Tonton Online Drama Korea, Jepun, Thailand, Taiwan & Filipina




Buat peminat drama korea, jepun, thailand, taiwan dan philippine... Kalau ada yang masih belum tahu, sebenarnya kau orang tak perlu susah-susah nak download drama negara lain yang kau orang minat. Boleh tengok secara online selain di youtube. Ada juga yang suka download kan. Kalau download, nanti boleh tengok bila-bila dan boleh ulang tayang. Tapi yang Ainaa tahu, biasanya nak download sekali dengan english subtitle tu ada yang susah nak cari. 

Ainaa pula lebih suka untuk tengok online apa-apa cerita pun berbanding tengok kat tv. Lebih kepada malas nak download. HAHA. Tapi yang mana nak tengok drama-drama online ni, kenalah ada line internet yang laju dan stabil. Kalau tak, buat sakit hati je kalau internet slow dan tak stabil. Kat rumah Ainaa ni pula internet dah laju tapi tak stabil pulak. Huh. Nasib baik setiap kali nak tengok movie ke drama ke, tak ada lagi tersekat lama-lama. Laju je. Terbaik. ^___^

Nak tahu Ainaa selalu tengok kat mana? Nak join? Mari, mari kita tengok berjemaah di VIKI.COM !!




Boleh dikatakan laman web Viki ada semua drama dan movie dari seluruh negara dan ada pelbagai subtitle yang boleh pilih mengikut bahasa yang kau orang faham. Seronok kan? Ainaa selalu tengok J-Drama kat Viki ini lah. Tak pun kadang-kadang rasa teringin nak layan korea, Viki juga yang dipilih.

Kalau nak tahu lagi, kau orang semua boleh install Viki ini dalam handphone kau orang! Best kan. Lepas ni nak pergi mana-mana pun dah boleh tengok kat hanset. Tak perlu susah-susah nak buka laptop. Asalkan ada data internet yang banyak dan secukupnya dah lah. Cara nak installnya macam biasa, pergi kat playstore, lepas tu taip je Viki nanti dia keluarlah tak pun kau orang search yang seperti screenshot kat bawah ni. Lepas tu boleh lah berpuas-puas tengok sampai habis data.




Masa mula-mula lepas SPM, sebab bosan sangat tak ada buat apa... sanggup kut install Viki ni dalam handphone. Tapi lama-lama uninstall semula sebab Ainaa jarang tengok layan drama dan movie. Kalau betul-betul rasa bosan je layan. Kita lebih suka layan cerita kartun. HAHA =P

Review Nota Purba | Siapakah Blogger Misteri Ini?




Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada direview. Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.

Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.

Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.

Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian

Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.

Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.

Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"

Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada fr. EFG dah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. Haha 

What is chemistry in academic words (not less than 200 words) 😄

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.

Banjir Kilat Melanda Seksyen 13




Shah Alam: 

Hujan lebat dan angin kencang lebih dua jam sebentar tadi mengakibatkan beberapa kawasan disekitar Seksyen 13, di sini, mengalami banjir kilat.

Tinjauan mendapati kawasan di sekitar kawasan stadium dan pejabat di Seksyen 13, ditenggelami air menyebabkan ada kenderaan yang tidak dapat bergerak manakala peniaga makanan terpaksa menghentikan sementara jualan masing-masing.

Bagaimanapun, air sudah mulai surut selepas hujan berhenti sekitar jam 4 petang tadi dan keadaan lalu lintas kembali lancar.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini, kami tidak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam dan keadaan masih lagi terkawal," katanya kepada Harian Metro.


[ sumber : Harian Metro ]

Mischievous Kiss 2 : Love in Tokyo (J-Drama)




Assalamualaikum semua.

Sekarang ni baru rajin nak update cerita tapi tak apa, asalkan berupdate. Emm.... Siapa kat sini peminat J-Drama? Bukan K-Drama tapi jepun punya cerita. Sebenarnya, Ainaa sendiri peminat J-Drama sejak sekolah rendah lagi! Sampailah masuk form satu, terpengaruh sekali dengan korea. Tapi kejap je, naik form 2 dah tak minat korea, terus kembali je J-Drama. Curang kejap je. Haha.


ITAZURA NA KISS # MISCHIEVOUS KISS


Dulu Ainaa pernah post entry tentang Mischievous Kiss:Love in Tokyo dan Mischievous Kiss 2:Love in Okinawa. Sebabnya, memang best gila duh cerita ni. Dan tak silap Ainaa drama korea yang bertajuk Playful Kiss tu dia inspirasikan dari drama Jepun. *kalau salah tolong betulkan* Sebab minat sangat-sangat, sanggup kut tunggu dari minggu ke minggu sambungan Itazura na kiss yang kedua ni iaitu Mischievous Kiss 2:Love in Tokyo. Padahal, Ainaa lah orang yang paling tak suka dengan namanya drama yang seminggu sekali baru ada. Drama akasia TV3 tu pun tak sanggup nak tunggu, inikan pula seminggu sekali je ada. Malas benor aku nak menunggunya. huh.

Tapi, demi drama Itazura Na Kiss yang dari dulu memang Ainaa follow, sanggup je rajinkan diri tunggu setiap episod dari minggu ke minggu. T__T


[ SINOPSIS MISCHIEVOUS KISS 2 : LOVE IN TOKYO ]




[ CHARACTERS/CAST ]







[ ONLINE MISCHIEVOUS KISS 2:LOVE IN TOKYO WITH ENGLISH SUB. ]

- Episode 16


Nak tahu best ke tidak, kena lah layan sendiri drama ni. Lepas tu baru boleh komen, drama ni seronok ke membosankan ke atau terlalu kebudak-budakan. Kalau ada yang kata tak best tu, atas selera masing-masing. Minat orang tak sama. 

