Novel

        Yop ! Selamat pagi , semua . Sejuk kan pagi ni ? Kat home saya ni dah seminggu berturut - turut hujan . Sejuk ? Usah dibilang , sejuk amat ! Haha minah Indon mana lah pulak terlepas ni . Memang sejuk tau kat KotaBharu ni . Hish ! Apatah lagi tempat orang , tempat kita sendiri pun sejuk hingga terasa ke tulang . Hmm pagi yang dingin ni rasa nak cakap pasal novel je , so tadah telinga yea semua . Saya nak cakap panjang - panjang pagi ni . huhu
 
       Macam yang sebelum ni saya cakap , saya memang meminati novel ! Teramat ! Tapi , saya ada sikit je koleksi novel - novel saya . Saya masih pelajar so mana ada duit nak beli novel tiap - tiap bulan . Kena kumpul dulu . huhu buat masa sekarang ni , saya ada 11 buah novel . Erk . . . Sebenarnya saya keliru sikit kat situ , novel dipanggil naskah ke buah yea ? Hmm . . Tak apa lah , kita teruskan je . Novel - novel saya semua novel cinta . Novel islamik ada SATU jea . Ceh ! haha biasa lah remaja zaman sekarang , tambah - tambah lagi perempuan . Memang minat novel - novel cinta ni . Lelaki ?  Tak ramai . Cuba lah tanya , dalam banyak - banyak lelaki yang ditanya mesti 1/10 yang minat . Tu pun yang selebihnya minat jugak novel , tapi bukan novel cinta la .

        Mukjizat Cinta , Ad + Iz , Akulah Cindarella , Abang Khai Tomboi , M.A.I.D , Tak Mungkin Kuhindar , Sepupuku Suamiku , Aku Bukan Mistress , Cintamu Cintaku , Pergilah Air Mata dan Bila Cinta . Tulah koleksi saya . Dulu saya bagi je kawan - kawan saya pinjam lepas tu . Terfikir pulak buat sewa , so saya buat lah . Mula - mula nak buat Rm3 seebulan . Lepas tu Abah saya tak kasi . Bukan tak bagi disewa . Tak bagi buat Rm3 sebulan lah . So saya ikut je lah cadangan Abah saya , 50 SEN SATU HARI . Okelah lah tu , lagi pun kawan - kawan saya semua sekolah lagi . Mana ada duit nak bayar Rm3 sebulan . Tapi bagi saya , murah dah Rm3 kan ? Saya pun boleh bayar takkan kawan - kawan saya tak boleh ? huhu biarlah . Saya kat sekolah tak beli sangat , tak makan sangat . Sebab tu saya ada je duit . Ahak ! Kat rumah pun saya makan sikit je , kadang - kadang tu dalam satu hari tak makan nasi ! huhu

        Jadi sesiapa nak sewa novel saya tu boleh la , harganya 50 sen satu hari . Murah ? huhu sewa cepat - cepat sebelum saya naikkan harga . hahaha serius ni . Tapi ada peraturannnya . Kenapa ada syarat ? Sebab saya ni cerewet . haha tak ada lah cerewet sangat , sikit je .


Peraturan Meminjam Novel Nik Ainaa :


1. Membuka Novel Dengan Sopan
2. Jangan Meletak Merata - Rata



3. Jangan Bagi Hujung Novel Berlipat



4. Jangan Bagi Hilang ( Penting Ni )


      Okey , tu je syarat - syaratnya . 4 Syarat tu anda mesti patuh . Sekali anda langgar syarat - syarat tu , memang saya tak bagi dah ! haha tengok lah . Saya ni mudah cair kalau dipujuk dengan kawan perempuan . Dengan lelaki ? Kirim Salam jelah . Jangan harap nak cair . Selagi boleh keras , selagi tu saya jadi iceberg . InsyaAllah . haha ada - ada je saya ni kan . Oh yea , buat sementara ni . Available area KotaBharu jea yea . Tapi saya tak hantar lah , saya tak pandai drive kereta atau menunggang motor . hehe * shy - shy cat * . Kay lah , Wassalam . :)

* Entri kali ni ditulis pada pukul 9 a.m , 24 Nov 11 . Sebab tu yang mukadimah saya tulis pagi . Tak ingat nak publish ! >.< . Harap Maklum . *

0 Surat Cinta:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.