duyong marina and resort, terengganu resort, duyong marina resort terengganu

Assalamualaikum semua! Hari ini Ainaa rasa nak kongsi pengalaman Ainaa sekeluarga bermalam di Duyong Marina & Resort yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kami ke Terengganu untuk family day pada 10 July hingga 12 July tapi bermalam di resort ni hanya untuk satu malam dan satu malam lagi kami pilih untuk menyewa Teratai Homestay di Kuala Ibai, juga di Kuala Terengganu. Tapi untuk entry kali ini Ainaa akan review Duyong Marina & Resort terlebih dahulu. Untuk Teratai Homestay Ainaa akan review di entry yang lain pula.

Pertama sekali, Ainaa tahu mesti ramai yang nak tahu harga bermalam di resort ini kan. Apa yang Ainaa boleh katakan, dengan design rumah dan bilik yang cantik, tambah pula dengan sekitar kawasan yang sangat cantik dan damai dengan kehijauan, kami sekeluarga berpuas hati dengan harganya.... Tetapi apa yang tak seronoknya adalah banyak kerosakan di dalam bilik. Ainaa sekeluarga menyewa empat buah bilik dan boleh dikatakan kesemua bilik mempunyai masalah. Bilik yang Ainaa duduk ada masalah dengan tandas tersumbat dan tandas berbau busuk. Bilik yang lain ada masalah lampu tandas tak menyala dan ada bilik yang peti sejuknya rosak. Design bilik apa semua dah cantik tapi terbantut sebab kerosakan-kerosakan yang di alami. Tetapi Ainaa boleh puji lah dengan servis mereka sebab bila kami buat aduan kerosakan tu mereka terus datang baiki.

Cantik kan bila dapat bermalam di rumah dikelilingi oleh kehijauan? Tapi bila banyak pokok disekeliling, banyak lah juga nyamuk. Bilik yang Ainaa duduk tak ada masalah nyamuk, memang dapat tidur dengan lena dengan aircond yang sejuk lagi. Tapi bilik yang abang Ainaa duduk banyak nyamuk sampai terpaksa keluar beli spray nyamuk. Itu je yang tak okey dengan Duyong Marina & Resort tapi bilik memang cantik dan pemandangan pun sangat cantik. Bab servis memang boleh puji, mereka siap sediakan buggy car untuk kami check-in, check-out dan juga bila mahu pergi breakfast.

Sebut pasal breakfast, cafe menghadap laut dan nampak jambatan angkat, memang sangat cantik! Tetapi matahari betul-betul memancar ke cafe, tambah pula dinding cafe adalah dinding kaca, jadi memang kena tadah lah dengan sinaran pagi yang lama-lama jadi terik! Sama dengan di kolam mandi, ini salah kami sebab pergi mandi kolam pada pukul 10 pagi dan matahari dah hampir naik atas kepala, kami mampu main di tepi-tepian kolam saja demi terlindung dari matahari. Tapi sekali lagi, bab design memang tip top, kolam mandi sangat luas dan cantik!

Jadi apa yang Ainaa boleh konklusikan, Duyong Marina & Resort sangat sesuai untuk sesiapa yang sukakan kedamaian, rasa nak hirup udara segar, nak tengok pokok kehijau-hijauan... Boleh la ke Duyong Marina & Resort ni dan anggap saja yang kami dapat bilik yang ada kerosakan tu adalah nasib kami je. Apa pun nak ambil gambar dan buat video di Duyong Marina & Resort ni memang dari segala sudut pun cantik!

3 Comments

  1. spoil la kalo umh dh cantik tp byk rosak plak.. aduhhhh

    ReplyDelete
  2. antara yang dalam list masa plan nak JJCM ke Pantai Timur..
    tapi kita hanya mrancang.. tunggula reda PKP ni..

    ReplyDelete