Drama: Dia.... Isteri Luar Biasa (Adaptasi Novel)


Sekali lagi, drama adaptasi novel akan ditayangkan di kaca tv. Kali ini, novel bertajuk Dia.... Isteri Luar Biasa di bawah terbitan Penulisan2u yang dipilih. Tentu ramai yang tak sabar menunggu cerita ni ditayangkan. Betul tak? Sebabnya, novel Dia... Isteri Luar Biasa adalah karya yang sama dengan novel Kerana Terpaksa Aku Relakan yang pernah diadaptasi ke drama TV3.

DRAMA DIA... ISTERI LUAR BIASA BAKAL DITAYANGKAN PADA 18 MEI 2015 DI SLOT AKASIA, TV3. SETIAP HARI ISNIN-KHAMIS, JAM 7 MALAM.

Nak tahu adakah drama ini 'luar biasa' seperti tajuknya atau tidak, kenalah tunggu 18 Mei ini.


[ gambar dari EDtv ]



BARISAN PELAKON  :


Shukri Yahya sebagai Raden Amzar


Fathia sebagai Dewi Yusra


Keith Foo sebagai Kamarul



SINOPSIS DRAMA/NOVEL DIA... ISTERI LUAR BIASA :





































BACA SECARA ONLINE NOVEL DIA... ISTERI LUAR BIASA :

(Bab 1)(Bab 2)(Bab 3)(Bab 4)(Bab 5)(Bab 6)(Bab 7)(Bab 8)(Bab 9)(Bab 10)



SINOPSIS NOVEL/DRAMA DIA... ISTERI LUAR BIASA :



SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.



Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur







{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015



Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


2. Follow blog  : 



3. Like Fanpage :











4. Follow instagram  :

@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72





** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

Dari Blogspot Ke Dot Com [ www.nikainaa.com ]




Akhirnya, blog Biar Mimpi Menjadi Kenyataan sudah ada domain sendiri. Hasil dorongan dan sokongan keluarga Exchange Feed Group atau E.F.G, Ainaa buat keputusan nekad untuk bertukar dari blogspot ke dot com setelah empat tahun terlibat dengan blogging. Bravo, Aina! Bravo juga untuk ahli keluarga EFG yang lain. Kita sama-sama maju melangkah ke hadapan untuk menggapai impian kita. Yosh! Berusahalah, EFG!

Kau orang pun patut bertukar dari blogspot ke dot com. Jangan tangguh-tangguh lagi sebelum encik google buang blog kita terus. Tak pasal-pasal menangis tak berlagu lah kau orang. Bertukar domain sendiri ni ni lebih profesional. Baru orang nampak kita serius dalam blogging. Lebih-lebih lagi domain sendiri ini lebih mesra SEO. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu SEO? Dan bagaimana cara nak dapat 100% SEO? Semuanya boleh rujuk ke blog PCL atau WayneHarraz.

Sebelum nak pergi beradu ni, Ainaa nak perkenalkan kau orang dengan ahli keluarga EFG yang semakin sarat dengan typo. HAHA =P



AHLI EXCHANGE FEED GROUP (E.F.G)


1. Irra29: www.irrayyan.com 

2. Anis23 : www.adnan-daughter.blogspot.com

3. Arz30 : www.arzmoha.com 

4. Nani24  : www.cikmanissweet.blogspot.com 

5. Bonde37 : www.kumahuitu.blogspot.com

6. Pcl42 : www.nazlee.com

7. Lya35 : www.akifimtiyaz3.blogspot.com

8. Ewan30 : www.wayneharraz.blogspot.com

 9. Ana43 : www.anajingga.blogspot.com

10. Lela21 : www.isolabellaz.blogspot.com



11. Dayah22 : www.kanvaskehidupanku.blogspot.com

12. Kc22 : www.memburucintamu.blogspot.com

13. Sha27 : www.awansayatasana.blogspot.com

14. Cc24 : www.cikcandysour.blogspot.com

15. Aina18 : www.nikainaa.com 

16. Aisya24 : www.jindrisska.blogspot.com

17. CN29 : www.cekgunorazimah.com

18. Aami29 : www.shamieraosment.com

19. Mimin23 : www.miminadam.blogspot.com

20. Syira19 : www.syirasophie.blogspot.com




21. Eny32 : www.enyabdullah.com

22. Ain33 : www.dramaticuniq.blogspot.com

23. FR28 : www.notapurba.blogspot.com

24. Khaty32 : www.khatyaiman.blogspot.com

25. Azi43 : www.azirahman.com

26. CikT35 : www.latitude292.blogspot.com

27. KG33 : www.eryati.blogspot.com

28. Efa35 : www.ibuadambatrisya.blogspot.com

29. Mia28 : www.diariemil.blogspot.com

30. Angah20 : www.diarijejakahangat.com



31. Nizam31 : www.bahejabella.blogspot.com

32. Rara28 : www.safurara.com 

33. kakSue37 : www.notaharianmama.blogspot.com

34. Mas29 : www.masturadin.com

35. PapaG27 : www.papaglamz.com

36. Acik25 : www.akupenghibur.com

37. RahimAim21 : www.rahimaim.com

38. Maisarah25 : http://maisarahmyblog.blogspot.com

39. YanieYusuf29 : www.yanieyusuf.blogspot.com

40. SuriaAmanda37 : www.suriaamanda.blogspot.com

41. Safwan23 : www.dearfragileheart.blogspot.com



DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.