Saya suka dengan ayatnya 'Smile Story Is Mine'. Tapi ayat 'Do Read Do Follow' tu tak payah letak pun tak apa. Tampak 'mengacau' di header tu. Kat header tak perlu banyak-banyak ayat nanti nampak serabut pula. Blog dia pun memang kemas dan gadget pun sikit aje. Font pun besar tapi saya rasa ada something yang mencacatkannya disitu. Iaitu keluasan tempat post entry itu dan sidebar. Rasanya lagi cantik kalau dibesarkan.

       Template kat belakang tu pun simple tapi cantik je bagi saya. Sesuai dengan zaman sekarang yang menjadi kegilaan remaja corak Polka Dot. Saya nak bagi nasihat kat tuan punya blog supaya tidak menggunakan font pelbagai warna. Saya tengok pink ada, biru ada, hijau ada.... Cuba awak cari satu warna font yang tetap dan sesuai dengan blog awk. Dan kalau awak tukar font tajuk gadget blog tentu lebih cantik dan comel. : )




      Saya suka dengan blog Wany ini. Header dia walaupun bewarna warni tapi still tidak menyakitkan mata memandangnya. Simple and cute! Loading pantas! Dan selawat/nasyid yang diletakkan dalam blog betul-betul menenangkan hati. Menggunakan warna pink muda sebagai tema blognya dan template yang bercorak small love pun cute! Tak ada apa lagi saya nak komen sebab blog Wany memang dah cantik. Selamat berblogging ya, Wany.  : )


 
 
    Wah, header blog dia simple aje tapi tampak cantik dengan template Polka Dot itu. Eh, polka dot lagi. hoho. Blog dia pun loading pantas dan gadget yang sedikit. Pandai tuan blog dia susun. Dan saya suka dengan widget 'Assalamualaikum' sebagai pembukaan entry. Cantik! Tak percaya cubalah tengok.



    
        Blog Annur bercirikan perempuan Islam. Tengok doodle banner dia pun berpakai tudung. Masuk aje ke blog AnnurIslam, mata saya sudah disapa oleh widget kat sebelah kiri itu. Bukan tak boleh letak, malah kata-kata yang tertulis di widget itu pun bagus. Tapi sayangnya menganggu pelawat ke blog. Apa kata Annur ambil kata-kata itu dibuat sebagai note dan diletakkan ke gadget. Letak di bahagian atas gadget entry ke. Template kat belakang pun saya suka, simple aje dan seperti 3 blog yang saya review di atas, still warna pink. hihi Tapi blog saya pun bertemakan biru dan pink juga.

        Sekarang ini, orang lebih suka kalau ada satu aje sidebar. Annur buat dua-dua belah. Mungkin Annur rasa kalau satu aje sidebar tak cukup tapi kalau Annur buang yang tak penting dan fanpage dan facebook itu dijadikan sebagai butang lebih kemas kut dan menjimatkan ruang. Ada beberapa gadget yang tak dapat dilihat, hanya tajuk sahaja ada iaitu 'Previous Entry' dan 'Tetamu Allah'. Dan saya rasa Annur boleh membuangnya termasuk gadget '<Annur>' sebab Annur dah letakkan biodata Annur di gadget ' About Me'.




       Link blog seperti kepunyaan lelaki tapi terkejut jugak saya masuk-masuk seperti blog perempuan. hihi Jangan marah ya Encik Haffiz. Yalah, kebiasaannya blog lelaki mesti warna-warna yang gelap. Tapi tak apa sebab itu blogshop Encik Haffiz kan? Saya tak tahu nak komen apa sebab ini blogshop. Wajarlah kalau banyak gadget yang digunakan. Tapi satu saya nak buat aduan kat Encik Haffiz, like fanpage yang muncul mula-mula masuk ke blog tu menganggu pengunjung. Seolah-olah memaksa pengunjung like fanpage facebook. Saya cadangkan Encik Haffiz meletakkan like fanpage yang boleh di'close'. InsyaAllah, tidak ada pengunjung yang marah. : )


 

      
       Ehem! Segan saya nak review blog model ini. Hihi Hmm... apa ya saya nak komen. Gadget aje lah kut. Gadget dalam blog Sis Aimi banyak dan diletakkan dikedua-dua belah sidebar. Tapi rasanya tak apa kut sebab ini blog model mesti Sis Aimi nak kongsi apa-apa cerita kan? Hoho Dan biasanya blogger akan letak tempat follow di atas post/bawah header supaya senang pengunjung nak follow blog kita. Mula-mula saya tengok Sis Aimi ni seperti mirip seseorang tapi saya tak ingat. Lepas haritu tertengok 'MeleTOP' dan baru perasan kalau sekali tengok Sis Aimi ada iras pelakon Hanez Suraya. Kan, kan? ; D




      Kelana Cinta. Hihi Saya nak komen apa ya? Okeylah, blog Kelana Cinta ini entry dia banyak manfaat. Mesti ramai perempuan yang mengikuti setiap entry blog ini kerana entry nya berunsur tentang cinta. Perempuan kan suka baca benda-benda sebegini. Kalau ada yang nak tahu fasal cintan-cintun ini, bolehlah ke blog KelanaCinta[Dot]Blogspot[Dot]Com. : )


.........................

Okey, done review blog !!
Mohon maaf awal-awal kalau ada yang
berkecil hati dengan komen-komen saya. Saya hanya
menyatakan dengan jujur.

Oklah, sampai sini aje ya saya komen-komen
blog orang ni, kang ada yang tak puas hati naya saya!
Hoho


5 Comments

  1. Nice review..Thanks! ^_^

    ReplyDelete
  2. thanks for comment :D nice entry..!

    ReplyDelete
  3. woah! bestnyew!!!!!!!
    okey melepas sudah..
    ihiks!

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete
  4. Alahai.. tq dear..:) Hanez Suraya? huhu jauh beza tuh. hehe..

    ReplyDelete
  5. http://www.aimisyahirah.com/2012/12/be-log-meow-meow-dah-review-saya.html Entri balas.. Tq ya..=)

    ReplyDelete