Posting pertama untuk 2019! Last update blog bulan November tahun lepas, Ainaa kongsi kenapa Sabah menjadi tempat wajib untuk dikunjungi. Lepastu datang malas tu semula jadi tak berupdate la sampai ke tahun 2019. Apa pun untuk tahun 2019 ni, Ainaa akan cuba untuk aktif semula dalam dunia blog ni. Cuba ya... Kira satu entry untuk satu bulan pun tak apa asalkan jangan jadi macam tahun lepas blog sunyi hingga tiga empat bulan sampai pageviews drop gila-gila.

Memandangkan sekarang Ainaa tengah cuti semester, jadi Ainaa nak ceritakan sedikit pengalaman Ainaa sepanjang semester-semester 2018. Tahun lepas Ainaa semester tiga dan empat yakni di tahun kedua jadi tahun 2019 ni Ainaa dah masuk tahun ketiga degree. Jadi Ainaa nak kongsi la pengalaman Ainaa menjadi producer program radio dan juga DJ radio di IIUM FM, radio kampus UIA.

radio, dj, producer, radio industry, media industry, degree in communication,

Pengalaman sebagai seorang producer program adalah masa semester tiga dan empat. Tu buat pertama kalinya apabila salah satu assessment subjek yang Ainaa ambil tu perlu menjadi producer. Untuk pertama kalinya jadi producer Ainaa banyak belajar dari DJ slot yang Ainaa pegang tu sebab kami masih baru dan DJ pula dah berpengalaman, jadi Ainaa kebanyakkannya DJ yang buat. Senang kata masa semester tiga Ainaa hanya praktis kan sikit ja dari ilmu yang Ainaa dapat tu.

Tapi semester lepas adalah semester di mana Ainaa kena jadi producer program dan dalam masa yang sama Ainaa juga kena jadi DJ program tersebut. Bukan setakat tu saja, tugas sebagai multimedia pun Ainaa kena. Fuhh, memang mencabar dan banyak benda nak kena buat. Dari kena produce program, sampai la cari guest untuk slot, cari hadiah untuk guest, ambil gambar dan buat video untuk slot.... Semua kena buat sendiri. Tapi bagi Ainaa yang paling mencabar adalah apabila kami kena cari guest luar seperti artis ke influencer ke atau pemain sukan negara ke. Ingat senang ke nak kena contact dan deal dengan dia orang semua? Susah weh! Kena bluetick, kena ignore, kena reject tu benda yang Ainaa kena hadap setiap masa. Itu belum pening kepala bila guest cancel last minute. Ainaa memang salute la siapa-siapa yang berkerja sebagai producer dan DJ radio ni sebab tugas mereka memang mencabar kesabaran.

Paling best dan kenangan paling tak dilupakan la bila Ainaa dapat jemput artis-artis dan dapat jumpa depan mata, dapat kongsi ilmu dengan dia orang. Antara guest luar untuk slot yang Ainaa pegang macam social activist Aina Wafi, insta famous Syafiqah Zambry, pelawak Jepun Yuichiro Kinjo, athlete junior sprinter Solihin Jamali, pelakon paskal Taufiq Hanafi dan Najwa Latif. Tak lupa juga pelajar-pelajar Uia yang sudi menjadi tetamu untuk program kami. Walau penat tapi Ainaa enjoy sangat jadi producer dan DJ radio. Walau untuk semester akan datang ni dah tak ada assessment untuk jadi DJ tapi Ainaa akan cuba untuk kekal dengan IIUM FM. InsyaAllah mana tahu kan. 

Untuk yang tertanya-tanya, Ainaa degree in communication dan specialized in electronic media jadi memang assignment kami banyak yang praktikal. Tahun 2017 Ainaa assignment yang Ainaa banyak belajar tentang radio industry, untuk tahun ni pula insyaAllah Ainaa akan belajar pasal video dan TV industry. Adik-adik yang nak sambung belajar dan berminat dengan dunia media industry ni atau suka kalau ada assignment yang sama macam Ainaa ni boleh laa ambil Degree Communication. Walaupun bukan kos dan major yang Ainaa nak tapi Ainaa belajar untuk suka. Tapi dah suka dah pun Alhamdulillah. Banyak benda sebenarnya nak cerita sepanjang jadi DJ dan producer tapi malas pula nak taip panjang-panjang.... Jadi sampai sini aje la dan nah Ainaa belanja gambar.

1 Comments

  1. seronoknyaaa.. mahal pengalaman ni. tingin nak cakap2 kat kantor macam ni.
    tapi x kesampaian hahaha..

    ReplyDelete